Langkau ke kandungan utama

Formula-Satu-Malaysia


TERHARU dan BIRU. Sebagai rakyat Malaysia, itulah perasaan pabila PM terchenta ‘menghadiahkan’ sebuah pasukan F1 beberapa hari sebelum Hari Raya Aidilfitri. Dengan muka bangga, PM Najib dan taiko2 bisnes Malaysia mengumumkan “ Pasukan F1 1Malaysia akan menjadi pasukan F1 ke-13 dalam siri F1 Grand Prix bermula tahun 2010…”
Apakah rasionalnya pengumuman itu ketika ekonomi dunia sedang bergoncang, dan lebih khusus lagi, ketika beberapa pasukan F1 mula menarik diri bagi menyelamatkan diri dari muflis lebih teruk?
Pada fikiran aku yang naïf berpolitik dan ber’bisnes’, pro-nya adalah lebih sedikit berbanding kontra-nya yang makin membukit.
Positifnya dilihat oleh ramai sebagai medan bagi mencari publisiti/penjenamaan bagi syarikat2 gergasi Malaysia, contohnya Proton, Air Asia, NAZA dan beberapa lagi kompeni lain. Dan juga bagi menyediakan medan bagi rakyat Malaysia membuktikan kemampuan mereka dalam bidang berkaitan F1 – engineering, business dan marketing. Tapisatu soalannya, adakah kompeni2 Malaysia ini mempunyai kapasiti untuk bersaing secara ‘world’?? Begitu juga dengan tenaga Malaysia dlam F1. Mampukah Jurutera Malaysia bersaing dengan mereka yang telah lama terlibat dengan sukan ini?Bukanlah mahu memandang remeh kemampuan sendiri, Cuma bak kata orang “cermin2 diri lah dulu….”
Kontranya? Adalah menjadi sesuatu yang asing untuk sebuah kerajaan melibatkan diri secara langsung dengan F1. Jika dilihat team FORCE INDIA, ia adalah hasil usaha consortium India diketuai oleh pemilik beer dan penerbangan Kingfisher, dan bukannya kerajaan India.Dengan kemampuan ekonomi kita, rasanya ia adalah diluar jangkauan dan munasabah. Belanja untuk ‘menggerakkan’ sebuah team F1 bukanlah murah. Ianya bukanlah hanya belanja bagi menyiapkan kereta semata2, malah fasiliti sokongannya adalah terlalu mahal untuk nilai Ringgit Malaysia. Duit mana lagi yang akan kerajaan gunakan? Duit kerajaan adalah duit rakyat, hak rakyat....
Perlukah kerajaan menampung belanja sebuah kereta F1 yang mampu menghabiskan 5KM sepusingan kurang dari 2minit, ketika rakyatnya terpaksa menunggu lebih 1jam untuk pulang ke rumah dengan Komuter?
Logikkah kita mempunyai litar 5KM bernilai berbilion ringgit ketika rakyat dipedalaman tiada akses jalan tanah merah sekalipun?
Berbaloikah untuk mempunyai ‘wind tunnel’ ketika sesetengah rakyat masih tiada kipas elektrik walaupun setelah 52 tahun Merdeka?
Apa yang aku rasa, kerajaan pemerintah sekarang mengambil langkah kurang bijak dengan 1Malaysia F1 team ini. Nampaknya ‘lubang kubur’ sudah digali sendiri, menunggu rakyat untuk menghumbankannya saja…..Batu nisan? Dah ready??

Ulasan

  1. kalau korang baca latest AUTOCAR ASEAN (October), baca Faisal Shah (Head Editor)punya komen pasal isu ni...ideanya, lebih kurang sama...
    future AUTOCAR editor??..perhaps..:)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Preve dan Suprima S facelift - apa yang Proton patut buat?

Preve dan Suprima S kekal tanpa sebarang perubahan sejak 2012. Untuk segmen C, Proton tiada pilihan lain selain menyegarkan model Preve and Suprima S yang sedia ada. Mengambil kira Proton yang masih dalam pelan pumilihan, kekangan modal, dan pasaran Proton yang terhad pada dalam negara sahaja, apa yang terbaik bagi Proton ialah mengutamakan pada kelemahan ketara model-model ini. Beberapa cadangan bagi menambah baik Preve dan Suprima S, dari pengalaman dan pemerhatian penulis. 1.        Nama Menghasilkan dua model yang 90% hampir sama dengan nama yang berbeza agak kurang logic mengambilkira saiz pasaran Proton. Proton patut meletakkan Suprima S dibawah varian Preve. Nama yang boleh diguna pakai mungkin Preve S, Preve Sports atau Preve Fastback. Sekurang-kurangnya kedua model ini boleh berkongsi kekuatan untuk menembusi target yang berbeza. 2.        Enjin/Transmisi Enjin CFE/Turbo perlu dikekalkan, tapi penghalusan perlu dibuat sepertimana model Iriz. Transmisi CVT juga

TOL-LOL

T 10cent hi-way? in your dream... harga tol nak naik lagi.... memang le aku takde kete..tp kalau semua 'peng-kereta2' ni sibuk2 nak naik tren ke bas ke sbb tol mahal, siapa yg susah?? aku jugak...sebab terpaksa naik tren mcm sardin..sardin pun kira ok...tin kecik 2ekor je duduk..kalo tin besar boleh gak dok ramai2... ekonomi turun...rate interest bank naik......minyak turun....tol naik.... so mcmana aku nak beli kereta...?gaji pun tak naik2... tu belum kira belanja nak kawin..nanti dula la.... dah le tax kereta kat malaysia ni 150%-200% , Honda Jazz yang ciput tu pun dh RM100K....fuhh... kenaikan tol ni termasuk dlm pakej rangsangan ekonomi Najib? aku tak rase terangsang pun... tapi tak tau lah geng2 diorang.... tokey2 besar aku rase hari2 terangsang.... orang biasa??.....gersang...kais pagi makan petang....

sejarah ALFA ROMEO

ALFA ROMEO. Jenama hebat dari Itali, penuh dengan tradisi, sejarah , seni, ego dan romantik. Kalau pun ia bukan jenama paling hebat, ia mungkin salah satu dari jenama terhebat dalam sejarah dunia otomotif. Nama asal Alfa Romeo ialah SAID, ringkasan dari Societa Anonima Italiana Darracq (Syarikat Italy Darrarq). Alexandre Darrarq adalaha nama ahli perniagaan dari Perancis, dan SAID merupakan cabang perniagaan otomobilnya di Itali. SAID sempat menghasilkan 2 model kenderaan, namun perusahaan ini tidak berjaya dan ditutup pada tahun 1909. Iklan kereta jenama Darracq Dalam tahun 1909, fasiliti pengeluaran SAID bepindah ke Milan diwilayah Lombardy dan kekal menghasilkan kenderaan dibawah kelolaan Ugo Stella. Bagi menandakan perubahan pemilikan, syarikat ini diberi nama baharu, Anonima Lombarda Fabbrica Automobili atau A.L.F.A (Kilang Kereta Lombarda). Logo ALFA ROMEO yg masyhur juga diciptakan selepas berpindah ke kilang ini. ALFA memulakan aktiviti lumba kereta pada 1911, ha