1 1. MU mengakhiri musim EPL dengan prestasi sebuah kelab yang tersingkir. Jika tiada perubahan dan peningkatan untuk musim baharu, tidak mustahil MU akan berada dalamm kelompok kelab bawahan atau Ole akan dipecat sebelum Krismas! 2. Ole kerap bercakap tentang potensi pemain akademi dan inflasi harga di pasaran pemain. Ole perlu ingat bahawa ini bukan EPL era SAF. EPL adalah industri bolasepak terbesar Eropah dan duit adalah perkara terpenting. 3. Peminat kerap menyalahkan beberpa pemain seperti Pogba, Young, Jones dan Smalling, walhal pemain lain tidak sebagus mana pun. Cuba tengok gelagat Lingard, Martial, Shaw atau Andres Pereira. Kualiti tidak konsisten setiap minggu. Kekalahan MU bukan hanya kerana dibolosi tetapi juga kegagalan menjaring gol. 4. Ole banyak kali mengulangi - akan memberi peluang kepada pemain akademi - tetapi harus diingat kualiti EPL adalah jauh berbeza dengan liga simpanan atau bawah 19. Pemain muda adalah potensi ya