Langkau ke kandungan utama

Retro-vew : Minggu 15 2019


Krisis MB Johor : dimata rakyat bawahan, Istana Johor tidak sehaluan dengan Tun M selepas Menteri Besar Osman Sapian letak jawatan. Semuanya dimulakan apabila TMJ bagi hint awal dengan mengatakan Sultan dah lama cadang nak kick Osman. Tun M sambut dengan mengatakan “lantikan MB hak parti yang menang”. Sultan back-up TMJ cakap “jangan menyibuk masuk campur hal Johor”. Bila Tun M jawab “Johor masih sebahagian dari Malaysia. Jika kuasa melantik MB adalah hak mutlak Raja, maka Malaysia tidak boleh dipanggil negara demokrasi”. Mood kurang baik ini bermula sejak pengumuman projek hab STS, dan seterusnya gerakkan TMJ yang akhirnya membawa pembatalan Statut Rome yang telah pun ditandatangani kerajaan. Tun M merasakan ada gerakan dalaman untuk menentang kerajaan dari pihak raja-raja. Raja-raja (berpandukan kajian 4 profesor yang tak terkenal) merasakan Statut Rome hanya akan mengurangkan kuasa mereka, hak mereka – dan dikaitakan sekali dengan hak orang-orang Melayu. Akhirnya pada 14 April, MB baharu Dr Saharuddin Jamal dari parti BERSATU dilantik.

Kertas Putih Felda : Felda rugi teruk dalam kebanyakkan pelaburan. Keuntungan dilaburkan pada projek yang tidak membawa faedah jangka pendek dan panjang kepada Felda dan peneroka, seperti pembelian properties diatas nilai sebenar, dan beberapa lagi pembelian saham jauh dari nilai sebenar. Kerajaan membuat tindakan drastic bagi memulihkan Felda dan penerokanya bagi memastikan kanser tidak melarat. Diharapkan sesuatu yang positif akan membantu orang  Felda.

PRK Rantau : Mat Hassan dan BN mengekalkan kerusi Rantau seperti dijangka. Kemenangan ke-3 BN setelah PRK Cameron Highland dan Semenyih. Signal kuat dari rakyat bahawa apa yg diusahakan kerajaan PH sekarang belum lagi sampai kepada marhean di bawah. Ini juga menunjukkan ratib ‘ hancing dan tipu’ semakin diterima ramai. Kerajaan PH perlu mengubah pendekatan dan menyampaikan lebih banyak maklumat untuk kefahaman ramai. Pengurusan persepsi juga perlu lebih bagus dan berkesan. Kempen memburukkan calon (walaupun fakta itu betul) sudah semakin tidak dapat diterima, apatah lagi memikirkan PH sekarang adalah kerajaan yang berkuasa. Jika ada salah laku, sila lah ambil tindakan melalui saluran yang betu, jangan di politikkan kesalahan lama.

Pindaan Perlembagaan gagal : Gagal mendapatkan sokongan 2/3 ahli parlimen bagi meminda Klaus dalam perlembagaan Malaysia berkenaan status Sabah dan Sarawak. Kebanykkan MP Sabah dan Sarawak dari bahagian pembangkang tidak bersetuju kerana tiada oenjelasan dan perbincangan teliti sebelum usul di Parlimen.

ECRL kembali! : Kerajaan Malaysia melalui Tun Daim berjaya berunding dan meyakinkan kerajaan China dan syarikat China untuk mengurangkan kos ECRL dan menyambung kembali projek dengan beberapa perubahan. Penjimatan sebanyak Rm21.5 billion (32% drpda kos asal iaitu RM65.5 bil) cukup untuk membina 2 projek KLCC Twin Tower.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perincian emblem ALFA ROMEO

Jenama ALFA ROMEO mungkin mempunyai emblem paling kuno dan bersejarah dikalangan jenama-jenama otomotif lain. Ia dihasilkan pada 1910, beberapa bulan selepas Anonima Lombarda Fabbrica Automobili atau A.L.F.A ditubuhkan pada 24 June 1910. Secara ringkas, logo dibahagi kepada dua separa utama – kiri dan kanan. Separuh kiri ialah Salib merah diatas warna putih adalah symbol Bandar Milan. Diseparuh kanan, maksud Imej manusia dan ular adalah kurang diketahui. Sebenarnya ini ialah symbol keluarga terpenting dalam sejarah kota Milan, keluarga Visconti. Simbol ini ialah gambaran manusia keluar dari mulut seekor ular. Antara lagenda asal usul manusia dan ular ini ialah peristiwa ketika Perang Salib. Otone Visconti, seorang ksatria berperang dengan tentera Sarakin (Saracen – golongan nomad dari gurun di Syria yang bersempadan dengan empayar Rom). Sarakin adalah gelaran untuk Muslim Arab kerana ketika itu perkataan muslim atau islam tidak diguna pakai. Otone telah menumpaskan t...

hujung minggu yang sibuk...

- KL - Penang - KL - Johor - Terengganu - Johor - KL - itulah 'route' perjalanan aku hujung minggu ni...penat tak usah sebut le....hampir 3suku semenanjung tanah melayu aku redah dalam masa 5 hari terakhir ni... - mula2 ke Penang jadi budak despatch 'FedEx', lepas tu balik Johor - 'family day', dan kemudian, ke Kuala Terengganu - 'family outing' cuti-cuti Malaysia....- lepas tu balik semula ke KL la...'la la la kerja..' - kepada pihak 'penaja', terima kasihlah bebanyak- moga rezki semakin murah, amin....banyak 'experience' baru dan banyak 'karekter' baru aku aku lalui dan temui - Mani & Lee diPenang, amoi dlm flight & akak tertinggal shades "CHANEL' ori.. (rugi aku tak kebas).hahaha...cendol & rojak Seromban, gerombolan JPJ Tampin, MB Terengganu, akak amik order kat pantai Marang, dan sekawan tebuan eksiden dengan kereta kitorng di LEKAS... - today - back at work..... "Perjalanan adalah bukan berk...

PERAK FIASCO....Sultan atau Mahkamah?

1. 11 Mei 2009, Mahkamah Tinggi telah isytihar yang YB DS Ir. Nizar adalah Menteri Besar Perak yg sah, dan terbukti YB Dr. Zambry adalah Ketua Kerajaan Perak yang haram selama lebih 2 bulan. Tahniah kepada DS Ir. Nizar...! 2. Sebelum itu, pada 7 Mei, negara telah dihidangkan dengan sarkis kurang berakal YB2 PR dan BN dalam sidang DUN Perak. Tindakan kurang bijak YB2 BN untuk menyingkirkan Speaker Sivakumar, adalah satu tindakan yg lebih teruk dari budak sekolah. Mereka tanpa segan silu naik atas meja, menjerit, mencarut, bertekak malah hampir bertumbuk. YL rasa, budak sekolah pun tak sampai macam tu kalau nak lantik ketua darjah atau ketua pengawas sekolah mereka...entahlah... 3. Apa yang dapat YL katakan tentang keputusan ini adalah mungkin satu tanda mengenai kebebasan badan kehakiman di Malaysia. Bukan mahu menyokong mana2 pihak, cuma teruja melihat kebenaran dapat dibuktikan, walaupun sebelum ini ramai pemerhati, pro-BN khususnya melihat keputusan Sultan adalah mutlak. Memetik kat...