Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2019

Retro-vew : Minggu 15 2019

Krisis MB Johor : dimata rakyat bawahan, Istana Johor tidak sehaluan dengan Tun M selepas Menteri Besar Osman Sapian letak jawatan. Semuanya dimulakan apabila TMJ bagi hint awal dengan mengatakan Sultan dah lama cadang nak kick Osman. Tun M sambut dengan mengatakan “lantikan MB hak parti yang menang”. Sultan back-up TMJ cakap “jangan menyibuk masuk campur hal Johor”. Bila Tun M jawab “Johor masih sebahagian dari Malaysia. Jika kuasa melantik MB adalah hak mutlak Raja, maka Malaysia tidak boleh dipanggil negara demokrasi”. Mood kurang baik ini bermula sejak pengumuman projek hab STS, dan seterusnya gerakkan TMJ yang akhirnya membawa pembatalan Statut Rome yang telah pun ditandatangani kerajaan. Tun M merasakan ada gerakan dalaman untuk menentang kerajaan dari pihak raja-raja. Raja-raja (berpandukan kajian 4 profesor yang tak terkenal) merasakan Statut Rome hanya akan mengurangkan kuasa mereka, hak mereka – dan dikaitakan sekali dengan hak orang-orang Melayu. Akhirnya pada 14 April, MB

Retro-view : Minggu 14 2019

Hibah Tabung Haji 1.25%, ramai yang salahkan kerajaan PH. Ramai mengharapkan TH bukan sekadar tabung tetapi menjadi badan pelaburan untuk ‘rezeki lebih’. Maka ramailah keyboard warrior bertukar menjadi pakar ekonomi, pakar perbankan, dan segala macam pakar menganalisa dan mengaitkan prestasi buruk TH dengan PH. Bergaduh, mencarut, memburukkan Ustaz dan sesiapa sahaja yang tak sealiran dengan pendapatnya. Anehnya, tak ramai yang bercakap tentang Azeez yang memimpin TH sebelum ini. Susah untuk difahami perkara tersirat disebalik ‘ Statut Rome’ . Kerajaan mahu teruskan tetapi Raja yang menaungi kerajaan itu sendiri membantah atas alasan mengganggu ketuanan. Antara yang paling lantang adalah kerabat raja Johor. Kerajaan mengambil jalan segara mengawal situasi. Tiada lagi Statut Rome. STS Hub . Marah betul TMJ bila Putrajaya merestuo KA Petra untuk membina ship-to-ship (STS) hub di perairan berdekatan Johor., sehingga menuduh Tun M berbohong kerana tak memaklumkan pada kerajaan J