Langkau ke kandungan utama

PRU 14 : 7 faktor besar yang akan memberi kesan pada keputusan PRU




Menjelang  PRU ke-14, secara zahir kita dapat lihat beberapa perkara besar yang boleh memangkin perubahan dalam keputusan akhir untuk Pilihanraya kali ini. Ini adalah PRU ke 2 dibawah era PM Najib Razak dan yang pertama bagi UMNO/BN tanpa sokongan Tun Mahathir.

Faktor 1 – Undi hari RABU
Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) memilih tarikh RABU 9 May 2018 sebagai hari rasmi pengundian PRU ke 14. Tanpa sebarang justifikasi pemilihan hari Rabu, golongan anti-Najib  melihat perkara ini memberikan kelebihan besar terutama untuk kerusi luar bandar yang merupakan penyumbang utama kemenangan BN. Pengundian pada hari bekerja tidak membantu ramai pengundi luar kawasan untuk pulang mengundi dan merencatkan usaha melihat kerobohan rejim Najib. Namun begitu secara teknikalnya ramai juga penyokong BN yang menghadapi kesulitan dan ini mungkin juga memberi jejas pada jumlah keseluruhan undi.

Faktor 2 – Persempadanan semula
Ini faktor yang sangat teknikal dan akan memberi kesan jika kita menganggap pendirian pengundi tidak banyak berubah sejak PRU-13. Persempadanan ini juga boleh memberi kecelaruan pada pendaftaran pemilih dimana pengundi akan keliru dengan kawasan pengundian dan lokasi mengundi. Perkara ini boleh diperbaiki dengan penyampaian maklumat lebih awal dan persediaan pengundi itu sendiri.

Faktor 3 – Tun Mahathir lawan Najib
PRU kali ini sangat unggul dan berbeza dari PRU-PRU yang lain kerana ini kali pertama dalam sejarah moden Malaysia, Perdana Menteri dicabar oleh mantan Perdana Menteri. Dalam PRU-13, faktor Tun M dilihat memainkan peranan besar dalam keyajaan BN merampas Kedah dan mengekalkan sokongan majoriti Parlimen. Untuk PRU-14, Mahathir sebagai pencabar Najib mengetuai Pakatan Harapan (PH), dan pengaruh Tun M sangat dibimbangi BN  lebih-lebih lagi pada pengundi veteran yang selama ini tegar menyokong BN. Melihat kepada keazaman Tun M menentang Najib, pengundi tidak dapat dielakkan dari membandingkan kredibiliti, dan rekod kedua-dua pemimpin ini. 22 tahun lawan 9 tahun. Tun M bukan sahaja membawa rekod baik semasa beliau menjadi PM tetapi Mahathir juga membawa sebahagian pemimpin dari UMNO bersamanya ke dalam BERSATU. Walaupun BERSATU di haramkan oleh RoS, namun pengaruh bekas pemimpin UMNO seperti TS Muyiddin, Mukhriz dan beberapa lagi. Mereka ini semua ada pengaruh diperingkat akar yang boleh mengubah keputusan PRU kali ini.

Faktor 4 – PAS sebagai kuasa ke 3
Kita tak boleh menafikan pengaruh PAS pada komuniti Melayu terutama dikawasan tradisi seperti Kelantan, Terengganu, sebahagian Pahang, dan Kedah. Malangnya pimpinan tertinggi PAS memilih untuk menjadi kuasa ke 3 walaupun mangetahui dari pengalaman lepas, bergabung adalah pilihan terbaik untuk menyaingi BN. Bermula dengan pemergian Tuan Guru Nik Aziz, banyak kontroversi dan ‘inconsistency’ muncul dikalangan pemimpin tertinggi yang membawa kepada sebahagian ahli PAS meninggalkan dan menubuhkan Parti Amanah Negara (AMANAH). Ramai memandang kedudukan PAS sebagai kuasa ke 3 hanya menguntungkan BN kerana undi anti-BN akan terpecah antara PH dan PAS.

Faktor 5 – Undi Pos
Berbanding PRU-13, kali ini jumlah undi Pos meningkat berlipat ganda. Pelbagai agensi kerajaan dimasukkan dibawah kategori undi Pos atas alasan kemungkinan terpaksa berkhidmat ketika hari PRU. Apa yang dikhuatiri adalah manipulasi undi Pos dimana pemilih berdaftar masih boleh mengundi seperti biasa pada hari PRU, tapi dalam masa yang sama undi Pos tetap diaktifkan dan dicampurkan sekali dalam peti undi.

Faktor 6 – Bantuan teknologi
PRU 14 menyaksikan penggunaan teknologi dan internet berada pada tahap paling tinggi dalam sejarah moden PRU Malaysia. Penyebaran berita, dan kempen PRU lebih cepat sampai kepada individu dalam masa singkat. Pengumpulan data dan analisis pada kecenderungan pemilih juga dapat dilakukan dengan lebih tepat dan berkesan. Faktor ini sangat-sangat mempengaruhi pemilih atas pagar.

Faktor 7 – GST dan skandal kerajaan BN
Pada PRU-13 tidak banyak pendedahan mengenai salah laku kerajaan memandangkan reputasi Najib ketika itu masih agak baik. Selepas 2 tahun GST dilaksanakan, segala cerita baik yang dicanang sudah tidak dapat melindungi kesan negatif pada rakyat bawahan. Memburukkan lagi, skandal kerajaan yang melibatkan berbilioin ringgit hangus akibat kegagalan pentadbiran dan salah tadbir terutama kes 1MDB, FGV dan Felda, Tabung Haji dan banyak lagi projek mega. Pendekatan kerajaan BN yang tidak memberi penjelasan yang meyakinkan rakyat dan keadaan ekonomi semasa yang memberi kesan pada urusan seharian rakyat sangat-sangat memberi kesan pada pemilihan kali ini.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perincian emblem ALFA ROMEO

Jenama ALFA ROMEO mungkin mempunyai emblem paling kuno dan bersejarah dikalangan jenama-jenama otomotif lain. Ia dihasilkan pada 1910, beberapa bulan selepas Anonima Lombarda Fabbrica Automobili atau A.L.F.A ditubuhkan pada 24 June 1910. Secara ringkas, logo dibahagi kepada dua separa utama – kiri dan kanan. Separuh kiri ialah Salib merah diatas warna putih adalah symbol Bandar Milan. Diseparuh kanan, maksud Imej manusia dan ular adalah kurang diketahui. Sebenarnya ini ialah symbol keluarga terpenting dalam sejarah kota Milan, keluarga Visconti. Simbol ini ialah gambaran manusia keluar dari mulut seekor ular. Antara lagenda asal usul manusia dan ular ini ialah peristiwa ketika Perang Salib. Otone Visconti, seorang ksatria berperang dengan tentera Sarakin (Saracen – golongan nomad dari gurun di Syria yang bersempadan dengan empayar Rom). Sarakin adalah gelaran untuk Muslim Arab kerana ketika itu perkataan muslim atau islam tidak diguna pakai. Otone telah menumpaskan t...

hujung minggu yang sibuk...

- KL - Penang - KL - Johor - Terengganu - Johor - KL - itulah 'route' perjalanan aku hujung minggu ni...penat tak usah sebut le....hampir 3suku semenanjung tanah melayu aku redah dalam masa 5 hari terakhir ni... - mula2 ke Penang jadi budak despatch 'FedEx', lepas tu balik Johor - 'family day', dan kemudian, ke Kuala Terengganu - 'family outing' cuti-cuti Malaysia....- lepas tu balik semula ke KL la...'la la la kerja..' - kepada pihak 'penaja', terima kasihlah bebanyak- moga rezki semakin murah, amin....banyak 'experience' baru dan banyak 'karekter' baru aku aku lalui dan temui - Mani & Lee diPenang, amoi dlm flight & akak tertinggal shades "CHANEL' ori.. (rugi aku tak kebas).hahaha...cendol & rojak Seromban, gerombolan JPJ Tampin, MB Terengganu, akak amik order kat pantai Marang, dan sekawan tebuan eksiden dengan kereta kitorng di LEKAS... - today - back at work..... "Perjalanan adalah bukan berk...

PERAK FIASCO....Sultan atau Mahkamah?

1. 11 Mei 2009, Mahkamah Tinggi telah isytihar yang YB DS Ir. Nizar adalah Menteri Besar Perak yg sah, dan terbukti YB Dr. Zambry adalah Ketua Kerajaan Perak yang haram selama lebih 2 bulan. Tahniah kepada DS Ir. Nizar...! 2. Sebelum itu, pada 7 Mei, negara telah dihidangkan dengan sarkis kurang berakal YB2 PR dan BN dalam sidang DUN Perak. Tindakan kurang bijak YB2 BN untuk menyingkirkan Speaker Sivakumar, adalah satu tindakan yg lebih teruk dari budak sekolah. Mereka tanpa segan silu naik atas meja, menjerit, mencarut, bertekak malah hampir bertumbuk. YL rasa, budak sekolah pun tak sampai macam tu kalau nak lantik ketua darjah atau ketua pengawas sekolah mereka...entahlah... 3. Apa yang dapat YL katakan tentang keputusan ini adalah mungkin satu tanda mengenai kebebasan badan kehakiman di Malaysia. Bukan mahu menyokong mana2 pihak, cuma teruja melihat kebenaran dapat dibuktikan, walaupun sebelum ini ramai pemerhati, pro-BN khususnya melihat keputusan Sultan adalah mutlak. Memetik kat...