Langkau ke kandungan utama

KIA Motors

  • Nama KIA terhasil dari gabungan dua karekter tulisan ‘sino-korean’ iaitu ‘ki’ bermaksud kemunculan dan ‘a’ yang membawa maksud Asia. Nama KIA boleh diterjemahkan membawa maksud ‘sesuatu yang muncul dari Timur’.
  • Ditubuhkan pada 1944 dibawah nama KyungSung Precision Industry yang mengeluarkan kenderaan ringan seperti basikal dan motorsikal. Pada 1951 nama ditukarkan kepada KIA. Sejak 1970-an, KIA mula mengeluarkan kenderaan penumpang dan trak.
  • Pertengahan 1960-an KIA bekerjasama rapat dengan pembuat kenderaan Jepun, Mazda. Hasil pengalaman ini, KIA Berjaya menghasilkan enjin yang dibangunkan sendiri pada awal 1970-an. Beberapa tahun kemudian KIA Berjaya menghasilkan model rekaan pertamanya KIA Brisa. Brisa adalah model saduran dari Mazda 1300. KIA mula mengeksport Brisa secara aktif, dan penghantaran pertama ialah ke negara Qatar.
KIA Brisa

Mazda 1300
  • Pada 1988, KIA telah mencapai pengeluaran kereta ke 1-juta unit. Sebagai perbandingan Proton berjaya mengeluarkan unit ke 1-juta mereka pada 1996 (proton ditubuhkan pada 1983).
  • Kejayaan awal KIA adalah pada 1986 apabila terhasilnya model KIA Pride yang merupakan salinan dari Mazda 121. Model ini sangat berjaya kerana ketahanan dan harga yang murah. Sebanyak 2-juta model ini telah dihasilkan.
KIA Pride
  • Impak dari krisis kewangan Asia pada penghujung 1990-an membawa perubahan pada KIA apabila jualan merudum dan sebahagian saham diambil alih oleh pengeluar otomotif terbesar Korea, Hyundai Motors. Pada 1999, kedua-dua jenama KIA dan Hyundai disatukan dibawah gabungan nama Hyundai-Kia Automotive Group. Sehingga tahun 2015, 33% saham (USD 6 billion) KIA adalah milik Hyundai, tetapi dalam masa yang sama KIA juga adalah pemegang saham dilebih kurang 20 anak syarikat Hyundai dengan anggaran nilai USD 8 billion.
  • Sehingga kini, KIA memiliki kilang pengeluaran disemua benua kecuali Australia, dengan rangkaian jualan di lebih 190 negara, dan pusat jualan melebihi 5000 pusat. KIA juga memiliki pusat pemasangan kereta terbesar di dunia, terletak di Ulsan, Korea.
  • Kia CEE’D adalah model pertama yang direka khas bagi pasaran Eropah. CEE’D adalah singkatan perkataan ‘Community of Europe and Eropean Design’ – refleksi usaha KIA bagi memenuhi standard kualiti kereta Eropah. Kebanyakkan model KIA mendapat nama dari alam sekeliling – contohnya CERATO (perkataan greek untuk puncak), SORENTO (bandar di Itali), dan MOHAVE (nama gurun di USA).
  • Pada 2006, perekebentuk terkenal dari AUDI dan Volswagen (VW), Peter Schreyer telah menyertai KIA sebagai ketua perekabentuk.  Peter memperkenalkan bahasa rekaan baharu KIA, dan yang paling adalah gril hidung harimau. Sejak itu Peter menjadi watak penting dalam kejayaan KIA, dan sejak tahun 2012 telah menjadi salah satu dari 3 pengarah di KIA, dan pada 2013 telah diangkat menjadi ketua perekabentuk bagi keseluruhan kumpulan HYUNDAI-KIA.



  • KIA adalah salah satu dari jenama yang sinonim dengan penajaan acara sukan terbesar dunia, antaranya Piala Dunia FIFA, Kejohanan Piala Eropah UEFA, beberapa kejohanan tenis dan banyak lagi acara berskala dunia. Ini adalah satu cara penjenamaan KIA yang dilihat sangat berkesan dalam mengangkat reputasi dan publisiti KIA sebagai pemain industri yang bercita-cita besar.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perincian emblem ALFA ROMEO

Jenama ALFA ROMEO mungkin mempunyai emblem paling kuno dan bersejarah dikalangan jenama-jenama otomotif lain. Ia dihasilkan pada 1910, beberapa bulan selepas Anonima Lombarda Fabbrica Automobili atau A.L.F.A ditubuhkan pada 24 June 1910. Secara ringkas, logo dibahagi kepada dua separa utama – kiri dan kanan. Separuh kiri ialah Salib merah diatas warna putih adalah symbol Bandar Milan. Diseparuh kanan, maksud Imej manusia dan ular adalah kurang diketahui. Sebenarnya ini ialah symbol keluarga terpenting dalam sejarah kota Milan, keluarga Visconti. Simbol ini ialah gambaran manusia keluar dari mulut seekor ular. Antara lagenda asal usul manusia dan ular ini ialah peristiwa ketika Perang Salib. Otone Visconti, seorang ksatria berperang dengan tentera Sarakin (Saracen – golongan nomad dari gurun di Syria yang bersempadan dengan empayar Rom). Sarakin adalah gelaran untuk Muslim Arab kerana ketika itu perkataan muslim atau islam tidak diguna pakai. Otone telah menumpaskan t...

hujung minggu yang sibuk...

- KL - Penang - KL - Johor - Terengganu - Johor - KL - itulah 'route' perjalanan aku hujung minggu ni...penat tak usah sebut le....hampir 3suku semenanjung tanah melayu aku redah dalam masa 5 hari terakhir ni... - mula2 ke Penang jadi budak despatch 'FedEx', lepas tu balik Johor - 'family day', dan kemudian, ke Kuala Terengganu - 'family outing' cuti-cuti Malaysia....- lepas tu balik semula ke KL la...'la la la kerja..' - kepada pihak 'penaja', terima kasihlah bebanyak- moga rezki semakin murah, amin....banyak 'experience' baru dan banyak 'karekter' baru aku aku lalui dan temui - Mani & Lee diPenang, amoi dlm flight & akak tertinggal shades "CHANEL' ori.. (rugi aku tak kebas).hahaha...cendol & rojak Seromban, gerombolan JPJ Tampin, MB Terengganu, akak amik order kat pantai Marang, dan sekawan tebuan eksiden dengan kereta kitorng di LEKAS... - today - back at work..... "Perjalanan adalah bukan berk...

PERAK FIASCO....Sultan atau Mahkamah?

1. 11 Mei 2009, Mahkamah Tinggi telah isytihar yang YB DS Ir. Nizar adalah Menteri Besar Perak yg sah, dan terbukti YB Dr. Zambry adalah Ketua Kerajaan Perak yang haram selama lebih 2 bulan. Tahniah kepada DS Ir. Nizar...! 2. Sebelum itu, pada 7 Mei, negara telah dihidangkan dengan sarkis kurang berakal YB2 PR dan BN dalam sidang DUN Perak. Tindakan kurang bijak YB2 BN untuk menyingkirkan Speaker Sivakumar, adalah satu tindakan yg lebih teruk dari budak sekolah. Mereka tanpa segan silu naik atas meja, menjerit, mencarut, bertekak malah hampir bertumbuk. YL rasa, budak sekolah pun tak sampai macam tu kalau nak lantik ketua darjah atau ketua pengawas sekolah mereka...entahlah... 3. Apa yang dapat YL katakan tentang keputusan ini adalah mungkin satu tanda mengenai kebebasan badan kehakiman di Malaysia. Bukan mahu menyokong mana2 pihak, cuma teruja melihat kebenaran dapat dibuktikan, walaupun sebelum ini ramai pemerhati, pro-BN khususnya melihat keputusan Sultan adalah mutlak. Memetik kat...