Nama KIA terhasil dari gabungan dua karekter tulisan ‘sino-korean’ iaitu ‘ki’ bermaksud kemunculan dan ‘a’ yang membawa maksud Asia. Nama KIA boleh diterjemahkan membawa maksud ‘sesuatu yang muncul dari Timur’. Ditubuhkan pada 1944 dibawah nama KyungSung Precision Industry yang mengeluarkan kenderaan ringan seperti basikal dan motorsikal. Pada 1951 nama ditukarkan kepada KIA. Sejak 1970-an, KIA mula mengeluarkan kenderaan penumpang dan trak. Pertengahan 1960-an KIA bekerjasama rapat dengan pembuat kenderaan Jepun, Mazda. Hasil pengalaman ini, KIA Berjaya menghasilkan enjin yang dibangunkan sendiri pada awal 1970-an. Beberapa tahun kemudian KIA Berjaya menghasilkan model rekaan pertamanya KIA Brisa. Brisa adalah model saduran dari Mazda 1300. KIA mula mengeksport Brisa secara aktif, dan penghantaran pertama ialah ke negara Qatar. KIA Brisa Mazda 1300 Pada 1988, KIA telah mencapai pengeluaran kereta ke 1-juta unit. Sebagai perbandingan Proton berjaya mengeluarkan unit