Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2017

apakah GHIA?

Di Malaysia, pada kebanyakkan model lama FORD ada terdapat logo kecil GHIA. Apa itu GHIA? GHIA atau nama panjangnya Carrozzeria Ghia SpA  (Syarikat Pembuat Badan Kereta Ghia) adalah rumah rekebentuk dan pembuat badan kereta terkenal di Itali. Ditubuhkan pada 1921 oleh Giacinto Ghia dan Gariglio sebagai Carrozeria Ghia & Gariglio. Pada permulaan (1920-an) GHIA terkenal dengan pembuatan badan kereta aluminum yang ringan. Era 50-an dan 60-an menyaksikan GHIA sebagai nama paling berpengaruh dengan gaya Itali yang mempengaruhi trend rekaan global. GHIA menerima banyak tempahan dari pembuat kereta, antara yang terkenal Ford-Lincoln Futura Konsep, VW Karmann GHIA, VOLVO P1800. VOLVO P1800 Volkswagen Karmann GHIA 1970 sebahagian saham GHIA dijual pada FORD. Mulai 1973 nama GHIA menjadi jenama varian tertinggi model arus perdana FORD. Trend in bermula di Eropah kemudian diikuti di AS. Antara rekebentuk model yang menerima sentuhan GHIA ialah, Capri GHIA (1974) dan Escort

Perlukah kita optimistik dengan PROTON?

Sejak DRB-Hicom dan GEELY berkongsi PROTON, banyak pandangan berbeza tentang halatuju dan keaslian PROTON sebagai jenama Malaysia. Penulis merasakan ada beberapa sebab kita perlu optimis dengan masa depan PROTON. PROTON sudah melalui era paling teruk dalam sejarah penubuhannya, dan tak mampu lagi untuk jatuh lebih teruk melainkan jika Malaysia merasakan sudah sampai masanya PROTON perlu dikuburkan. Inisiatif DRB mencari rakan kongsi juga patut dihargai, memandangkan agak mustahil untuk kekal relevan dengan kekangan modal, teknologi & kepakaran dan pasaran yang terhad. PROTON kini dibarisi pasukan pengurusan yang dipilih oleh DRB dan GEELY. Pertama kali mempunyai ‘orang luar’ sebagai CEO, Dr. Li Chunrong dilihat memiliki komptensi dan  berpengalaman luas bagi membantu PROTON dan dalam masa yang sama menjaga kepentingan pelaburan GEELY dalam PROTO, 2-dalam-1. Gabungan pengurusan terbaharu diyakini boleh membuat keputusan yang betul bagi PROTON. Melihat hasil pelaburan GEEL

Clover kelopak empat & ALFA ROMEO

Lambang daun Clover kelompak empat berkait rapat dengan tradisi dan roh perlumbaan ALFA ROMEO. Disebaliknya ada kisah persahabatan dan tragis yang terus jadi memori dan sentimental peminat jenama ini. 1919, ketika Enzo Ferrari mula bersahabat dengan Ugo Sivocci, Ferrari dalam keadaan daif – tanpa pekerjaan, jatuh miskin – hingga hampir membunuh diri.  Sivocci ketika itu bekerja dengan CMN (pengeluar kereta kecil).  Sivocci segara menawarkan Ferrari peluang bekerja sebaik mengetahui bukaan kerja di CMN. Inilah peristiwa kecil yang menjadi sebahagian dari permulaan sejarah gemilang dunia permotoran Itali. Sivocci lah orang yang bertanggungjawab menjadikan Ferrari seorang pelumba kereta. Apabila Ferrari menyertai  ALFA ROMEO, dia membalas jasa Sivocci dan kedua-duanya membentuk pasukan lumba pertama ALFA ROMEO bersama dua lagi pelumba.  Dari keempat-empat mereka, Sivocci adalah yang terpantas, namun sering gagal mencipta kemenangan, memberinya reputasi sebagai pelumba yang s