Lazim dalam lanskap persepakbolaan Malaysia; ‘fans’ cuma datang bila pasukan mereka mula menampakkan potensi besar untuk menang (aka glamour). Tak terkecuali dengan team bola Sukan SEA kali ini. Stadium mula diserbu hanya selepas pasukan melepasi peringkat kumpulan. Stadium gamat, pemain bersemangat – resepi terbaik untuk mencipta kejayaan ditempat sendiri. Semangat itu diteruskan ke perlawanan Akhir, tetapi malangnya semangat penonton tak disertai dengan usaha penganjur sukan SEA itu sendiri. Puluhan ribu dipaksa beratur untuk membeli tiket. Bekorban masa, beratur, bersesak, berkelahi, bergaduh, hinggakan FRU terpaksa dipanggil demi tiket untuk tempat duduk di stadium. Ini betul-betul passion 'football mad nation'. Alasan KBS (melalui YB KJ), jualan tiket online tidak dibuka kerana dibimbangi operator jualan tak mampu mentadbir aliran trafik pembeli online, lantas cara tradisional diguna pakai. Perkara ini selalu terjadi dalam drama bola Malaysia - kebanyakkan nya per