Langkau ke kandungan utama

XYL Auto - French Connection

Jika anda pemilik kereta buatan Perancis - Citroen, Peugeot & Renault, atau juga kereta nasional berjiwa Perancis, Proton Tiara dan Proton Savvy - dah bosan dengan 'kerenah' pusat servis rasmi atau mungkin juga mencari alternatif yang lebih ekonomi bagi membaikpulih dan memelihara kenderaan kesayangan, mereka yang tinggal di kawasan selatan, lebih khusus lagi JB, bolehlah berkunjung ke XYL Auto Services di Johor Jaya. Lokasinya mudah - Jalan Rosmerah 2/8, bersebelahan AMBank.

XYL berkemahiran dan berpengetahuan bagi melayan kerenah enjin buatan Perancis. Harga caj juga tidaklah mencekik darah sebagaimana pusat servis rasmi. Mengambil contoh pusat servis Proton yang meletak harga RM1,800 hanya untuk menukar timing belt dan water pump Savvy!. Melalui pengalaman sendiri, kos menukar timing belt dan water pump di XYL hanyalah sekitar RM800-900. Masa diambil juga tidak terlalu lama, dalam 4-5 jam, tapi pastikan buat appointment 1-2 hari awal dan datang awal pagi untuk melancarkan urusan. Lebih best, XYL dibuka setiap hari Isnin hingga Ahad - sangat membantu untuk mereka sentiasa sibuk dengan urusan kerja.

Melalui perbualan dengan beberapa pelanggan 'setia', menurut mereka bengkel XYL ini mudah, jujur dan murah dan paling penting boleh dipercayai. Bukan sekadar kereta buatan Perancis sahaja, XYL juga tidak menolak mana-mana kereta Malaysia, Jepun atau kenderaan buatan Eropah yang lain.

BONNE CHANCE!


Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Logo Proton baharu

Ini logo terkini Proton bermula dari 24 September 2019 dan ke hadapan. Masih bertemakan kepala harimau tetapi lebih ringkas, tiada lagi perisai sebagai ‘penjara’. Logo ini akan membuat kemunculan kali pertama pada Proton X70 versi CKD. Geely sebagai pemilik sebahagian Proton merasakan perlu untuk memperkenalkan logo baharu sekarang selepas 2 tahun memiliki Proton. Kemungkinan untuk lari dari imej Proton dibawah DRB-Hicom dimana prestasi dan hala tuju sangat tidak menyakinkan. Kepala harimau ini lebih dinamik, kelihatan bergerak ke hadapan dgn lebih yakin. Buat masa sekarang mungkin kelihatan pelik kerana kita sudah terbiasa dengan logo sedia ada. Diharapkan Proton terus maju pada masa akan datang. Logo baharu mungkin satu perubahan kecil daripada semua perubahan yang telah dan akan berlaku untuk Proton.

Anak Tupai...

Lagu 'Anak Tupai" - OST Budak Kelantan....baik korang tengok cite ni....sedap deh... Ado sekor…anok tupai… Atas jula mokte… kudung ekor..perut lapar… jale cari make….(2x) (2x) kejadie Tuhe..dipanggil namo tupai.. asalnyo dale hute… sejenis mamalia… (2x) kalu pasal jakit kot dehe… diolah yang paling panda… jatuh jaghe-jaghe kerano dio tok sobar… panda-panda tupai melopat jatuh tanoh jugok… nok wi kabar..oghe jahat… jange terlajak manggak… ooo…oghe zaman dulu… pakat hambat tupai… bimbang ko woh kayu … takut tok de besar… (2X) nyo durian duku… kalu de nyo kerit tupai… pendek tahun tuh…nyo durian tok de nok jual…. ooo…sekat bedil ado… tupai habih mati…. hok ni lah sayo raso… kito sgt rugi… (2x) kito manusia…tinggi mano pon kito ngaji… nok wak tupai sekor tentu skali nyo tok jadi oooo…raso siye sunggoh…. tgk sekor anok tupai.. krano terlajok kuruh… sapa tokleh niti pagar… (2x) bulu-bulu pon habis luruh… air mato bera-bera… maghi dale baruh bokali keno racun bakar. Korang faham tak ...

Rebiu Buku – WTF? 23 Hartanah Sebelum Berumur 30

Buku ini bukanlah ‘kitab ulung’ ilmu hartanah, tetapi tulisan Faizul Ridzuan ini boleh memberikan pengetahuan asas memiliki hartanah. Merangkumi perkara asas pemilikan rumah, hinggalah sampel analisa sesebuah ‘properti’, Faizul berkongsi pengetahuannya dengan pembaca. Diterjemahkan oleh blogger Ariff Shah dari versi WTF? Bahasa Inggeris, buku ini amat popular dikalangan ‘investor’ muda untuk berkenalan dengan ilmu dan prosedur penting sebelum, ketika dan menjual hartanah. Disampaikan dengan bahasa yang mudah difahami dan santai, jutawan muda Faizul menjadikan pengalamannya sebagai contoh mudah bagi menyampaikan mesej. Faizul berjaya memahamkan pembaca mengenai terma-terma pembelian rumah, dan langkah awal persediaan memiliki rumah dalam persekitaran Malaysia. Siri buku Wa Tak Faham yang bagus  dan ‘kesederhanaan’ Faizul sangat wajar dicontohi.