Langkau ke kandungan utama

Review Buku : Cerita Malaysia Tidak Ke Piala Dunia



Nama seperti Torpedo Lipis FC, Real Maran, Pekan Galaxy, Lokomotif Kangar, Bercelumut dan Borussia Tawau mungkin nama yang agak lucu dan asing bagi kita, tapi kita mungkin memerlukan pemikiran ‘luar kotak’ sebegini untuk menjadikan bolasepak Malaysia lebih kompetetif dan profesional sekaligus memungkinkan harapan Malaysia ke Piala Dunia lebih realistik.

“Cerita Malaysia Tidak ke Piala Dunia” oleh Lucius Maximus ini wajar diangkat menjadi buku ‘wajib baca’ bagi semua peminat bolasepak warganegara Malaysia. Penulisan Lucius ini layak diangkat menjadi dokumentasi penting untuk bolasepak Malaysia dengan fakta tepat dan penceritaan yang segar, seolah kesemua perlawanan yang diulas seakan baru berlaku semalam.

Ulasan Lucius merangkumi kesemua perlawanan kelayakan Piala Dunia sejak dari 1973 hingga sekarang, satu penyelidikan yang sangat mengagumkan mengambil kira FAM sendiri tidak pernah mengeluarkan Ensiklopedia atau ‘Buku Panduan’ untuk bolasepak Malaysia. Bukan sekadar perlawanan kelayakan, malah setiap perlawanan persahabatan, kem latihan, peristiwa signifikan serta perlawanan yang berhubung kait dengan prestasi Harimau Malaya di Sukan SEA, Sukan Asia, Piala Asia dan Kelayakan Olimpik turut diulas dengan teliti. Tabik spring untuk Lucius!!

Bukan itu saja, Pascakata oleh Piyapong Abdillah Hamzah yang sungguh kreatif, menjadikan buku ini terlalu menarik untuk dibaca! Idea kritis yang dilontar Piyapong dan Lucius (dalam Bab 15) seharusnya disahut sebagai satu cabaran oleh Presiden FAM (itupun jika baginda ada masa membaca buku ini) dan seluruh AJK FAM. Atau mengkin FAM boleh mencedok idea dari buku ini untuk diadaptasi kedalam bolasepak Malaysia, sama-sama kita berdoa agar FAM boleh membuang egonya.

Mungkin sebelum peminat Harimau Malaya mengimpikan untuk ke Piala Dunia, lebih baik kita memasang harapan yang jelas lebih realistik dan lebih dekat pada kita – melihat FAM dipimpin oleh muka baru yang lebih mengenali bolasepak, kreatif dan berani....sebelum generasi kedua Lucius menulis buku “Cerita Malaysia Tidak Ke Piala Dunia ulangtahun ke 100”....

* Saudara Lucius adalah salah seorang penulis untuk sokernet.blogspot.com

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perincian emblem ALFA ROMEO

Jenama ALFA ROMEO mungkin mempunyai emblem paling kuno dan bersejarah dikalangan jenama-jenama otomotif lain. Ia dihasilkan pada 1910, beberapa bulan selepas Anonima Lombarda Fabbrica Automobili atau A.L.F.A ditubuhkan pada 24 June 1910. Secara ringkas, logo dibahagi kepada dua separa utama – kiri dan kanan. Separuh kiri ialah Salib merah diatas warna putih adalah symbol Bandar Milan. Diseparuh kanan, maksud Imej manusia dan ular adalah kurang diketahui. Sebenarnya ini ialah symbol keluarga terpenting dalam sejarah kota Milan, keluarga Visconti. Simbol ini ialah gambaran manusia keluar dari mulut seekor ular. Antara lagenda asal usul manusia dan ular ini ialah peristiwa ketika Perang Salib. Otone Visconti, seorang ksatria berperang dengan tentera Sarakin (Saracen – golongan nomad dari gurun di Syria yang bersempadan dengan empayar Rom). Sarakin adalah gelaran untuk Muslim Arab kerana ketika itu perkataan muslim atau islam tidak diguna pakai. Otone telah menumpaskan t...

hujung minggu yang sibuk...

- KL - Penang - KL - Johor - Terengganu - Johor - KL - itulah 'route' perjalanan aku hujung minggu ni...penat tak usah sebut le....hampir 3suku semenanjung tanah melayu aku redah dalam masa 5 hari terakhir ni... - mula2 ke Penang jadi budak despatch 'FedEx', lepas tu balik Johor - 'family day', dan kemudian, ke Kuala Terengganu - 'family outing' cuti-cuti Malaysia....- lepas tu balik semula ke KL la...'la la la kerja..' - kepada pihak 'penaja', terima kasihlah bebanyak- moga rezki semakin murah, amin....banyak 'experience' baru dan banyak 'karekter' baru aku aku lalui dan temui - Mani & Lee diPenang, amoi dlm flight & akak tertinggal shades "CHANEL' ori.. (rugi aku tak kebas).hahaha...cendol & rojak Seromban, gerombolan JPJ Tampin, MB Terengganu, akak amik order kat pantai Marang, dan sekawan tebuan eksiden dengan kereta kitorng di LEKAS... - today - back at work..... "Perjalanan adalah bukan berk...

PERAK FIASCO....Sultan atau Mahkamah?

1. 11 Mei 2009, Mahkamah Tinggi telah isytihar yang YB DS Ir. Nizar adalah Menteri Besar Perak yg sah, dan terbukti YB Dr. Zambry adalah Ketua Kerajaan Perak yang haram selama lebih 2 bulan. Tahniah kepada DS Ir. Nizar...! 2. Sebelum itu, pada 7 Mei, negara telah dihidangkan dengan sarkis kurang berakal YB2 PR dan BN dalam sidang DUN Perak. Tindakan kurang bijak YB2 BN untuk menyingkirkan Speaker Sivakumar, adalah satu tindakan yg lebih teruk dari budak sekolah. Mereka tanpa segan silu naik atas meja, menjerit, mencarut, bertekak malah hampir bertumbuk. YL rasa, budak sekolah pun tak sampai macam tu kalau nak lantik ketua darjah atau ketua pengawas sekolah mereka...entahlah... 3. Apa yang dapat YL katakan tentang keputusan ini adalah mungkin satu tanda mengenai kebebasan badan kehakiman di Malaysia. Bukan mahu menyokong mana2 pihak, cuma teruja melihat kebenaran dapat dibuktikan, walaupun sebelum ini ramai pemerhati, pro-BN khususnya melihat keputusan Sultan adalah mutlak. Memetik kat...