Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2011

Menjadi peminat QPR

Hari ini, 'tycoon' Malaysia, Tony Fernandes (TF) telah berjaya menjadi pemilik saham terbesar pasukan Liga Perdana Inggeris (EPL), Queens Park Rangers FC (QPR).QPR merupakan antara tiga pasukan baru yang baru 'dipromosi'kan ke EPL selepas menjuarai 'Championship' musim 2010/11. Perlawanan sulung EPL musim ini bermula hambar dengan kekalahn kepada Bolton Wanderers 0-4. Sebelum ini, TF yang telah memiliki Air Asia, telah menghidupkan kembali pasukan legenda F1, Team Lotus. Dah lama meminati karisma dan semangat TF selama ini sebagai tokoh bisnes Malaysia berkelas dunia. TF sangat terkenal dengan azamnya menggilap bakat dan potensi seseorang atau sesuatu pasukan. Jika sebelum ini minat pada Team Lotus telah mula berputik, tak mustahil seorang peminat tegar Manchester United boleh menjadi peminat QPR selepas ini. YL akan mnegenali QPR lebih lanjut selepas ini, sebab tak kenal maka tak cinta. Go, go QPR!

Arsenal : Kelab atau Akedemi Bolasepak?

Ramai peminat EPL terutama Arsenal pasti terfikir...apakan nasib Arsenal selepas ini? Terkini selepas Cesc Febregas angkat kaki ke Barcelona, dan dijangkan Samir Nasri akan menurut jejak langkah seterusnya, masa depan Arsenal masih kabur. Ramai mempersoalkan polisi Arsene Wenger di Arsenal, kelab bolasepak yang mahukan kejuaraan atau pusat latihan untuk bakat muda? Yang jelas, bintang Arsenal melangkah keluar dengan sebab yang hampir serupa, Arsenal gagal menyediakan peluang untuk mereka memenangi sesuatu. Diakui Arsenal merupakan antara kelab Inggeris yang mempunyai corak permainan dan taktikal yang sangat baik jika semuanya berjalan lancar. Boleh juga dikatakan Arsenal sebagai 'Barcelona Inggeris'. Tapi dalam bolasepak, bermain cantik sahaja tidak cukup. Pasukan juara perlu pertahanan mantap, jeneral tengah yang kreatif dan penyerang yang boleh menjaringkan gol secara konsisten.Sebuah pasukan yang konsisten dan stabil perlu untuk bergelar juara. Apa seterusny

Jangan kurang 24

“Kerajaan Malaysia telah menetapkan 24 darjah celcius sebagai suhu minimum hawa dingin di semua premisnya. Arahan ini disebut akan dikuatkuasakan dalam masa terdekat dengan perancangan untuk penguatkuasaan di premis syarikat swasta dan persendirian dijangka bermula pada tahun 2013. Menurut Peter Chin, Menteri Kementerian Tenaga, Air & Teknologi Hijau, penurunan satu darjah suhu hawa dingin akan menyebabkan peningkatan perbelanjaan utiliti sebanyak 4 hingga 7 peratus....” Satu langkah yang bijak dan ‘eco-friendly’ dari kerajaan yang boleh memberi impak besar untuk alam sekitar dan kantung kerajaan. Jika sebelum ini, kita lihat tiada sebarang arahan rasmi tentang hal ini, kawalan suhu di pejabat-pejabat di Malaysia dibuat sesedap rasa atau ‘mengikut keselesaan bos’ saja. Sebab itu kita boleh lihat ramai staff dipejabat ‘terpaksa’ memakai baju sejuk, memakai berlapis baju untuk menyesuaikan diri dengan ‘iklim ’ mereka. Sesuatu yang tidak perlu jika kawalan suhu dibuat secara

Meraikan 1 bulan

Alhamdulillah, 10 Ogos lepas genap sebulan berada dalam fasa baru hidup. Perlu berfikir lebih matang, bertindak lebih bijak dan membuat keputusan dengan adil, sebagai seorang ketua. Doakan kebahagian dan kerahmatan kami sekeluarga, dunia dan akhirat. Terima kasih kepada seisi keluarga terutama mak, abah dan adik beradik, yang telah banyak bekorban selama ini, dan terlalu banyak memahami diri ini. Juga kepada saudara-mara dan sahabat handai yang sentiasa memberi sokongan dan harapan selama ini. Jasa kalaian semua tak akan dilupakan sehingga hujung nyawa. Syukur, telah memasuki peringkat seterusnya dalam hidup. Diharapkan semua cita-cita, perancangan dan matlamat akan dating mendapat keberkatan Allah. AMIN.