Pastinya satu Malaysia dah tau, projek Mass Rapid Transit – projek terbesar dalam sejarah Malaysia, RM36.6billion – akan bemula dengan tergesa-gesanya Julai 2011 ini. Malaysia dah punya pelbagai projek rel – Komuter, LRT, Monorel, ERL, Double Track....Shuttle Tren @KLIA? Projek trek elektrik berkembar KL-Pdg Besar & Gemas-JB sedang disiapkan, tren keretapi dah order??? Bukan nak mempersoal kewajaran projek MRT ni, memang lebih banyak manfaatnya, tapi soalnya kenapa tergesa-gesa? Satu Malaysia tahu, PM Tuan Najib belum pun 2 tahun jadi PM, tapi macamana dalam masa kurang 1 tahun, kajian MRT ni boleh siap. Tesis budak-budak ‘U’ pun ambil masa 2 sem (=1 tahun) nak siap. Sejak ‘roadshow’ projek MRT ni memulakan ‘public viewing’ bermula pada Hari Valentine, macam-macam komen didengar – yanng komen pun bukanlah calang2 orang, bolehlah dikatakan pakar walaupun tak sebijak Tuan Najib . Yang pertama didengar, Kajian Impak Alamsekitar (EIA) projek ni pun baru disiapkan juga pada 14 Feb 201