Langkau ke kandungan utama

Weekend Trip 1:Gateway to “peace & tranquility” -Pulau Aman



Hujung minggu kali ni dipenuhi dengan byk program yang best, explore tempat baru, makanan baru dan memandangkan masih dalam mood raya, rumah terbuka. Mula Sabtu tengahari, agenda pertama dalam program, Pulau Aman.
Dari Georgetown, bergerak ke Jetty Batu Musang di Batu Kawan. Bot ke Pulau Aman, mengambil masa kurang lebih 10 minit (tambang RM6 pergi balik). Tiba disana dalam lingkungan jam 3, perut dah lapar, perkara pertama yang dicari, Mee Udang!! Memang syok, makan mee dengan udang yang fresh, dan yang paling best, harga pun tak mahal, RM5 dengan 4 ekor udang, ok le kan? …





Perut dah terisi, energy dah ter’cas’ semula, masa untuk jalan2. Pulau Aman atau ‘Island of Peace’, memang aman. Tak ada motor atau kereta, yang ada cume motorbot, so sebab tu le dia aman. Bukanlah sebuah kampong nelayan yang padat, mungkin dalam 200~300 penghuni sahaja, kebanyakkan nya orang tua dan kanak-kanak ‘riang’. Tak banyak tempat nak diexplore, dan salah satu yang dikira ‘famous attraction’ disini ialah telaga emas – sebuah perigi air tawar yang terletak betul2 dicelah batuan pantai (ada cerita disebaliknya).
Bot terakhir ialah jam 6, dan masa untuk balik. Rasanya, trip kali pertama ke Pulau Aman ini tidaklah menghampakan. Menjejaki tempat baru, dan makan mee udang segar – pengalaman menarik yang tak dapat kalau tak diusahakan….Tak nak mencuba?



Ulasan

  1. mcm prgrm Destinasi Bajet pulak :-)

    BalasPadam
  2. wa............jeles..dan lagi p jenjalan.....gua da gila struggle ngn workload

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

sejarah ALFA ROMEO

ALFA ROMEO. Jenama hebat dari Itali, penuh dengan tradisi, sejarah , seni, ego dan romantik. Kalau pun ia bukan jenama paling hebat, ia mungkin salah satu dari jenama terhebat dalam sejarah dunia otomotif. Nama asal Alfa Romeo ialah SAID, ringkasan dari Societa Anonima Italiana Darracq (Syarikat Italy Darrarq). Alexandre Darrarq adalaha nama ahli perniagaan dari Perancis, dan SAID merupakan cabang perniagaan otomobilnya di Itali. SAID sempat menghasilkan 2 model kenderaan, namun perusahaan ini tidak berjaya dan ditutup pada tahun 1909. Iklan kereta jenama Darracq Dalam tahun 1909, fasiliti pengeluaran SAID bepindah ke Milan diwilayah Lombardy dan kekal menghasilkan kenderaan dibawah kelolaan Ugo Stella. Bagi menandakan perubahan pemilikan, syarikat ini diberi nama baharu, Anonima Lombarda Fabbrica Automobili atau A.L.F.A (Kilang Kereta Lombarda). Logo ALFA ROMEO yg masyhur juga diciptakan selepas berpindah ke kilang ini. ALFA memulakan aktiviti lumba kereta pada 1911, ha...

Perincian emblem ALFA ROMEO

Jenama ALFA ROMEO mungkin mempunyai emblem paling kuno dan bersejarah dikalangan jenama-jenama otomotif lain. Ia dihasilkan pada 1910, beberapa bulan selepas Anonima Lombarda Fabbrica Automobili atau A.L.F.A ditubuhkan pada 24 June 1910. Secara ringkas, logo dibahagi kepada dua separa utama – kiri dan kanan. Separuh kiri ialah Salib merah diatas warna putih adalah symbol Bandar Milan. Diseparuh kanan, maksud Imej manusia dan ular adalah kurang diketahui. Sebenarnya ini ialah symbol keluarga terpenting dalam sejarah kota Milan, keluarga Visconti. Simbol ini ialah gambaran manusia keluar dari mulut seekor ular. Antara lagenda asal usul manusia dan ular ini ialah peristiwa ketika Perang Salib. Otone Visconti, seorang ksatria berperang dengan tentera Sarakin (Saracen – golongan nomad dari gurun di Syria yang bersempadan dengan empayar Rom). Sarakin adalah gelaran untuk Muslim Arab kerana ketika itu perkataan muslim atau islam tidak diguna pakai. Otone telah menumpaskan t...

Kenapa siaran langsung F1 tiada di stesen TV percuma di Malaysia?

Tahun 2010, Malaysia mendakwa sudah ada 3 pasukan ‘Malaysia’. Petronas menaja pasukan Mercedes GP, dan Proton melalui anak syarikatnya Lotur Cars UK menaja pasukan Renult F1 yang kini namanya menjadi Lotus-Renult F1. Entreprenuer ternama negara Tony Fernandes pula membangunkan Team Lotus dengan meupayaan kewangannya sendiri. Hebat bukan? Negara yang kecil seperi Malaysia, yang tiada seorangpun pemandu F1 melainkan AlexYoong beberapa tahun lalu mempunyai kaitan dengan 3 team F1. Membanggakan? Aku tak kisah, berapa banyak lagi GLC Malaysia yang nak menaja F1. Yang aku kisah sekarang, kenapa siaran langsung F1 tak ada lagi di stesen TV percuma Malaysia. RTM dengan TV1, TV2 atau Media Prima dengan TV3, NTV7, 8TV atau TV9, tak mampukah mereka menayangkan siaran langsung F1 percuma? Kenapa perlu langgan ASTRO untuk menonton F1, walaupun F1 tu berlangsung dibumi Malaysia sendiri? Bila Najib cakap Rakyat didahulukan, aku cuma nampak ‘rakyat yang selalu kena dulu’. Petronas boleh membelanjakan...