Langkau ke kandungan utama

menyelamatkan nyawa dalam 10 minit


Hujung minggu Syawal yang bosan, pergi menontonlah sebagai pengisiannya dan filem Korea “Tsunami at Haeundae” jadi pilihan.

Plot filem ini seakan menyamai jalan cerita “Sinking of Japan”, - bencana alam sebagai tema, dengan ditambahperisakan dengan elemen kasih sayang dan pengorbanan. Rasanya penulis cerita filem ini mengambil tragedi tsunami di Acheh sebagai inspirasinya. Aku bukanlah peminat filem Korea, jadi, semua pelakon filem ini bukanlah muka yang familiar bagi aku kecuali heroin filem ni, rasanya pernah dilihat dalam filem Korea lain sebelumnya.

Sekumpulan penyelidik gempa bumi/tsunami mengesan corak gempa yang semakin menghampiri Haeundae yang mungkin boleh menyebabkan ‘mega-tsunami’ dalam waktu terdekat. Macam biasalah, mesti ada satu kumpulan yang tak percaya dengan teori ini, dan pada saat-saat akhir saja, baru nak menyesal.

Kebiasaan filem Korea/Japan, elemen kasih sayang hubungan manusia itu ada, tapi tak diangkat sebagai kisah utama. Ada beberapa kisah hubungan manusia didalamnya, ada yang diakhiri dengan kisah gembira dan ada juga yang ditamatkan dengan pengorbanan menyedihkan.
Tak rugi rasanya untuk meluangkan masa untuk filem ini. Walaupun pada aku, ada juga beberapa situasi kurang logik diakhir ceritanya, - misalnya, rangka restoran seafood ditepi laut tetap berdiri dengan pinggan mangkuk didalamnya walaupun selepas dilanda ombak 50meter!!..bukan sekali, tapi 2 kali!! Yang penting elemen emosi cerita ini memang memberi impak, sampaikan amoi kat sebelah aku menangis sepanjang 15 minit terakhir cerita ni…. :) ..emotional....

So, kesimpulannya, macamana nak menyelamatkan 1 juta orang daripada ombak setinggi 50meter dalam masa kurang dari 10minit? Jawapannya, mustahil……

Ulasan

  1. waaa..
    teringin nk tengok citer ni..
    aritu tgk citer G-Force..x la best sgt.
    nanti nk tgk la citer ni :D

    BalasPadam
  2. bole tahan le..
    G-Force mmg kureng pun..
    member dh gi tgk...huhu

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Rebiu Buku – WTF? 23 Hartanah Sebelum Berumur 30

Buku ini bukanlah ‘kitab ulung’ ilmu hartanah, tetapi tulisan Faizul Ridzuan ini boleh memberikan pengetahuan asas memiliki hartanah. Merangkumi perkara asas pemilikan rumah, hinggalah sampel analisa sesebuah ‘properti’, Faizul berkongsi pengetahuannya dengan pembaca. Diterjemahkan oleh blogger Ariff Shah dari versi WTF? Bahasa Inggeris, buku ini amat popular dikalangan ‘investor’ muda untuk berkenalan dengan ilmu dan prosedur penting sebelum, ketika dan menjual hartanah. Disampaikan dengan bahasa yang mudah difahami dan santai, jutawan muda Faizul menjadikan pengalamannya sebagai contoh mudah bagi menyampaikan mesej. Faizul berjaya memahamkan pembaca mengenai terma-terma pembelian rumah, dan langkah awal persediaan memiliki rumah dalam persekitaran Malaysia. Siri buku Wa Tak Faham yang bagus  dan ‘kesederhanaan’ Faizul sangat wajar dicontohi.

TOL-LOL

T 10cent hi-way? in your dream... harga tol nak naik lagi.... memang le aku takde kete..tp kalau semua 'peng-kereta2' ni sibuk2 nak naik tren ke bas ke sbb tol mahal, siapa yg susah?? aku jugak...sebab terpaksa naik tren mcm sardin..sardin pun kira ok...tin kecik 2ekor je duduk..kalo tin besar boleh gak dok ramai2... ekonomi turun...rate interest bank naik......minyak turun....tol naik.... so mcmana aku nak beli kereta...?gaji pun tak naik2... tu belum kira belanja nak kawin..nanti dula la.... dah le tax kereta kat malaysia ni 150%-200% , Honda Jazz yang ciput tu pun dh RM100K....fuhh... kenaikan tol ni termasuk dlm pakej rangsangan ekonomi Najib? aku tak rase terangsang pun... tapi tak tau lah geng2 diorang.... tokey2 besar aku rase hari2 terangsang.... orang biasa??.....gersang...kais pagi makan petang....

sejarah ALFA ROMEO

ALFA ROMEO. Jenama hebat dari Itali, penuh dengan tradisi, sejarah , seni, ego dan romantik. Kalau pun ia bukan jenama paling hebat, ia mungkin salah satu dari jenama terhebat dalam sejarah dunia otomotif. Nama asal Alfa Romeo ialah SAID, ringkasan dari Societa Anonima Italiana Darracq (Syarikat Italy Darrarq). Alexandre Darrarq adalaha nama ahli perniagaan dari Perancis, dan SAID merupakan cabang perniagaan otomobilnya di Itali. SAID sempat menghasilkan 2 model kenderaan, namun perusahaan ini tidak berjaya dan ditutup pada tahun 1909. Iklan kereta jenama Darracq Dalam tahun 1909, fasiliti pengeluaran SAID bepindah ke Milan diwilayah Lombardy dan kekal menghasilkan kenderaan dibawah kelolaan Ugo Stella. Bagi menandakan perubahan pemilikan, syarikat ini diberi nama baharu, Anonima Lombarda Fabbrica Automobili atau A.L.F.A (Kilang Kereta Lombarda). Logo ALFA ROMEO yg masyhur juga diciptakan selepas berpindah ke kilang ini. ALFA memulakan aktiviti lumba kereta pada 1911, ha...