Langkau ke kandungan utama

SETEM


Jangan menipu sang penipu, jangan mencuri dari pencuri.

SETEM.Tajuknya ringkas, ideanya juga mudah. Menjejak dan mencilok setem lama bernilai RM4 juta. Tapi pengkisahan disebalik menjejaki setem itulah yang menjadikan filem ini menarik.
Khabir Bhatia membariskan para pelakon mantap bagi menjayakan filem aksi-komedi pertamanya ini. Jika sebelumnya Khabir datang dengan Cinta dan Sepi, kali ini dia mencuba genre komedi pula dan pada aku, dia sangat berjaya.

Perjalanan cerita sangat menarik. Plot filem Setem adalah ala Ocean’s dan Snatch. Satu objektif, dan sub-group dengan method jenayah yang berbeza diselitkan dengan komedi. Dalam setem ini ada beberapa group kumpulan berbeza. Geng Anak Yatim, Geng Tosai, Geng Bakso, Geng Piranha dan Yang teraniya.

Melihatkan line-up pelakon Setem, kita boleh jangka ini satu filem komedi yang best. Afdlin Shauki, Sathia, Harun Salim Bachik semuanya member dimensi lawak yang berbeza. Itu belum dikira lagi dialog2 dari watak2 lain. Banyak ayat-ayat simple tapi cukup berkesan dan menggelikan hati. Kalau nak lihat lawak slapstick ini bukan filemnya.
Sinematogarfi filem sangat cantik, dengan sudut kamera yang sangat kreatif. Itulah trademark Khabir. Tapi sesekali menonton Setem terasa seperti menonton iklan komersil.
Dah lama aku tak terasa terhibur bila menonton filem Melayu. Aku rasa Setem ini sangat best dan lain dari filem2 tempatan yang lain. Sebagai peminat Ocean’s, Italian Job atau Hustle, filem ini adalah dikira wajib tonton.

Idea hebat yang diterjemahkan sebagai filem mantap.Tak rugi kalau tengok 2-3 kali lagi.

Ulasan

  1. nice article!

    Your IT Zone - Information Technology News, Tutorials, Tips and Tricks
    Your Tech Spot - Computer News, Reviews and Guides
    Your Tech Guide - Technology News, Reviews and Guides

    thanks!

    BalasPadam
  2. aku da tgk.ok not bad..x pecah perut sgt..tp cm ko kata cinematografi santek

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Preve dan Suprima S facelift - apa yang Proton patut buat?

Preve dan Suprima S kekal tanpa sebarang perubahan sejak 2012. Untuk segmen C, Proton tiada pilihan lain selain menyegarkan model Preve and Suprima S yang sedia ada. Mengambil kira Proton yang masih dalam pelan pumilihan, kekangan modal, dan pasaran Proton yang terhad pada dalam negara sahaja, apa yang terbaik bagi Proton ialah mengutamakan pada kelemahan ketara model-model ini. Beberapa cadangan bagi menambah baik Preve dan Suprima S, dari pengalaman dan pemerhatian penulis. 1.        Nama Menghasilkan dua model yang 90% hampir sama dengan nama yang berbeza agak kurang logic mengambilkira saiz pasaran Proton. Proton patut meletakkan Suprima S dibawah varian Preve. Nama yang boleh diguna pakai mungkin Preve S, Preve Sports atau Preve Fastback. Sekurang-kurangnya kedua model ini boleh berkongsi kekuatan untuk menembusi target yang berbeza. 2.        Enjin/Transmisi Enjin CFE/Turbo perlu dikekalkan, tapi penghalusan perlu dibuat sepertimana model Iriz. Transmisi CVT juga

TOL-LOL

T 10cent hi-way? in your dream... harga tol nak naik lagi.... memang le aku takde kete..tp kalau semua 'peng-kereta2' ni sibuk2 nak naik tren ke bas ke sbb tol mahal, siapa yg susah?? aku jugak...sebab terpaksa naik tren mcm sardin..sardin pun kira ok...tin kecik 2ekor je duduk..kalo tin besar boleh gak dok ramai2... ekonomi turun...rate interest bank naik......minyak turun....tol naik.... so mcmana aku nak beli kereta...?gaji pun tak naik2... tu belum kira belanja nak kawin..nanti dula la.... dah le tax kereta kat malaysia ni 150%-200% , Honda Jazz yang ciput tu pun dh RM100K....fuhh... kenaikan tol ni termasuk dlm pakej rangsangan ekonomi Najib? aku tak rase terangsang pun... tapi tak tau lah geng2 diorang.... tokey2 besar aku rase hari2 terangsang.... orang biasa??.....gersang...kais pagi makan petang....

Logo Proton baharu

Ini logo terkini Proton bermula dari 24 September 2019 dan ke hadapan. Masih bertemakan kepala harimau tetapi lebih ringkas, tiada lagi perisai sebagai ‘penjara’. Logo ini akan membuat kemunculan kali pertama pada Proton X70 versi CKD. Geely sebagai pemilik sebahagian Proton merasakan perlu untuk memperkenalkan logo baharu sekarang selepas 2 tahun memiliki Proton. Kemungkinan untuk lari dari imej Proton dibawah DRB-Hicom dimana prestasi dan hala tuju sangat tidak menyakinkan. Kepala harimau ini lebih dinamik, kelihatan bergerak ke hadapan dgn lebih yakin. Buat masa sekarang mungkin kelihatan pelik kerana kita sudah terbiasa dengan logo sedia ada. Diharapkan Proton terus maju pada masa akan datang. Logo baharu mungkin satu perubahan kecil daripada semua perubahan yang telah dan akan berlaku untuk Proton.