Langkau ke kandungan utama

TUHAN MANUSIA - Faisal Tehrani

“Andai kota itu peradaban, rumah kami adalah budaya, dan menurut ibu, tiang serinya adalah agama.” – itulah ayat yang memulai setiap dua puluh bab dalam novel hasil cetusan idea Faisal Tehrani ini.

Adakah semua agama itu sama?

‘Tuhan Manusia’ ini menyelami perasaan & pemikiran seorang adik, Ali Taqi untuk cuba memahami kemurtadan abangnya, Talha. Taqi cuba untuk mencari kebenaran dan kefahaman dalam beragama dan kepentingannya. Pertembungan antara agama Islam dan pemahaman pluralisme yang menganggap semua agama adalah sama.
Novel ini ditulis ketika negara kita dihebohkan dengan sensasi kemurtadan LINA JOY...

Karya ini, aku anggap sebagai medium dakwah dari Faisal kerana ianya penuh dengan terjemahan dan tafsiran ayat2 Al-Quran, hadith serta falsafah tokoh2 agama.

Aku tertarik dengan satu bahagian dalam buku ini dimana ia menerangkan mengenai sains & teknologi dalam Al-Quran. Tafakur – perenungan terhadap ciptaan Allah yang menakjubkan di alam ini – dalam ayat lain ialah Sains. Manakala Tasyakur – pemanfaatan nikmat serta kurniaan Allah dengan menggunakan akal, serta mematuhi batas-Nya sehingga nikmat itu makin bertambah – dinamai juga
Teknologi.

Bagi aku, buku ini memberi satu perspektif & kefahaman baru dalam beragama dan kepentingannya – sesuatu yang mungkin tidak terlihat sebelumnya.

Kerana aku tertarik dengan sepotong ayat dari karya ini
…”cerita yang tidak tepu nasihat dan ilmu ialah cerita sia-sia….”

Menurut Faisal novel ini tidak semestinya dipersetujui, tetapi diharap dapat menjadi pembuka ruang kepada perbahasan intelektual, dan juga karyanya untuk kembali kepada jati diri persuratan Melayu.


Inilah karya Faisal Tehrani yang pertama aku baca, dan aku amat kagum dengan hasil pemikiran & tulisannya, dan apa yang pasti, novel ini adalah permulaan kepada minat aku pada karyanya....banyak lagi yang akan menyusul.

Ulasan

  1. aku pernah bc karya faisal tehrani tajuk BARU dalam koleksi cerpen2 underground.. memang besh..ko ade buku ni ke?bg ar aku pinjam jap~sementara aku blom pulang.

    BalasPadam
  2. nti blk kg bw blk novel yg dh bace, nk pnjm

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Preve dan Suprima S facelift - apa yang Proton patut buat?

Preve dan Suprima S kekal tanpa sebarang perubahan sejak 2012. Untuk segmen C, Proton tiada pilihan lain selain menyegarkan model Preve and Suprima S yang sedia ada. Mengambil kira Proton yang masih dalam pelan pumilihan, kekangan modal, dan pasaran Proton yang terhad pada dalam negara sahaja, apa yang terbaik bagi Proton ialah mengutamakan pada kelemahan ketara model-model ini. Beberapa cadangan bagi menambah baik Preve dan Suprima S, dari pengalaman dan pemerhatian penulis. 1.        Nama Menghasilkan dua model yang 90% hampir sama dengan nama yang berbeza agak kurang logic mengambilkira saiz pasaran Proton. Proton patut meletakkan Suprima S dibawah varian Preve. Nama yang boleh diguna pakai mungkin Preve S, Preve Sports atau Preve Fastback. Sekurang-kurangnya kedua model ini boleh berkongsi kekuatan untuk menembusi target yang berbeza. 2.        Enjin/Transmisi Enjin CFE/Turbo perlu dikekalkan, tapi penghalusan perlu dibuat sepertimana model Iriz. Transmisi CVT juga

TOL-LOL

T 10cent hi-way? in your dream... harga tol nak naik lagi.... memang le aku takde kete..tp kalau semua 'peng-kereta2' ni sibuk2 nak naik tren ke bas ke sbb tol mahal, siapa yg susah?? aku jugak...sebab terpaksa naik tren mcm sardin..sardin pun kira ok...tin kecik 2ekor je duduk..kalo tin besar boleh gak dok ramai2... ekonomi turun...rate interest bank naik......minyak turun....tol naik.... so mcmana aku nak beli kereta...?gaji pun tak naik2... tu belum kira belanja nak kawin..nanti dula la.... dah le tax kereta kat malaysia ni 150%-200% , Honda Jazz yang ciput tu pun dh RM100K....fuhh... kenaikan tol ni termasuk dlm pakej rangsangan ekonomi Najib? aku tak rase terangsang pun... tapi tak tau lah geng2 diorang.... tokey2 besar aku rase hari2 terangsang.... orang biasa??.....gersang...kais pagi makan petang....

sejarah ALFA ROMEO

ALFA ROMEO. Jenama hebat dari Itali, penuh dengan tradisi, sejarah , seni, ego dan romantik. Kalau pun ia bukan jenama paling hebat, ia mungkin salah satu dari jenama terhebat dalam sejarah dunia otomotif. Nama asal Alfa Romeo ialah SAID, ringkasan dari Societa Anonima Italiana Darracq (Syarikat Italy Darrarq). Alexandre Darrarq adalaha nama ahli perniagaan dari Perancis, dan SAID merupakan cabang perniagaan otomobilnya di Itali. SAID sempat menghasilkan 2 model kenderaan, namun perusahaan ini tidak berjaya dan ditutup pada tahun 1909. Iklan kereta jenama Darracq Dalam tahun 1909, fasiliti pengeluaran SAID bepindah ke Milan diwilayah Lombardy dan kekal menghasilkan kenderaan dibawah kelolaan Ugo Stella. Bagi menandakan perubahan pemilikan, syarikat ini diberi nama baharu, Anonima Lombarda Fabbrica Automobili atau A.L.F.A (Kilang Kereta Lombarda). Logo ALFA ROMEO yg masyhur juga diciptakan selepas berpindah ke kilang ini. ALFA memulakan aktiviti lumba kereta pada 1911, ha