Langkau ke kandungan utama

TUHAN MANUSIA - Faisal Tehrani

“Andai kota itu peradaban, rumah kami adalah budaya, dan menurut ibu, tiang serinya adalah agama.” – itulah ayat yang memulai setiap dua puluh bab dalam novel hasil cetusan idea Faisal Tehrani ini.

Adakah semua agama itu sama?

‘Tuhan Manusia’ ini menyelami perasaan & pemikiran seorang adik, Ali Taqi untuk cuba memahami kemurtadan abangnya, Talha. Taqi cuba untuk mencari kebenaran dan kefahaman dalam beragama dan kepentingannya. Pertembungan antara agama Islam dan pemahaman pluralisme yang menganggap semua agama adalah sama.
Novel ini ditulis ketika negara kita dihebohkan dengan sensasi kemurtadan LINA JOY...

Karya ini, aku anggap sebagai medium dakwah dari Faisal kerana ianya penuh dengan terjemahan dan tafsiran ayat2 Al-Quran, hadith serta falsafah tokoh2 agama.

Aku tertarik dengan satu bahagian dalam buku ini dimana ia menerangkan mengenai sains & teknologi dalam Al-Quran. Tafakur – perenungan terhadap ciptaan Allah yang menakjubkan di alam ini – dalam ayat lain ialah Sains. Manakala Tasyakur – pemanfaatan nikmat serta kurniaan Allah dengan menggunakan akal, serta mematuhi batas-Nya sehingga nikmat itu makin bertambah – dinamai juga
Teknologi.

Bagi aku, buku ini memberi satu perspektif & kefahaman baru dalam beragama dan kepentingannya – sesuatu yang mungkin tidak terlihat sebelumnya.

Kerana aku tertarik dengan sepotong ayat dari karya ini
…”cerita yang tidak tepu nasihat dan ilmu ialah cerita sia-sia….”

Menurut Faisal novel ini tidak semestinya dipersetujui, tetapi diharap dapat menjadi pembuka ruang kepada perbahasan intelektual, dan juga karyanya untuk kembali kepada jati diri persuratan Melayu.


Inilah karya Faisal Tehrani yang pertama aku baca, dan aku amat kagum dengan hasil pemikiran & tulisannya, dan apa yang pasti, novel ini adalah permulaan kepada minat aku pada karyanya....banyak lagi yang akan menyusul.

Ulasan

  1. aku pernah bc karya faisal tehrani tajuk BARU dalam koleksi cerpen2 underground.. memang besh..ko ade buku ni ke?bg ar aku pinjam jap~sementara aku blom pulang.

    BalasPadam
  2. nti blk kg bw blk novel yg dh bace, nk pnjm

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

sejarah ALFA ROMEO

ALFA ROMEO. Jenama hebat dari Itali, penuh dengan tradisi, sejarah , seni, ego dan romantik. Kalau pun ia bukan jenama paling hebat, ia mungkin salah satu dari jenama terhebat dalam sejarah dunia otomotif. Nama asal Alfa Romeo ialah SAID, ringkasan dari Societa Anonima Italiana Darracq (Syarikat Italy Darrarq). Alexandre Darrarq adalaha nama ahli perniagaan dari Perancis, dan SAID merupakan cabang perniagaan otomobilnya di Itali. SAID sempat menghasilkan 2 model kenderaan, namun perusahaan ini tidak berjaya dan ditutup pada tahun 1909. Iklan kereta jenama Darracq Dalam tahun 1909, fasiliti pengeluaran SAID bepindah ke Milan diwilayah Lombardy dan kekal menghasilkan kenderaan dibawah kelolaan Ugo Stella. Bagi menandakan perubahan pemilikan, syarikat ini diberi nama baharu, Anonima Lombarda Fabbrica Automobili atau A.L.F.A (Kilang Kereta Lombarda). Logo ALFA ROMEO yg masyhur juga diciptakan selepas berpindah ke kilang ini. ALFA memulakan aktiviti lumba kereta pada 1911, ha...

Perincian emblem ALFA ROMEO

Jenama ALFA ROMEO mungkin mempunyai emblem paling kuno dan bersejarah dikalangan jenama-jenama otomotif lain. Ia dihasilkan pada 1910, beberapa bulan selepas Anonima Lombarda Fabbrica Automobili atau A.L.F.A ditubuhkan pada 24 June 1910. Secara ringkas, logo dibahagi kepada dua separa utama – kiri dan kanan. Separuh kiri ialah Salib merah diatas warna putih adalah symbol Bandar Milan. Diseparuh kanan, maksud Imej manusia dan ular adalah kurang diketahui. Sebenarnya ini ialah symbol keluarga terpenting dalam sejarah kota Milan, keluarga Visconti. Simbol ini ialah gambaran manusia keluar dari mulut seekor ular. Antara lagenda asal usul manusia dan ular ini ialah peristiwa ketika Perang Salib. Otone Visconti, seorang ksatria berperang dengan tentera Sarakin (Saracen – golongan nomad dari gurun di Syria yang bersempadan dengan empayar Rom). Sarakin adalah gelaran untuk Muslim Arab kerana ketika itu perkataan muslim atau islam tidak diguna pakai. Otone telah menumpaskan t...

Kenapa siaran langsung F1 tiada di stesen TV percuma di Malaysia?

Tahun 2010, Malaysia mendakwa sudah ada 3 pasukan ‘Malaysia’. Petronas menaja pasukan Mercedes GP, dan Proton melalui anak syarikatnya Lotur Cars UK menaja pasukan Renult F1 yang kini namanya menjadi Lotus-Renult F1. Entreprenuer ternama negara Tony Fernandes pula membangunkan Team Lotus dengan meupayaan kewangannya sendiri. Hebat bukan? Negara yang kecil seperi Malaysia, yang tiada seorangpun pemandu F1 melainkan AlexYoong beberapa tahun lalu mempunyai kaitan dengan 3 team F1. Membanggakan? Aku tak kisah, berapa banyak lagi GLC Malaysia yang nak menaja F1. Yang aku kisah sekarang, kenapa siaran langsung F1 tak ada lagi di stesen TV percuma Malaysia. RTM dengan TV1, TV2 atau Media Prima dengan TV3, NTV7, 8TV atau TV9, tak mampukah mereka menayangkan siaran langsung F1 percuma? Kenapa perlu langgan ASTRO untuk menonton F1, walaupun F1 tu berlangsung dibumi Malaysia sendiri? Bila Najib cakap Rakyat didahulukan, aku cuma nampak ‘rakyat yang selalu kena dulu’. Petronas boleh membelanjakan...