Langkau ke kandungan utama

2-1


Alhamdulillah, kemenangan untuk 2 PRK berpihak kepada PR. PR berjaya mengekalkan kerusi yang dimenangi dlm PRU sebelum ini, walaupun diasak hebat oleh BN.
Memang benar, ia tidak membawa apa2 berubahan pada negara, dan kedudukan DS Najib sebagai PM M'sia serta BN sebagai parti pemerintah.
Tetapi, ia menunjukkan isyarat jelas dari rakyat - tidak kira siapa pun yang menjadi PM dikalangan pmimpin BN/UMNO, kelemahan/penipuan BN sudah tidak dapat diterima.
Janji2 untuk perubahan, hanyalah tiket untuk kekal berkuasa. Rakyat sedar, walau siapa pun yang dilantik sebagai PM baru, nota perjalanannya tetap sama selagi BN terus berkuasa.

BN jelas panik untuk menghadapi 3 PRK ini....semuanya dilakukan secara terpaksa. Bermula dari peralihan kuasa dari Pak Lah kpd Najib, Pembebasan tahanan ISA, 'pembebasan semula' Harakah & Suara Keadilan dan juga kemasukan semula Tun M kedalam UMNO - serta mempergunakan Tun M sebagai jentera pilihanraya BN. Semuanya dilakukan untuk memancing undi dan kepercayaan rakyat terhadap BN.

Tetapi rakyat tidak peduli dgn semua itu, kebenaran harus dibuktikan. Mereka masih belum dapat memaafkan dosa2 BN/UMNO. Selain itu, DS Najib harus membuktikan dirinya bersih dari terlibat dengan kes Altantuya, UMNO perlu membuktikan mereka bersih dari rasuah dan juga isu Kerajaan Perak yang masih diawang-awangan...semuanya perlu dijelaskan.

Aku percaya DS Najib seorang yg brilliant dlm berpolitik, tapi mungkin beliau belum cukup bijak membaca fikiran rakyat Malaysia sekarang. Rakyat M'sia tidak boleh disamakan dengan rakyat dlm era bapanya, Tun Razak...malahan Najib sendiri sudah keluar ke england sejak umur 12 tahun-jadi, bisakah dia membaca fikiran rakyat kebanyakkan ini?

Polis juga berperanan penting dlm 'memenangkan calon2 PR'..kenapa?
mereka panik untuk melindungi nama baik DS Najib hinggakan setiap ceramah PR dikawal rapi oleh anggota pereman & SB. Layanan terhadap penyokong PR juga memprovokasi rakyat yang melihat PDRM sbg tali barut BN - lantas menjadikan kertas undi sbg tempat meluah perasaan & kebencian.

Apa2 pun, tahniah kepada DS Ir. Nizar dan YB Manikumar - terimalah amanah majoriti rakyat kepada YB berdua dan laksanakan tugas sejujurnya.

Ulasan

  1. wah ... ni mmg blog politik ni eh? kene kasi report pd najib supaya suspend blog mcmni hua hua hua ... TAKBIR !!!

    BalasPadam
  2. haha...tak kisah..nk suspend blog ni, gue bukak blog baru plak...
    gue pun ada plan nak bukak satu lagi blog baru..masih dlm planning lagi le...
    ape? Najib/BN takut kene kutuk?
    Kalau buat baik, takkan orang nk kutuk tak tentu pasal plak bro...kan?haha

    BalasPadam
  3. huhuhu ... lu dah leh btanding kerusi ketua bahagian xpun ketua pemuda ni kuikuikui ...

    BalasPadam
  4. tu le...
    aku plan nak masuk bertanding...ketua pemuda PAS cawangan Bukit Bintang...
    bole?hahaha
    biar aku tutup semua umah2 urut ngan club2 sume ni...Takbir...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Rebiu Buku – WTF? 23 Hartanah Sebelum Berumur 30

Buku ini bukanlah ‘kitab ulung’ ilmu hartanah, tetapi tulisan Faizul Ridzuan ini boleh memberikan pengetahuan asas memiliki hartanah. Merangkumi perkara asas pemilikan rumah, hinggalah sampel analisa sesebuah ‘properti’, Faizul berkongsi pengetahuannya dengan pembaca. Diterjemahkan oleh blogger Ariff Shah dari versi WTF? Bahasa Inggeris, buku ini amat popular dikalangan ‘investor’ muda untuk berkenalan dengan ilmu dan prosedur penting sebelum, ketika dan menjual hartanah. Disampaikan dengan bahasa yang mudah difahami dan santai, jutawan muda Faizul menjadikan pengalamannya sebagai contoh mudah bagi menyampaikan mesej. Faizul berjaya memahamkan pembaca mengenai terma-terma pembelian rumah, dan langkah awal persediaan memiliki rumah dalam persekitaran Malaysia. Siri buku Wa Tak Faham yang bagus  dan ‘kesederhanaan’ Faizul sangat wajar dicontohi.

Logo Proton baharu

Ini logo terkini Proton bermula dari 24 September 2019 dan ke hadapan. Masih bertemakan kepala harimau tetapi lebih ringkas, tiada lagi perisai sebagai ‘penjara’. Logo ini akan membuat kemunculan kali pertama pada Proton X70 versi CKD. Geely sebagai pemilik sebahagian Proton merasakan perlu untuk memperkenalkan logo baharu sekarang selepas 2 tahun memiliki Proton. Kemungkinan untuk lari dari imej Proton dibawah DRB-Hicom dimana prestasi dan hala tuju sangat tidak menyakinkan. Kepala harimau ini lebih dinamik, kelihatan bergerak ke hadapan dgn lebih yakin. Buat masa sekarang mungkin kelihatan pelik kerana kita sudah terbiasa dengan logo sedia ada. Diharapkan Proton terus maju pada masa akan datang. Logo baharu mungkin satu perubahan kecil daripada semua perubahan yang telah dan akan berlaku untuk Proton.

Anak Tupai...

Lagu 'Anak Tupai" - OST Budak Kelantan....baik korang tengok cite ni....sedap deh... Ado sekor…anok tupai… Atas jula mokte… kudung ekor..perut lapar… jale cari make….(2x) (2x) kejadie Tuhe..dipanggil namo tupai.. asalnyo dale hute… sejenis mamalia… (2x) kalu pasal jakit kot dehe… diolah yang paling panda… jatuh jaghe-jaghe kerano dio tok sobar… panda-panda tupai melopat jatuh tanoh jugok… nok wi kabar..oghe jahat… jange terlajak manggak… ooo…oghe zaman dulu… pakat hambat tupai… bimbang ko woh kayu … takut tok de besar… (2X) nyo durian duku… kalu de nyo kerit tupai… pendek tahun tuh…nyo durian tok de nok jual…. ooo…sekat bedil ado… tupai habih mati…. hok ni lah sayo raso… kito sgt rugi… (2x) kito manusia…tinggi mano pon kito ngaji… nok wak tupai sekor tentu skali nyo tok jadi oooo…raso siye sunggoh…. tgk sekor anok tupai.. krano terlajok kuruh… sapa tokleh niti pagar… (2x) bulu-bulu pon habis luruh… air mato bera-bera… maghi dale baruh bokali keno racun bakar. Korang faham tak ...