Langkau ke kandungan utama

"E.H.M"


Confession of an Economic Hit Man by John Perkins

Melalui buku ini, John M. Perkins, meluahkan pengalamannya sebagai “Economic Hit Man” (EHM). EHM merupakan antara cara Amerika Syarikat meluaskan ideologi “pengkorporatan” bagi meluaskan jajahan ekonomi & politiknya.

Ia mengisahkan pengalaman Perkins yang terlibat dengan pelan penjajahan empayar moden Amerika ke atas negara2 seperti Panama, Indonesia, Arab Saudi & Ecuador dengan teori dan cara yng hampir serupa; ekonomi. AS menggunakan isu minyak dan penguasaan kawasan ekonomi diseluruh dunia. Mereka juga sanggup melakukan apa saja untuk menepati tujuan tersebut termasuk “melenyapkan” pemimpin2 negara, rasuah, dan perang.

Sepanjang menjadi “EHM”, Perkins kadangkala terfikir akan tindakannya itu yang berlawanan dengan prinsipnya. Akhirnya mengambil keputusan untuk keluar dari dunia “EHM” dan menulis kisah hidupnya untuk memberi kesedaran kepada generasi baru. Dalam buku ini juga Perkins menyingkap beberapa muslihat AS dalam perluasan empayarnya termasuk kegagalan di Iran, peristiwa September 11, kejatuhan Sadam Hussein di Iraq dan beberapa peistiwa lagi yang mencorak politik dan ekonomi dunia.

Melalui tulisannya, Perkins mendedahkan kerakusan AS untuk menjadikan negara-negara lain sebagai hambanya dalam laluan mereka untuk menjadi kuasa besar dunia.

Perkins juga menyeru generasi muda untuk hidup dalam keadaan neutral dan menghentikan idea penjajahan ‘pengkorporatan’ Amerika untuk mewujudkan dunia yang lebih baik; makanan yg cukup untuk semua manusia, penawar untuk penyakit yang boleh dikongsi bersama, pengangkutan yang boleh membawa kita ke seluruh pelusuk dunia, dan mewujudkan jaringan komunikasi yang membolehkan semua manusia didunia berkomunikasi tanpa mengira bangsa, tempat, benua dan ekonomi.

Komen aku:
Buku ni memang best; memahami bagaimana ekonomi dunia dicorak oleh Amerika selama ini serta pengaruh AS dalam politik negara-negara didunia. Satu lagi perkara menarik ialah watak2 pemimpin-pemimpin negara yang berbeza-beza dan dari buku ini juga aku jumpa satu personaliti ahli politik & negarawan yang ingin aku lebih dekati, “Omar Torrijos” dari Panama.
Kalu korang yang suka fasal ekonomi & politik dunia – memang patut baca buku ni. Tapi kalau korang cenderung ke cerita2 jiwang pun boleh; sebab buku ni mengajar kita untuk politik yang lebih jujur, perihatin sesama manusia, negarawan, dan negara, tapi perkara paling penting ialah keinsafan dan pendedahan untuk pengajaran untuk yang lain
p/s terima kasih kepada En.Adeeb sebab bagi aku pinjam buku ni..

Ulasan

  1. huhuhu..... jgnla bwt review dlu..... gua blom abes bace pon lg.... dhla xde kredit utk pemiluk buku....

    BalasPadam
  2. eh betul la..sory2...
    takpe2..nanti aku tambah lauk kemudian...

    alaa...ape yg aku review ni just sikit je dari buku tu...jgn bagi alasan..haha

    BalasPadam
  3. beb ... buat jek tag yg ak senaraikan pd ko kat blog aku k ... adios

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Logo Proton baharu

Ini logo terkini Proton bermula dari 24 September 2019 dan ke hadapan. Masih bertemakan kepala harimau tetapi lebih ringkas, tiada lagi perisai sebagai ‘penjara’. Logo ini akan membuat kemunculan kali pertama pada Proton X70 versi CKD. Geely sebagai pemilik sebahagian Proton merasakan perlu untuk memperkenalkan logo baharu sekarang selepas 2 tahun memiliki Proton. Kemungkinan untuk lari dari imej Proton dibawah DRB-Hicom dimana prestasi dan hala tuju sangat tidak menyakinkan. Kepala harimau ini lebih dinamik, kelihatan bergerak ke hadapan dgn lebih yakin. Buat masa sekarang mungkin kelihatan pelik kerana kita sudah terbiasa dengan logo sedia ada. Diharapkan Proton terus maju pada masa akan datang. Logo baharu mungkin satu perubahan kecil daripada semua perubahan yang telah dan akan berlaku untuk Proton.

Rebiu Buku – WTF? 23 Hartanah Sebelum Berumur 30

Buku ini bukanlah ‘kitab ulung’ ilmu hartanah, tetapi tulisan Faizul Ridzuan ini boleh memberikan pengetahuan asas memiliki hartanah. Merangkumi perkara asas pemilikan rumah, hinggalah sampel analisa sesebuah ‘properti’, Faizul berkongsi pengetahuannya dengan pembaca. Diterjemahkan oleh blogger Ariff Shah dari versi WTF? Bahasa Inggeris, buku ini amat popular dikalangan ‘investor’ muda untuk berkenalan dengan ilmu dan prosedur penting sebelum, ketika dan menjual hartanah. Disampaikan dengan bahasa yang mudah difahami dan santai, jutawan muda Faizul menjadikan pengalamannya sebagai contoh mudah bagi menyampaikan mesej. Faizul berjaya memahamkan pembaca mengenai terma-terma pembelian rumah, dan langkah awal persediaan memiliki rumah dalam persekitaran Malaysia. Siri buku Wa Tak Faham yang bagus  dan ‘kesederhanaan’ Faizul sangat wajar dicontohi.

Anak Tupai...

Lagu 'Anak Tupai" - OST Budak Kelantan....baik korang tengok cite ni....sedap deh... Ado sekor…anok tupai… Atas jula mokte… kudung ekor..perut lapar… jale cari make….(2x) (2x) kejadie Tuhe..dipanggil namo tupai.. asalnyo dale hute… sejenis mamalia… (2x) kalu pasal jakit kot dehe… diolah yang paling panda… jatuh jaghe-jaghe kerano dio tok sobar… panda-panda tupai melopat jatuh tanoh jugok… nok wi kabar..oghe jahat… jange terlajak manggak… ooo…oghe zaman dulu… pakat hambat tupai… bimbang ko woh kayu … takut tok de besar… (2X) nyo durian duku… kalu de nyo kerit tupai… pendek tahun tuh…nyo durian tok de nok jual…. ooo…sekat bedil ado… tupai habih mati…. hok ni lah sayo raso… kito sgt rugi… (2x) kito manusia…tinggi mano pon kito ngaji… nok wak tupai sekor tentu skali nyo tok jadi oooo…raso siye sunggoh…. tgk sekor anok tupai.. krano terlajok kuruh… sapa tokleh niti pagar… (2x) bulu-bulu pon habis luruh… air mato bera-bera… maghi dale baruh bokali keno racun bakar. Korang faham tak ...