Selasa, 19 November 2013

Tengok kereta : Proton Suprima S




1. Menerima 5-bintang ANCAP dan MYCAP dan dikatakan sebagai kereta paling berkualiti setakat ini daripada Proton.

2. 70 minggu (18 bulan atau 1 ½ tahun) untuk Proton memotong Preve sedan menjadi  Suprima S hatchback, menukar skim warna dashboard dan fabrik kerusi kepada kulit dan menampal logo TURBO dan ‘Handling by Lotus’ pada Suprima S.

3. Biarpun dengan rekebentuk, enjin dan saiz yang hampir sama dengan Preve, Suprima S dinamakan Suprima S tanpa sebab yang logik dari Proton.

4. Penggunaan minyak Suprima S ialah 9.1liter / 100km. Untuk perbandingan, penggunaan minyak untuk Honda Accord 2.0L (model 2013) ialah 7.7liter/100km manakala untuk Toyota Vios (model 2013) ialah 6.3liter /100km.

5. 'Rear diffuser’ Suprima S hanyalah kosmetik semata, tidak memberi kesan aerodinamik dan hanya memburukkan lagi penampilan.

Cuba lagi Proton!  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan