Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2023

Dilema David De Gea

  DDG menang anugerah Golden Glove pada musim 2017/18 dengan rekod 18 clean sheet. Pada musim 2022/23, DDG menang Golden Glove kali ke-2, dengan rekod 17 clean sheet. Rekod 17 boleh mungkin boleh menjadi 18 atau 19 bergantung kepada keputusan baki dua perlawanan. Ironinya, dalam musim ini DDG beberapa kali melakukan beberapa kesilapan berprofil tinggi (4) yang mengakibatkan Man United masih kelam dengan prospek UCL musim hadapan. Ramai ‘pakar’ mengatakan DDG adalah liabiliti kepada sistem ETH yang memerlukan bukan sekadar sebagai shot stopper, malah penjaga gol yang boleh ‘bermain’ bola aka sweeper-keeper. Maka, DDG perlu digantikan dengan profil yang lebih secocok. Dalam kesamaran status pemilikan kelab dan jumlah tabung perpindahan, langkah paling selamat ialah mengekalkan DDG. Soalan seterusnya, apakah ETH masih mempunyai masa untuk kekal dengan DDG?

SUV ke-3 Proton: X90

Posting terakhir di YL ialah 1038 hari yang lepas, bersamaan 43 bulan atau 3 tahun 7 bulan. Tiada penjelasan khusus tentang ‘senyap’ yang panjang; komitmen harian, kelesuan dan kemalasan hanyalah sekadar alasan. Namun, selepas melihat pelancaran rasmi oleh PMX semalam, minat menulis muncul kembali! Proton meneruskan formula sama sejak permulaan kolobrasi Geely - menukar posisi steering dan segala yang perlu (termasuk lencana) dan penghasilan tempatan. Model asas X90, Geely Haoyue/Okavango bermula sebagai pelengkap penawaran dari Geely untuk SUV 3-baris, alternatif kepada MPV. Bagi versi Proton, model ini diposisikan sebagai model ‘Perdana’ (flagship), maka beberapa ‘upgrade’ diberikan untuk rasa premium. Perkara unik bagi X90 ialah teknologi hybrid-ringan; pertama seumpanya bagi model jenama tempatan. Perbandingan harga dengan pesaing langsung seperti Mazda CX-8, Kia Sorento dan Hyundai Santa Fe adalah sekitar RM 40-60 ribu, menjadikan X90 sebagai model yang patut disenarai pendek.