Langkau ke kandungan utama

PRU 14, ramalan keputusan DUN negeri-negeri


Perlis; BN memenangi 13 kerusi DUN pada PRU 13 dan dijangka tidak menghadapi masalah untuk mengekalkan majoriti rekod yang sama. Ketiadaan pemimpin berwibawa dari pimpinan PH atau PAS, serta pepecahan sokongan bukan-BN memberi laluan selamat buat BN di negeri Perlis. 
Jangkaan > BN

Kedah; Ini ialah medan pertempuran utama di kawasan utara semenanjung. Faktor Tun M akan mempengaruhi keputusan pengundi selain daripada pengalaman kurang indah dirompak MB akibat daripada kesan kritikan terhadap krisis 1MDB. Mukhriz dilihat sebagai calon pilihan jika PH berjaya meraih majoriti di Kedah dan akan menjadi MB buat kali ke-2 dalam tempoh dua penggal. 
Jangkaan > PH

Pulau Pinang; PH/DAP mungkin kehilangan bebrapa kerusi DUN akibat daripada perlawanan 3 penjuru dikawasan campuran, namun PH dijangka mengekalkan kuasa di Pulau Pinang tanpa ada masalah besar
Jangkaan>PH

Perak; Dinamik politik Perak dilihat agak stabil sejak rompakan kuasa oleh rejim Najib tetapi isu-isu nasional dan kecenderungan pengundi urban terutama bangsa Cina memberi undi kepada calon DAP akan memjadikan Perak sebagai rebutan sengit antara PH dan BN. Sukar menjangkakan pendirian pengundi dikawasan luar bandar, dan faktor ketiadaan calon MB dari PH akan memberi kesan kepada keputusan akhir pada 9 May. 
Jangkaan > PH

Selangor; PH mungkin akan kehilangan beberapa kerusi DUN terutama dikawasan majoriti Melayu akibat persaingan 3 penjuru tetapi kerusi-kerusi tradisi DAP dijangka akan menyelamatkan PH dengan sekurang-kurangnya mengekalkan majoriti mudah sekitar 30 kerusi DUN untuk kali ini. Jangkaan > PH

Negeri Sembilan; Dinamik politik Negeri Sembilan sukar dijangka walaupun sosio-ekonominya boleh dikatakan hampir sama dengan Selangor. Jika PH boleh menembusi kawasan-kawasan Felda dan perkampungan Melayu, keputusan mungkin boleh memihak PH. Kontroversi pada hari penamaan calon yang membawa kemenangan percuma calon Menteri Besar Negeri Sembilan di DUN Rantau mungkin boleh memberi sedikit kesan pada keputusan pada hari mengundi. 
Jangkaan > BN.

Melaka; BN menguasai 21 daripada 28 kerusi DUN pada PRU 13 dan ini membayangkan kesukaran PH untuk cuba menguasai Melaka. Kekurangan calon yang boleh diketengah menjadi MB boleh mempengaruhi faktor pemilihan oleh para penngundi. 
Jangkaan > BN.

Johor; PH meletakkan Johor sebagai sasaran utama dalam usaha menambah kerusi Parlimen kerana Johor adalah negeri yang terbanyak mempunyai kerusi Parlimen iaitu 25 kerusi. Disamping itu faktor kesan rakyat Johor pada ekonomi semasa, keinginan untuk mengubah kerajaan dan pengaruh Muhyiddin terutama dikawan pantai barat dilihat boleh memberi sedikit perubahan pada pendirian pengundi. Namun usaha untuk merampas kerusi DUN mungkin sukar jika diambil kira Johor sebagai kubu kuat UMNO sejak dulu lagi. PH mungkin boleh menidakkan majoriti mudah untuk BN tetapi belum cukup kuat untuk menjadi pentadbir kerajaan negeri. 
Jangkaan>BN.

Pahang; Satu lagi kubu kuat BN dan dengan jumlah Felda yang begitu banyak, menembusi pemikiran pengundi tegar BN adalah agak tugas sukar. Pedalaman Pahang dikuasai BN dan dikawasan pantai terdapat sedikit kesedaran untuk mengubah kerajaan. PH juga tiada tokoh kuat yang boleh dipertimbang sebagai calon Menteri Besar dan ini membuatkan kerja mengekalkan BN bertambah mudah. 
Jangkaan>BN.

Terengganu; Seteru utama di Terengganu adalah diantara PAS dan BN, tetapi disebabkan perpecahan dalam PAS dan kestabilan calon-calon BN, BN dijangka dapat mengekalkan majority sebagai pemerintah. PH mungkin mampu menang beberapa kerusi tetapu tidak cukup untuk menggoyangkan posisi BN. 
Jangkaan>BN.

Kelantan; Medan pertempuran terbesar antara BN dan PAS dijangka akan mendapat manfaat hasil perpecahan PAS dan ketiadaan calon MB yang berkarisma. Sejak ketiadaan Tuan Guru Nik Aziz, PAS Kelantan dilihat hilang kepercayaan dan lemah dalam pentadbiran asas negeri. Kemunculan Ustaz Nik Omar mungkin memberi sedikit talian nyawa untuk PH di Kelantan tetapi tidak cukup untuk mengelakkan Kelantan jatuh ke tangan BN. Faktor pengundi luar daerah dan hari pengundian pada Rabu akan memberi kesan besar dalam keputusan PRU di Kelantan  PAS akan kehilangan Kelantan buat pertama kali sejak lebih 20 tahun dan akan memberi tamparan besar kepada survival PAS dan moral penyokong untuk jangka masa panjang.
Jangkaan>BN.

Sabah; Faktor Shafie Apdal mungkin boleh memberi perubahan landskap politik Sabah kerana politik Sabah dari segi sejarahnya boleh bertukar akibat dari isu besar. Shafie dijangka boleh menguatkan gelombang perubahan hasil bantuan isu-isu lama di Sabah terutama dari pengagihan kekayaan, imigran Filipina, dan kemajuan asas. Tetapi pengaruh Shafie diragui boleh memberi impak pada keseluruhan Sabah dalam masa yang singkat, dan di tambah kekuatan kewangan BN dan pelaksanaan projek mega seperti Lebuhraya Trans-Borneo.
Jangkaan>BN.


Barisan Nasional ; (8) Perlis, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sabah
Pakatan Harapan ; (4) Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perincian emblem ALFA ROMEO

Jenama ALFA ROMEO mungkin mempunyai emblem paling kuno dan bersejarah dikalangan jenama-jenama otomotif lain. Ia dihasilkan pada 1910, beberapa bulan selepas Anonima Lombarda Fabbrica Automobili atau A.L.F.A ditubuhkan pada 24 June 1910. Secara ringkas, logo dibahagi kepada dua separa utama – kiri dan kanan. Separuh kiri ialah Salib merah diatas warna putih adalah symbol Bandar Milan. Diseparuh kanan, maksud Imej manusia dan ular adalah kurang diketahui. Sebenarnya ini ialah symbol keluarga terpenting dalam sejarah kota Milan, keluarga Visconti. Simbol ini ialah gambaran manusia keluar dari mulut seekor ular. Antara lagenda asal usul manusia dan ular ini ialah peristiwa ketika Perang Salib. Otone Visconti, seorang ksatria berperang dengan tentera Sarakin (Saracen – golongan nomad dari gurun di Syria yang bersempadan dengan empayar Rom). Sarakin adalah gelaran untuk Muslim Arab kerana ketika itu perkataan muslim atau islam tidak diguna pakai. Otone telah menumpaskan t...

hujung minggu yang sibuk...

- KL - Penang - KL - Johor - Terengganu - Johor - KL - itulah 'route' perjalanan aku hujung minggu ni...penat tak usah sebut le....hampir 3suku semenanjung tanah melayu aku redah dalam masa 5 hari terakhir ni... - mula2 ke Penang jadi budak despatch 'FedEx', lepas tu balik Johor - 'family day', dan kemudian, ke Kuala Terengganu - 'family outing' cuti-cuti Malaysia....- lepas tu balik semula ke KL la...'la la la kerja..' - kepada pihak 'penaja', terima kasihlah bebanyak- moga rezki semakin murah, amin....banyak 'experience' baru dan banyak 'karekter' baru aku aku lalui dan temui - Mani & Lee diPenang, amoi dlm flight & akak tertinggal shades "CHANEL' ori.. (rugi aku tak kebas).hahaha...cendol & rojak Seromban, gerombolan JPJ Tampin, MB Terengganu, akak amik order kat pantai Marang, dan sekawan tebuan eksiden dengan kereta kitorng di LEKAS... - today - back at work..... "Perjalanan adalah bukan berk...

PERAK FIASCO....Sultan atau Mahkamah?

1. 11 Mei 2009, Mahkamah Tinggi telah isytihar yang YB DS Ir. Nizar adalah Menteri Besar Perak yg sah, dan terbukti YB Dr. Zambry adalah Ketua Kerajaan Perak yang haram selama lebih 2 bulan. Tahniah kepada DS Ir. Nizar...! 2. Sebelum itu, pada 7 Mei, negara telah dihidangkan dengan sarkis kurang berakal YB2 PR dan BN dalam sidang DUN Perak. Tindakan kurang bijak YB2 BN untuk menyingkirkan Speaker Sivakumar, adalah satu tindakan yg lebih teruk dari budak sekolah. Mereka tanpa segan silu naik atas meja, menjerit, mencarut, bertekak malah hampir bertumbuk. YL rasa, budak sekolah pun tak sampai macam tu kalau nak lantik ketua darjah atau ketua pengawas sekolah mereka...entahlah... 3. Apa yang dapat YL katakan tentang keputusan ini adalah mungkin satu tanda mengenai kebebasan badan kehakiman di Malaysia. Bukan mahu menyokong mana2 pihak, cuma teruja melihat kebenaran dapat dibuktikan, walaupun sebelum ini ramai pemerhati, pro-BN khususnya melihat keputusan Sultan adalah mutlak. Memetik kat...