Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2018

PRU 14, ramalan keputusan DUN negeri-negeri

Perlis ; BN memenangi 13 kerusi DUN pada PRU 13 dan dijangka tidak menghadapi masalah untuk mengekalkan majoriti rekod yang sama. Ketiadaan pemimpin berwibawa dari pimpinan PH atau PAS, serta pepecahan sokongan bukan-BN memberi laluan selamat buat BN di negeri Perlis.  Jangkaan > BN Kedah ; Ini ialah medan pertempuran utama di kawasan utara semenanjung. Faktor Tun M akan mempengaruhi keputusan pengundi selain daripada pengalaman kurang indah dirompak MB akibat daripada kesan kritikan terhadap krisis 1MDB. Mukhriz dilihat sebagai calon pilihan jika PH berjaya meraih majoriti di Kedah dan akan menjadi MB buat kali ke-2 dalam tempoh dua penggal.  Jangkaan > PH Pulau Pinang; PH/DAP mungkin kehilangan bebrapa kerusi DUN akibat daripada perlawanan 3 penjuru dikawasan campuran, namun PH dijangka mengekalkan kuasa di Pulau Pinang tanpa ada masalah besar Jangkaan>PH Perak; Dinamik politik Perak dilihat agak stabil sejak rompakan kuasa oleh rejim Najib tetapi isu-isu