Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2018

PRU-14 : Ramalan awal keputusan (sebelum hari penamaan calon)

Menjelang hari penamaan calon esok (28-Apr-2018), penulis menjangkakan keputusan pelik akan berlaku dalam PRU-14; 1. Barisan Nasional (BN) akan kekal menerajui kerajaan dengan majoriti tipis kerusi parlimen, tetapi undi popular merosot jauh, kurang dari 40%. 2. PAS akan mengalami kekalahan teruk sejak tahun 1999. Buat pertama kali hilang Kelantan. 3. BN akan dapat Kelantan, tetapi terlepas Johor. 4. Pakatan Harapan mungkin memenangi 3 kerajaan ; Selangor, Penang dan Kedah. 5. Barisan Nasional memenangi ; Perlis, Kelantan, Terengganu, Pahang, Melaka dan Sarawak. 6. Warisan akan membantu PH di Sabah, memenangi keputusan luar biasa. 7. 4 negeri akan menghasilkan keputusan sengit ; Johor, Negeri Sembilan, Perak dan Sabah. 8. PH akan memenangi lebih 100 kerusi Parlimen. 9. Najib akan didesak meninggalkan BN selepas keputusan teruk. 10. Akan berlaku krisis besar penolakkan rakyat jika BN masih kekal sebagai parti memerintah dengan undi populariti yang kecil.

PRU 14 : 7 faktor besar yang akan memberi kesan pada keputusan PRU

Menjelang   PRU ke-14, secara zahir kita dapat lihat beberapa perkara besar yang boleh memangkin perubahan dalam keputusan akhir untuk Pilihanraya kali ini. Ini adalah PRU ke 2 dibawah era PM Najib Razak dan yang pertama bagi UMNO/BN tanpa sokongan Tun Mahathir. Faktor 1 – Undi hari RABU Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) memilih tarikh RABU 9 May 2018 sebagai hari rasmi pengundian PRU ke 14. Tanpa sebarang justifikasi pemilihan hari Rabu, golongan anti-Najib   melihat perkara ini memberikan kelebihan besar terutama untuk kerusi luar bandar yang merupakan penyumbang utama kemenangan BN. Pengundian pada hari bekerja tidak membantu ramai pengundi luar kawasan untuk pulang mengundi dan merencatkan usaha melihat kerobohan rejim Najib. Namun begitu secara teknikalnya ramai juga penyokong BN yang menghadapi kesulitan dan ini mungkin juga memberi jejas pada jumlah keseluruhan undi. Faktor 2 – Persempadanan semula Ini faktor yang sangat teknikal dan akan memberi kesan jika kita