Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2018

Station-wagon - Estate - Shooting brake

Station-wagon, estate atau shooting brake. Satu varian, tiga nama berbeza. Nama-nama ini   merujuk pada varian yang sama iaitu varian sedan 4pintu dengan bumbung yang menjulur kebelakang diatas tempat letak barang, dan boleh diakses melalui pintu ke-lima. Atau dengan kata lain, kereta hatchback yg panjang dengan kawasan penumpang belakang dan barang yang lebih luas. Wagon adalah panggilan lebih popular di Malaysia, dan varian ini sangat terhad dalam pasaran kereta baharu. Staton-wagon Mulanya dipanggil ‘depot hacks’. . Perkataan ‘hack’ berasal dari kata ‘hackney’ yang bermaksud teksi yang ditarik kuda. Nama depot hecks ini dipakai sejak zaman kereta kuda lagi. Kemudian nama station-wagon diguna pakai. Nama Station-wagon ini lebih spesifik kepada kenderaan pengangkut dari stesen keretapi. Awalnya kereta dengan bentuk badan wagon ini berasal dari Ford Model T dengan badan kayu yang panjang bagi kegunaan mengangkut penumpang dan muatan beg dari depot keretapi.

Mobius Motors : Jihad ekonomi Afrika!

Afrika memerlukan kenderaan yang memenuhi kehendak Afrika. Joel Jackson, seorang jurutera komputer hadir ke pendalaman Kenya kerana terlibat sebagai jururunding dalam industri perkayuan. Pengalaman dan pemerhatian kepada kesulitan sistem pengangukatan dipedalaman Afrika, Jackson berpendapat Afrika memerlukan kereta yang dicipta khusus untuk mereka ; murah dan lasak. Cetusan idea Jackson membawa kepada penubuhan Mobius Motors pada tahun 2009. Strategi Mobius Motors adalah menghasilkan kenderaan lasak yang murah. Caranya adalah dengan menggunakan komponen sedia ada dari rak (off-the-shelf) yang digabungkan dengan rangka ringkas yang kukuh. Strategi ini cuba mengeksplotasi struktur cukai Kenya yang tidak mengenakan duti import pada komponen kenderaan (Kenya mengenakan cukai sangat tinggi untuk setiap kenderaan yang dibawa masuk).  Komponen penting seperti enjin ,transmisi, dan brek diimport dari pengilang dari Eropah. Tetapi cabaran sebenar adalah menyatukan semua komponen itu dan