Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2011

Lelaki bijak dalam "3 Idiots"

3 IDIOTS. Filem yang hebat, filem yang memecahkan banyak rekod, memenangi banyak anugerah dan yang paling penting, logiknya filem Bollywood paling 'brilliant' yang pernah dihasilkan. Kisah 3 pelajar kejuruteraan yang berkongsi bilik di Imperial College of Engineering, Rancho, Raju dan Farhan. Filem ini bermula dengan pertemuan semula selepas 10 tahun, antara geng Rancho dan the Silencer (student poyo). Plot cerita dihasilkan dari kesinambungan 'flash back', penceritaan, dan situasi semasa dengan berkisar perjalanan Raju, Farhan & Chatur 'the Silencer' menjejaki Rancho. Sewaktu di kolej, hidup dan pemikiran Farhan dan Raju banyak dipengaruhi oleh Rancho yang sangat bijak dan berfikiran luar biasa. Raju dan Farhan belajar kerana desakan keluarga, untuk menanggung keluarga dan memenuhi impian keluarga. Pelbagai insiden lucu, sedih dan penuh makna berlaku sepanjang 4 tahun mereka di kolej. Perjalanan mereka mencari Rancho akhirnya membuka kisah siapa Rancho sebe

Urusan Nikah & Kenduri Kahwin

-Dengan segala hormatnya ingin menjemput semua pembaca YL hadir ke majlis walimatulurus tuan punya YL pada Ahad, 10 Julai 2011 -Jika ada kelapangan, sudilah hadir sama memeriahkan majlis. Insyallah, majlis yang serba sederhana ini akan lebih meriah dengan kehadiran tuan puan semua -Doakan majlis kami berjalan lancar seperti dirancangkan dengan izin Allah. Ameen.

Dungu : Habis Rm1.8juta untuk akaun Facebook?

-Kerajaan 1Malaysia memang mewah, boleh belanja berbillion ringgit untuk subsidi untuk rakyat, tapi selalu sangat mengungkkit,mengugut, macam tak ikhlas nampaknya -Kerajaan Malaysia juga memang kaya-raya bila boleh belanjakan rm1.8juta hanya untuk akaun Facebook Kementerian Pelancongan, CUTI-CUTI 1MALAYSIA -Ketika semua orang boleh ada akaun facebook tanpa keluarkan 1sen pun,dan sesetangah individu boleh jadi kaya raya kerana Facebook kenapa kerajaan 1Malaysia terpaksa belanja rm1.8juta? -Aku rasa Ng yen Yen kene jawab masalah ni, kalau tak bole jawab juga, kena mintak tolong Muhyiddin atau Najib bagi alasan atau jawapan dungu -Kalau akaun Facebook pun menelan belanja 1.8juta, berapa pula agaknya kerajaan Malaysia berhabis untuk laman web agensi kerajaan -Tertanya-tanya juga berapa banyak yang Najib belanjakan untuk akaun Facebook Najib 1Malaysia nya...

Pelajar + PC = Apa hasilnya?

-Besungguh betul Kerajaan 1Malaysia Najib nak melengkapkan murid sekolah dengan kemudahan laptop/notebook, hasilnya skim komputer 1Malaysia -Tak begitu pasti dengan kriteria pemilihannya, merit pencapaian atau kemampuan keluarga -Tapi, keyakinan pemilihan dari kerajaan 1Malaysia memang diragui sejak dulu lagi, sejak zaman berzaman (dulu, kini....sampai mati) -Satu soalannya, penting sangatkah laptop dalam pencapaian murid sekolah? -Tak diragui, PC dengan capaian talian internet boleh menerokai seluruh WWW – yang positif atau negative -Tapi apa guna bila kerajaan 1Malaysia sumbangkan laptop tanpa talian internet? Mak Abah juga yang perlu tanggung bayaran Broadband/Streamyx? -Itu belum kira lagi kesan gejala negative internet – laman sosial, porno, judi, ajaran sesat -Rasanya lebih baik kerajaan Najib gunakan wang laptop untuk lengkapkan sekolah dengan komputer, lebih ramai yang dapat manfaatnya bukan hanya individu tertentu, dan juga lebih mudah untuk mengawal penggunaannya -Ketika jati

Teksi Penang

-Orang Penang sedia tahu, tambang teksi kat Penang ni memang mahal, sebab teksi Penang tak pakai meter -Tak pasti JPJ sedar tentang hal ini, tapi yag pastinya orang JPJ pun ada yang naik teksi juga -Perjalanan kurang 3km di siang hari pun boleh caj RM10, itu memang dah betul punya mahal -Kerajaan BN tubuh SPAD, tapi tak pasti SPAD ni berfungsi ke tak, jangan makan gaji buta, itu tak amanah namanya -Agensi kerajaan yang lain pun nampak macam tak bekerja, Hal Ehwal Pengguna, Perlesenan kenderaan, sume macam tak nak ambil tindakan -Langkah alternatifnya, lebih baik kita tukar kerajaan, sebab yang dah ada sekarang susah & degil nak berubah. Yang rugi nanti kita, rakyat Malaysia