Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2010

soal hati

Hati tak boleh menulis, tapi tulisan boleh menterjemah apa yang dirasai hati ‘buah hati’ = “sweetheart” Hati dalam bahasa Inggeris bukanlah ‘heart’ tapi ‘liver’. Heart dalam bahasa Melayu ialah ‘jantung’, bukannya ‘hati’. Tapi untuk orang melayu, perkataan ‘hati’ itu lebih kepada kaitan ‘perasaan’ bukan organ badan. Bila orang melayu bercakap tentang ‘sakit hati’, boleh jadi dua maksud. Sakit hati boleh jadi ‘marah’ atau ‘hati tidak berfungsi’ (1)Hati yang sakit datang dari hati yang rosak Hati, organ kedua terbesar dlm badan kita selepas kulit dan merupakan kelenjar terbesar dalam tubuh. Hati yang rosak menyebabkan byk fungsi biokimia badan terjejas. Badan tak sihat, peluang untuk hidup tipis. (2) Hati yang sakit datang dari perasaan yang marah/konflik diri Biasenye hati sakit bile ape yang kehendak tak dapat, tertekan atau kecewa. Orang melayu sgt beradab, sopan dan byk fikir nak jaga hati orang lain walaupun selalunya hatinya merana. Cinta dan sayang banyak terlibat dengan soal hati