Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2009

menyelamatkan nyawa dalam 10 minit

Hujung minggu Syawal yang bosan, pergi menontonlah sebagai pengisiannya dan filem Korea “Tsunami at Haeundae” jadi pilihan. Plot filem ini seakan menyamai jalan cerita “Sinking of Japan”, - bencana alam sebagai tema, dengan ditambahperisakan dengan elemen kasih sayang dan pengorbanan. Rasanya penulis cerita filem ini mengambil tragedi tsunami di Acheh sebagai inspirasinya. Aku bukanlah peminat filem Korea, jadi, semua pelakon filem ini bukanlah muka yang familiar bagi aku kecuali heroin filem ni, rasanya pernah dilihat dalam filem Korea lain sebelumnya. Sekumpulan penyelidik gempa bumi/tsunami mengesan corak gempa yang semakin menghampiri Haeundae yang mungkin boleh menyebabkan ‘mega-tsunami’ dalam waktu terdekat. Macam biasalah, mesti ada satu kumpulan yang tak percaya dengan teori ini, dan pada saat-saat akhir saja, baru nak menyesal. Kebiasaan filem Korea/Japan, elemen kasih sayang hubungan manusia itu ada, tapi tak diangkat sebagai kisah utama. Ada beberapa kisah hubungan manusia d

Formula-Satu-Malaysia

TERHARU dan BIRU. Sebagai rakyat Malaysia, itulah perasaan pabila PM terchenta ‘menghadiahkan’ sebuah pasukan F1 beberapa hari sebelum Hari Raya Aidilfitri. Dengan muka bangga, PM Najib dan taiko2 bisnes Malaysia mengumumkan “ Pasukan F1 1Malaysia akan menjadi pasukan F1 ke-13 dalam siri F1 Grand Prix bermula tahun 2010…” Apakah rasionalnya pengumuman itu ketika ekonomi dunia sedang bergoncang, dan lebih khusus lagi, ketika beberapa pasukan F1 mula menarik diri bagi menyelamatkan diri dari muflis lebih teruk? Pada fikiran aku yang naïf berpolitik dan ber’bisnes’, pro-nya adalah lebih sedikit berbanding kontra-nya yang makin membukit. Positifnya dilihat oleh ramai sebagai medan bagi mencari publisiti/penjenamaan bagi syarikat2 gergasi Malaysia, contohnya Proton, Air Asia, NAZA dan beberapa lagi kompeni lain. Dan juga bagi menyediakan medan bagi rakyat Malaysia membuktikan kemampuan mereka dalam bidang berkaitan F1 – engineering, business dan marketing. Tapisatu soalannya, adakah kompeni

syawal 1430

hari ini 6 Syawal, dan rasenye masih belum terlewat untuk mengucapkan "SELAMAT HARI RAYA EIDULFITRI" untuk semua... hari ini dah mula bekerja semula, dan mungkin korang rasa pelik kenapa aku start kerja hari Jumaat...sebabnye nak mengelak kereta2 yang banyak hari Sabtu & Ahad mendatang ni...perjalanan dari Johor ke Penang, mungkin boleh ambik masa lebih 15 jam...memang rugi.. Anyway, raya tahun ni lebih best dari tahun2 lepas, sebab dapat cuti lebih panjang, dapat bagi duit raya lebih sikit, dan yang paling penting, dapat berhari-raya dengan adik-beradik yang lengkap selepas 3 tahun... "semoga ketakwaan & keimanan bulan Ramadhan diteruskan dengan keinsafan & kesederhanaan dalam menyambut Syawal"... dengan ingatan tulus ikhlas, maaf zahir batin.....

365

17 Sept '08 ~ 16 Sept '09....365 hari.... selama itulah aku berada dalam kompeni ni... waktu bergerak pantas, tapi waktu yang berlalu itu perlu diisi dan dimanfaati... objektif mesti ada, target mesti jelas... untuk 365 hari seterusnya, apa akan terjadi?

9-9-9

Untuk memperingati yang diri ini masih wujud pada 9/9/9, Flickr utk koleksi foto adalah sebagai tandanya. Kalau rase nak tengok atau nak kutuk, bolehlah meloncat ke http://www.flickr.com/photos/yellowlentil/ Seterusnya, menunggu apa yang akan terjadi pada 10/10/10 nanti…Harapnya masih lagi bernafas...

Scirocco oh Scirocco

entah bila aku tak ingat, tapi satu masa dulu aku pernah posting pasal VW Scirocco Studie R - concept... minggu lepas, Cartrade-ABT dh start offer ABT tuning kit utk Scirocco & Golf GTi Mk6 di Malaysia. terbukak gak le rahang bila tgk Scirocco merah dengan ABT bodykit... VW Scirocco ni belum oficially launch kat Mesia, tapi yang standard pun dah RM 240K++....plus ABT kit RM50K...so, range harge dalam RM300K... Pergh..kalau tahap gaji sekarang ni, agak2 bile la geran Scirocco ni boleh tulis name aku... Must work hard.....get more money......get even more money....get rocco.....get more chicks....later spend more money......haha Anyway..ade sape2 nak beli buah pinggang??

Fallin' for You

Fallin' for You - Colbie Caillat dah ada dlm ipod aku ni sejak 2 bulan yang lepas. Tapi last week aku baru jumpa muzik video lagu ni dlm YouTube. It's a beutiful song with funny music video. Colbie is very adorable, and the video is creative and meaningful. I'm fallin' for you Colbie.. ;)

Maaf dari Sorga

Rumah bernombor 33 di Jalan Kelana Jaya menerima penyewa terbarunya, pasangan Hakiki dan Sarah. Hakiki ialah seorang pegawai bank berfikiran liberal, dan isterinya, Sarah merupakan mualaf berbangsa Australia. Rumah 33 menyimpan pelbagai misteri yang melanda setiap penyewanya. Hakiki dan Sarah mula dikunjungi peristiwa aneh dan pelik; imejan menakutkan, mimpi ngeri serta hubungan suami isteri yang makin keruh. Hakiki cuba merahsiakan konflik lama dengan keluarganya dari Sarah. Satu kejadian yang hampir mengorbankan Sarah berlaku akhirnya menjernihkan kembali keadaan. Apakah sebenarnya gangguan yang berlaku di rumah nombor 33 ini? Apakah kemaafan untuk mereka akan hadir? Kali ini Faisal Tehrani cuba memasukkan elemen misteri dalam nukilannya, tanpa mengabaikan tazkirahnya. Namun begitu, suntikan mistik ini bukanlah sesuatu yang mengarut, tetapi lebih kepada perlambangan dan ingatan terhadap menjauhi kemungkaran. ‘Maaf dari Sorga’ ini merupakan antara dokumentasi awal Faisal dalam dunia k