Langkau ke kandungan utama

PERAK FIASCO....Sultan atau Mahkamah?

1. 11 Mei 2009, Mahkamah Tinggi telah isytihar yang YB DS Ir. Nizar adalah Menteri Besar Perak yg sah, dan terbukti YB Dr. Zambry adalah Ketua Kerajaan Perak yang haram selama lebih 2 bulan. Tahniah kepada DS Ir. Nizar...!

2. Sebelum itu, pada 7 Mei, negara telah dihidangkan dengan sarkis kurang berakal YB2 PR dan BN dalam sidang DUN Perak. Tindakan kurang bijak YB2 BN untuk menyingkirkan Speaker Sivakumar, adalah satu tindakan yg lebih teruk dari budak sekolah. Mereka tanpa segan silu naik atas meja, menjerit, mencarut, bertekak malah hampir bertumbuk. YL rasa, budak sekolah pun tak sampai macam tu kalau nak lantik ketua darjah atau ketua pengawas sekolah mereka...entahlah...

3. Apa yang dapat YL katakan tentang keputusan ini adalah mungkin satu tanda mengenai kebebasan badan kehakiman di Malaysia. Bukan mahu menyokong mana2 pihak, cuma teruja melihat kebenaran dapat dibuktikan, walaupun sebelum ini ramai pemerhati, pro-BN khususnya melihat keputusan Sultan adalah mutlak. Memetik kata2 hakim Mahkamah Tinggi Datuk Abdul Aziz," Menteri Besar tidak boleh dilucutkan jawatan oleh Sultan kerana Menteri Besar tidak menjawat jawatan itu atas pilihan Sultan". - aku sgt setuju, kerana kita mengamalkan perlembagaan yang mendengar suara/pilihan rakyat.

4. Apa tindakan DS Nizar & YB2 PR selepas ini? membubarkan DUN Perak untuk re-election atau terus mengambil alih kerajaan Perak. YB Nizar mungkin akan memohon perkenan Sultan bagi membubarkan DUN untuk memberi ruang bagi rakyat memilih kerajaan mereka.

5. Tetapi BN juga tidak akan menerima bulat2 keputusan Mahkamah itu, mereka juga ada perancangan untuk mengelak malu.

6. Tetapi bagi YL, untuk mengadakan Pilihanraya diseluruh negeri Perak (59 kerusi DUN), memerlukan belanja yang besar. Di dalam kemelut ekonomi, perlukah kita menyalurkan sebahagian wang untuk pilihanraya semata-mata?

7. Mungkin juga, untuk menjimatkan kos, kita boleh adakan pilihanraya di tiga kawasan DUN untuk tiga YB katak, Changkat Jering, Jelapang & Behrang. Kerana merekalah punca tercetus kemelut ini.

8. Tapi YL ramal, PR mungkin akan menang dengan lebih besar jika re-election diadakan - sebabnya, kali ini majoriti rakyat Perak yang menyokong YB Nizar akan berusaha dengan lebih keras & bijak bagi memastikan kerajaan pilihan mereka kali ini lebih stabil, kuat & yang penting sah disisi undang2.....

Ulasan

  1. 9 jam sahaja DS Nizar sempat jadi MB

    BalasPadam
  2. xkisah le, 9 jam ke, 9 tahun ke...yang lebih penting, mahkamah dah membuktikan...
    tindakan kerajaan BN adalah HARAM disisi undang2 dan keputusan Sultan Perak adalah KURANG BIJAK, TAK MENCERMINKAN KEPERIHATINAN & TERPESONG DARI PERLEMBAGAAN....TAKBIR..!

    BalasPadam
  3. mane ade emoo....
    gua tgh rilek ni..:)..
    cume tak tahan tengok badut2 sarkis yang tak tahu malu tgh buat show yang terpaksa ditonton...aduss...

    BalasPadam
  4. there u go. ade pon smile.. xtahan jgn tengok beb..byk lagi pemandangan santek..:P aduyai la...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perincian emblem ALFA ROMEO

Jenama ALFA ROMEO mungkin mempunyai emblem paling kuno dan bersejarah dikalangan jenama-jenama otomotif lain. Ia dihasilkan pada 1910, beberapa bulan selepas Anonima Lombarda Fabbrica Automobili atau A.L.F.A ditubuhkan pada 24 June 1910. Secara ringkas, logo dibahagi kepada dua separa utama – kiri dan kanan. Separuh kiri ialah Salib merah diatas warna putih adalah symbol Bandar Milan. Diseparuh kanan, maksud Imej manusia dan ular adalah kurang diketahui. Sebenarnya ini ialah symbol keluarga terpenting dalam sejarah kota Milan, keluarga Visconti. Simbol ini ialah gambaran manusia keluar dari mulut seekor ular. Antara lagenda asal usul manusia dan ular ini ialah peristiwa ketika Perang Salib. Otone Visconti, seorang ksatria berperang dengan tentera Sarakin (Saracen – golongan nomad dari gurun di Syria yang bersempadan dengan empayar Rom). Sarakin adalah gelaran untuk Muslim Arab kerana ketika itu perkataan muslim atau islam tidak diguna pakai. Otone telah menumpaskan t...

hujung minggu yang sibuk...

- KL - Penang - KL - Johor - Terengganu - Johor - KL - itulah 'route' perjalanan aku hujung minggu ni...penat tak usah sebut le....hampir 3suku semenanjung tanah melayu aku redah dalam masa 5 hari terakhir ni... - mula2 ke Penang jadi budak despatch 'FedEx', lepas tu balik Johor - 'family day', dan kemudian, ke Kuala Terengganu - 'family outing' cuti-cuti Malaysia....- lepas tu balik semula ke KL la...'la la la kerja..' - kepada pihak 'penaja', terima kasihlah bebanyak- moga rezki semakin murah, amin....banyak 'experience' baru dan banyak 'karekter' baru aku aku lalui dan temui - Mani & Lee diPenang, amoi dlm flight & akak tertinggal shades "CHANEL' ori.. (rugi aku tak kebas).hahaha...cendol & rojak Seromban, gerombolan JPJ Tampin, MB Terengganu, akak amik order kat pantai Marang, dan sekawan tebuan eksiden dengan kereta kitorng di LEKAS... - today - back at work..... "Perjalanan adalah bukan berk...