Langkau ke kandungan utama

the KITE RUNNER


tengok movie ni last week, tapi agak bizzy nak post kt YL,..ye la...masuk ofis pun seminggu 2 kali jek, haha...

Bukanlah sebuah filem baru, tapi dah ditayang pada 2007 (nominated untuk Oscar 2007), cuma aku je baru dapat cari DVD ni. Di adaptasi dari novel hasil karya Khaled Hosseini, The Kite Runner arahan Marc Forster adalah satu penceritaan mengenai kehidupan yang diolah dengan berkesan. Mengambil kisah dua sahabat, Amir dan Hassan berlatarbelakangkan kota Kabul, Afghanistan bermula dari tahun 70-an, sebelum era penjajahan Russia keatas mereka.

Amir, anak seorang yang berpengaruh dan kaya, manakala Hassan adalah anak kepada ‘servant’ mereka, Ali. Layang2 merupakan permainan popular bagi kanak2 di Kabul pada masa itu, dan Hassan & Amir merupakan pair yang hebat. Kebolehan Hassan sgt dikagumi- boleh membaca dengan tepat, dimana layang2 yang mereka tewaskan akan jatuh. Namun, ketika mereka menjadi partner layang2 yg terhebat di Kabul, terjadi satu insiden yg mengubah pandangan Amir pada Hassan – sejak itu hubungan mereka renggang – dan akhirnya terpisah setelah peristiwa penaklukan Russia. Amir & bapanya lari ke Amerika.

Tahun 2000, Amir dihubungi rakan baik bapanya, hingga membawanya pulang ke Pakistan dan seterusnya ke Kabul. Disana dia mengetahui kisah sebenar mengenai Hassan yg merupakan saudara kandungnya. Tapi ketika itu, Hassan telah mati dibunuh Taliban. Dari sini, bermula perjalanan Amir membawa pulang Sohrab, anak Hassan ke Amerika.

Filem ini mengajar kepada asas nilai hidup ; kesetiaan, nilai sahabat, kasih sayang dan pengorbanan. Pengorbanan Hassan pada Amir membuat Amir terpanggil untuk membantu Sohrab.

Juga kita boleh melihat bagaimana Afganistan, sebuah negara yang penuh dengan keceriaan pada satu masa dahulu, menjadi sebuah medan kemusnahan & penderitaan seperti sekarang.

‘the kite runner’ bukanlah sebuah kisah typikal dan glamour dari Hollywood – ianya adalah satu lagi perspektif hidup dari sudut lain di dunia ini.

Berbaloi tengok cerita ni, sebab beri pandangan dan pengalaman yang berbeza, so apa tunggu lagi.

« There’s a way to be good again….. »

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perincian emblem ALFA ROMEO

Jenama ALFA ROMEO mungkin mempunyai emblem paling kuno dan bersejarah dikalangan jenama-jenama otomotif lain. Ia dihasilkan pada 1910, beberapa bulan selepas Anonima Lombarda Fabbrica Automobili atau A.L.F.A ditubuhkan pada 24 June 1910. Secara ringkas, logo dibahagi kepada dua separa utama – kiri dan kanan. Separuh kiri ialah Salib merah diatas warna putih adalah symbol Bandar Milan. Diseparuh kanan, maksud Imej manusia dan ular adalah kurang diketahui. Sebenarnya ini ialah symbol keluarga terpenting dalam sejarah kota Milan, keluarga Visconti. Simbol ini ialah gambaran manusia keluar dari mulut seekor ular. Antara lagenda asal usul manusia dan ular ini ialah peristiwa ketika Perang Salib. Otone Visconti, seorang ksatria berperang dengan tentera Sarakin (Saracen – golongan nomad dari gurun di Syria yang bersempadan dengan empayar Rom). Sarakin adalah gelaran untuk Muslim Arab kerana ketika itu perkataan muslim atau islam tidak diguna pakai. Otone telah menumpaskan t...

hujung minggu yang sibuk...

- KL - Penang - KL - Johor - Terengganu - Johor - KL - itulah 'route' perjalanan aku hujung minggu ni...penat tak usah sebut le....hampir 3suku semenanjung tanah melayu aku redah dalam masa 5 hari terakhir ni... - mula2 ke Penang jadi budak despatch 'FedEx', lepas tu balik Johor - 'family day', dan kemudian, ke Kuala Terengganu - 'family outing' cuti-cuti Malaysia....- lepas tu balik semula ke KL la...'la la la kerja..' - kepada pihak 'penaja', terima kasihlah bebanyak- moga rezki semakin murah, amin....banyak 'experience' baru dan banyak 'karekter' baru aku aku lalui dan temui - Mani & Lee diPenang, amoi dlm flight & akak tertinggal shades "CHANEL' ori.. (rugi aku tak kebas).hahaha...cendol & rojak Seromban, gerombolan JPJ Tampin, MB Terengganu, akak amik order kat pantai Marang, dan sekawan tebuan eksiden dengan kereta kitorng di LEKAS... - today - back at work..... "Perjalanan adalah bukan berk...

PERAK FIASCO....Sultan atau Mahkamah?

1. 11 Mei 2009, Mahkamah Tinggi telah isytihar yang YB DS Ir. Nizar adalah Menteri Besar Perak yg sah, dan terbukti YB Dr. Zambry adalah Ketua Kerajaan Perak yang haram selama lebih 2 bulan. Tahniah kepada DS Ir. Nizar...! 2. Sebelum itu, pada 7 Mei, negara telah dihidangkan dengan sarkis kurang berakal YB2 PR dan BN dalam sidang DUN Perak. Tindakan kurang bijak YB2 BN untuk menyingkirkan Speaker Sivakumar, adalah satu tindakan yg lebih teruk dari budak sekolah. Mereka tanpa segan silu naik atas meja, menjerit, mencarut, bertekak malah hampir bertumbuk. YL rasa, budak sekolah pun tak sampai macam tu kalau nak lantik ketua darjah atau ketua pengawas sekolah mereka...entahlah... 3. Apa yang dapat YL katakan tentang keputusan ini adalah mungkin satu tanda mengenai kebebasan badan kehakiman di Malaysia. Bukan mahu menyokong mana2 pihak, cuma teruja melihat kebenaran dapat dibuktikan, walaupun sebelum ini ramai pemerhati, pro-BN khususnya melihat keputusan Sultan adalah mutlak. Memetik kat...