Langkau ke kandungan utama

SEVEN POUNDS


satu lagi filem hebat kombinasi Will Smith & pengarah Gabriele Muccino selepas "The Pursuit of Happyness"...

Smith sbg Tim Thomas seorang Aeronautical engineer yang brilliant, bertekad untuk mengubah kehidupan 7 orang setelah merasa bersalah kerana menjadi 'ponca' eksiden dan kematian 7 orang termasuk tunangnya.

Dia mencuri identiti adiknya, seorang pegawai Internal Revenue Service (IRS) - lebih kurang cam LHDN kat sini..nak mencari calon yang akan ditolong....penerima organnya...dan untuk mengenali karekter penerimanya nanti - samada berbaloi ke nak bagi kat diorang ni...

Dia menderma sebelah paru2 kepada adiknya Ben, hatinya kepada Holly - pekerja kebajikan untuk kanak2, buah pinggang kepada seorang coach hockey ice, dan sum2 tulang kepada seorang kanak2, Nicholas.

Kemudian, menjumpai 3 lagi individu untuk dibantu, Ezra - jurual on-line dan juga pemain piano yang buta, Emily Posa, pembuat kad ucapan kecil-kecilan yang bermasalah dengan jantungnya dan Connie - seorang ibu dengan 2 anak yang hidup mereka sering dizalimi boyfriendnya...

Emily jatuh hati pada Tim dan......

Dia mewariskan beach house nya kepada Connie untuk memulakan hidup baru. Kemudian, membunuh diri dibilik motelnya dengan duduk dlm bath tab - dibunuh dengan jellyfish yang beracun.

so, cukuplah kehidupan baru untuk 7 orang untuk menebus kematian 7 yang lepas..

Filem 'Seven Pounds' ni memang best. Macam biasalah, Will Smith dengan karekternya yang 'emotional' dan penuh prinsip dan juga jalan ceritanya yang sangat berkesan dan berperasaan.

Korang memang kene tengok cerita ni, sebab mungkin boleh mengubah perspektif mengenai kehidupan.

Tapi tak perlu lah bunuh diri untuk membantu orang lain kerana kita mungkin boleh membantu lebih ramai orang jika kita hidup lebih lama....

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perincian emblem ALFA ROMEO

Jenama ALFA ROMEO mungkin mempunyai emblem paling kuno dan bersejarah dikalangan jenama-jenama otomotif lain. Ia dihasilkan pada 1910, beberapa bulan selepas Anonima Lombarda Fabbrica Automobili atau A.L.F.A ditubuhkan pada 24 June 1910. Secara ringkas, logo dibahagi kepada dua separa utama – kiri dan kanan. Separuh kiri ialah Salib merah diatas warna putih adalah symbol Bandar Milan. Diseparuh kanan, maksud Imej manusia dan ular adalah kurang diketahui. Sebenarnya ini ialah symbol keluarga terpenting dalam sejarah kota Milan, keluarga Visconti. Simbol ini ialah gambaran manusia keluar dari mulut seekor ular. Antara lagenda asal usul manusia dan ular ini ialah peristiwa ketika Perang Salib. Otone Visconti, seorang ksatria berperang dengan tentera Sarakin (Saracen – golongan nomad dari gurun di Syria yang bersempadan dengan empayar Rom). Sarakin adalah gelaran untuk Muslim Arab kerana ketika itu perkataan muslim atau islam tidak diguna pakai. Otone telah menumpaskan t...

hujung minggu yang sibuk...

- KL - Penang - KL - Johor - Terengganu - Johor - KL - itulah 'route' perjalanan aku hujung minggu ni...penat tak usah sebut le....hampir 3suku semenanjung tanah melayu aku redah dalam masa 5 hari terakhir ni... - mula2 ke Penang jadi budak despatch 'FedEx', lepas tu balik Johor - 'family day', dan kemudian, ke Kuala Terengganu - 'family outing' cuti-cuti Malaysia....- lepas tu balik semula ke KL la...'la la la kerja..' - kepada pihak 'penaja', terima kasihlah bebanyak- moga rezki semakin murah, amin....banyak 'experience' baru dan banyak 'karekter' baru aku aku lalui dan temui - Mani & Lee diPenang, amoi dlm flight & akak tertinggal shades "CHANEL' ori.. (rugi aku tak kebas).hahaha...cendol & rojak Seromban, gerombolan JPJ Tampin, MB Terengganu, akak amik order kat pantai Marang, dan sekawan tebuan eksiden dengan kereta kitorng di LEKAS... - today - back at work..... "Perjalanan adalah bukan berk...

PERAK FIASCO....Sultan atau Mahkamah?

1. 11 Mei 2009, Mahkamah Tinggi telah isytihar yang YB DS Ir. Nizar adalah Menteri Besar Perak yg sah, dan terbukti YB Dr. Zambry adalah Ketua Kerajaan Perak yang haram selama lebih 2 bulan. Tahniah kepada DS Ir. Nizar...! 2. Sebelum itu, pada 7 Mei, negara telah dihidangkan dengan sarkis kurang berakal YB2 PR dan BN dalam sidang DUN Perak. Tindakan kurang bijak YB2 BN untuk menyingkirkan Speaker Sivakumar, adalah satu tindakan yg lebih teruk dari budak sekolah. Mereka tanpa segan silu naik atas meja, menjerit, mencarut, bertekak malah hampir bertumbuk. YL rasa, budak sekolah pun tak sampai macam tu kalau nak lantik ketua darjah atau ketua pengawas sekolah mereka...entahlah... 3. Apa yang dapat YL katakan tentang keputusan ini adalah mungkin satu tanda mengenai kebebasan badan kehakiman di Malaysia. Bukan mahu menyokong mana2 pihak, cuma teruja melihat kebenaran dapat dibuktikan, walaupun sebelum ini ramai pemerhati, pro-BN khususnya melihat keputusan Sultan adalah mutlak. Memetik kat...