Langkau ke kandungan utama

me & Mr. President

pagi tadi bangkit lambat dari tilam, sekarang terasa sangat mengantuk di meja kerja....untuk meringankan beban mata yang mahukan rehat, aku pun mencari idea satu topik untuk diulas..

puncanya tidur lewat kerana menyaksikan majlis Amerika menerima Presidennya yg ke 44.. Mr. B.H. Obama...aku tak bersedia untuk terlepas peristiwa bersejarah seperti ini...

betul, seperti mereka yg lain, aku bukan rakyat Amerika, kita semua tidak terkesan secara langsung atas apa yg berlaku di Amerika...Tapi kita boleh lihat kesannya setahun dari sekarang....

Bila mendengar ucapan pertamanya sbg Presiden malam tadi, kita akan sedar mengapa rakyat Amerika memilihnya sebagai Presiden mereka. Dia meletakkannya dirinya sbg sebahagian dari rakyat yang ingin bersama-sama mengubah negara mereka. Mempelajari sesuatu dari sejarah, menganalisis situasi semasa, dan meletakkan harapan untuk masa depan..itulah kekuatan Obama.

menjadi Presiden Amerika Syarikat disimbolkan sebagai menjadi org paling berkuasa didunia...aku kurang bersetuju....tapi boleh diletakkan sebagai 'orang paling berpengaruh didunia'.

aku rasa kita perlu memandang Obama lebih dari sekadar seorang '1st coloured President' - kerana yang sebenarnya dia adalah lambang 'multi-etnik Amerika' - bapa dari Kenya, ibu dari Kansas, bapa tiri dari Indonesia - dibesarkan di Indonesia dan kemudian Amerika dengan cara Amerika - Obama mungkin sama sahaja dengan Presiden2 kulit putih yang lain atau mungkin mempunyai pandangan berbeza hasil dari pencampuran dari bangsa berbeza.

Bukan niat aku untuk menyanjung Presiden Amerika ini, tapi kita harus menerima hakikat yang kita hidup dalam era penjajahan globalisasi 'Amerika-nisasi' - segalanya berpaksikan Amerika terutamanya ekonomi. Jadi sudah tentulah, apa yang berlaku di sana akan memberi kesan kepada kita disebelah sini...

Pada aku yang paling penting ialah persepsi Amerika terhadap dunia islam dan begitu juga sebaliknya. Mungkin seorang pemimpin islam perlu berdialog dengan Presiden baru ini, bagi memberinya gambaran yang betul dan tepat mengenai dunia islam....mungkin ini boleh memberi kestabilan kepada dunia...

Firman Allah dalam Al-Quran yang terjemahannya... "dan Kami jadikan kamu berbangsa2 dan berpuak2 supaya kamu berkenal-kenalan...."

p/s : sebagai rakyat Malaysia, kita perlu belajar sesuatu dari peristiwa ini...'Dare to CHANGE'

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Preve dan Suprima S facelift - apa yang Proton patut buat?

Preve dan Suprima S kekal tanpa sebarang perubahan sejak 2012. Untuk segmen C, Proton tiada pilihan lain selain menyegarkan model Preve and Suprima S yang sedia ada. Mengambil kira Proton yang masih dalam pelan pumilihan, kekangan modal, dan pasaran Proton yang terhad pada dalam negara sahaja, apa yang terbaik bagi Proton ialah mengutamakan pada kelemahan ketara model-model ini. Beberapa cadangan bagi menambah baik Preve dan Suprima S, dari pengalaman dan pemerhatian penulis. 1.        Nama Menghasilkan dua model yang 90% hampir sama dengan nama yang berbeza agak kurang logic mengambilkira saiz pasaran Proton. Proton patut meletakkan Suprima S dibawah varian Preve. Nama yang boleh diguna pakai mungkin Preve S, Preve Sports atau Preve Fastback. Sekurang-kurangnya kedua model ini boleh berkongsi kekuatan untuk menembusi target yang berbeza. 2.        Enjin/Transmisi Enjin CFE/Turbo perlu dikekalkan, tapi penghalusan perlu dibuat sepertimana model Iriz. Transmisi CVT juga

TOL-LOL

T 10cent hi-way? in your dream... harga tol nak naik lagi.... memang le aku takde kete..tp kalau semua 'peng-kereta2' ni sibuk2 nak naik tren ke bas ke sbb tol mahal, siapa yg susah?? aku jugak...sebab terpaksa naik tren mcm sardin..sardin pun kira ok...tin kecik 2ekor je duduk..kalo tin besar boleh gak dok ramai2... ekonomi turun...rate interest bank naik......minyak turun....tol naik.... so mcmana aku nak beli kereta...?gaji pun tak naik2... tu belum kira belanja nak kawin..nanti dula la.... dah le tax kereta kat malaysia ni 150%-200% , Honda Jazz yang ciput tu pun dh RM100K....fuhh... kenaikan tol ni termasuk dlm pakej rangsangan ekonomi Najib? aku tak rase terangsang pun... tapi tak tau lah geng2 diorang.... tokey2 besar aku rase hari2 terangsang.... orang biasa??.....gersang...kais pagi makan petang....

sejarah ALFA ROMEO

ALFA ROMEO. Jenama hebat dari Itali, penuh dengan tradisi, sejarah , seni, ego dan romantik. Kalau pun ia bukan jenama paling hebat, ia mungkin salah satu dari jenama terhebat dalam sejarah dunia otomotif. Nama asal Alfa Romeo ialah SAID, ringkasan dari Societa Anonima Italiana Darracq (Syarikat Italy Darrarq). Alexandre Darrarq adalaha nama ahli perniagaan dari Perancis, dan SAID merupakan cabang perniagaan otomobilnya di Itali. SAID sempat menghasilkan 2 model kenderaan, namun perusahaan ini tidak berjaya dan ditutup pada tahun 1909. Iklan kereta jenama Darracq Dalam tahun 1909, fasiliti pengeluaran SAID bepindah ke Milan diwilayah Lombardy dan kekal menghasilkan kenderaan dibawah kelolaan Ugo Stella. Bagi menandakan perubahan pemilikan, syarikat ini diberi nama baharu, Anonima Lombarda Fabbrica Automobili atau A.L.F.A (Kilang Kereta Lombarda). Logo ALFA ROMEO yg masyhur juga diciptakan selepas berpindah ke kilang ini. ALFA memulakan aktiviti lumba kereta pada 1911, ha