Langkau ke kandungan utama

hujung minggu yang sibuk...

- KL - Penang - KL - Johor - Terengganu - Johor - KL

- itulah 'route' perjalanan aku hujung minggu ni...penat tak usah sebut le....hampir 3suku semenanjung tanah melayu aku redah dalam masa 5 hari terakhir ni...

- mula2 ke Penang jadi budak despatch 'FedEx', lepas tu balik Johor - 'family day', dan kemudian, ke Kuala Terengganu - 'family outing' cuti-cuti Malaysia....- lepas tu balik semula ke KL la...'la la la kerja..'

- kepada pihak 'penaja', terima kasihlah bebanyak- moga rezki semakin murah, amin....banyak 'experience' baru dan banyak 'karekter' baru aku aku lalui dan temui - Mani & Lee diPenang, amoi dlm flight & akak tertinggal shades "CHANEL' ori.. (rugi aku tak kebas).hahaha...cendol & rojak Seromban, gerombolan JPJ Tampin, MB Terengganu, akak amik order kat pantai Marang, dan sekawan tebuan eksiden dengan kereta kitorng di LEKAS...

- today - back at work.....

"Perjalanan adalah bukan berkenaan dengan destinasi semata2, tapi pengalaman yang dilalui untuk sampai ke destinasi" - Hishamuddin Rais

Ulasan

  1. bro.... lu nie bkn je jauh berjalan luas pandangan.... tapi jauh dan banyak berjalan..... mesti banyak pandang-pandangan....hahahaha

    BalasPadam
  2. aiikk..sompat lagi meniggalkan kesan diatas post terbaru aku...?
    sudah sgt freekah ditengah laut itu...?
    adakah ekau bersekongkol dgn servisman ekau supaya settlekan kije lambat2...jadi korang boleh claim elaun melepak tgh laut sambil tak datang meeting diKLCC???

    anyway, adegan pandang-memandang mesti ade bro....baru le lelaki namenye..walaupun xdapat..hahaha

    awek USM cun2 tu.....

    BalasPadam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  4. marilah kita kesana bila berpeluang....

    biase la bro.... lagi lama lagi byk dpt elaun... duit pn xkurang... cukup bulan bleh angkat silvia..... hahaha

    BalasPadam
  5. huhu pakcik kayo le ... hrp2 kawen cpt kwn ak sorg ni hua hua hua

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Rebiu Buku – WTF? 23 Hartanah Sebelum Berumur 30

Buku ini bukanlah ‘kitab ulung’ ilmu hartanah, tetapi tulisan Faizul Ridzuan ini boleh memberikan pengetahuan asas memiliki hartanah. Merangkumi perkara asas pemilikan rumah, hinggalah sampel analisa sesebuah ‘properti’, Faizul berkongsi pengetahuannya dengan pembaca. Diterjemahkan oleh blogger Ariff Shah dari versi WTF? Bahasa Inggeris, buku ini amat popular dikalangan ‘investor’ muda untuk berkenalan dengan ilmu dan prosedur penting sebelum, ketika dan menjual hartanah. Disampaikan dengan bahasa yang mudah difahami dan santai, jutawan muda Faizul menjadikan pengalamannya sebagai contoh mudah bagi menyampaikan mesej. Faizul berjaya memahamkan pembaca mengenai terma-terma pembelian rumah, dan langkah awal persediaan memiliki rumah dalam persekitaran Malaysia. Siri buku Wa Tak Faham yang bagus  dan ‘kesederhanaan’ Faizul sangat wajar dicontohi.

TOL-LOL

T 10cent hi-way? in your dream... harga tol nak naik lagi.... memang le aku takde kete..tp kalau semua 'peng-kereta2' ni sibuk2 nak naik tren ke bas ke sbb tol mahal, siapa yg susah?? aku jugak...sebab terpaksa naik tren mcm sardin..sardin pun kira ok...tin kecik 2ekor je duduk..kalo tin besar boleh gak dok ramai2... ekonomi turun...rate interest bank naik......minyak turun....tol naik.... so mcmana aku nak beli kereta...?gaji pun tak naik2... tu belum kira belanja nak kawin..nanti dula la.... dah le tax kereta kat malaysia ni 150%-200% , Honda Jazz yang ciput tu pun dh RM100K....fuhh... kenaikan tol ni termasuk dlm pakej rangsangan ekonomi Najib? aku tak rase terangsang pun... tapi tak tau lah geng2 diorang.... tokey2 besar aku rase hari2 terangsang.... orang biasa??.....gersang...kais pagi makan petang....

sejarah ALFA ROMEO

ALFA ROMEO. Jenama hebat dari Itali, penuh dengan tradisi, sejarah , seni, ego dan romantik. Kalau pun ia bukan jenama paling hebat, ia mungkin salah satu dari jenama terhebat dalam sejarah dunia otomotif. Nama asal Alfa Romeo ialah SAID, ringkasan dari Societa Anonima Italiana Darracq (Syarikat Italy Darrarq). Alexandre Darrarq adalaha nama ahli perniagaan dari Perancis, dan SAID merupakan cabang perniagaan otomobilnya di Itali. SAID sempat menghasilkan 2 model kenderaan, namun perusahaan ini tidak berjaya dan ditutup pada tahun 1909. Iklan kereta jenama Darracq Dalam tahun 1909, fasiliti pengeluaran SAID bepindah ke Milan diwilayah Lombardy dan kekal menghasilkan kenderaan dibawah kelolaan Ugo Stella. Bagi menandakan perubahan pemilikan, syarikat ini diberi nama baharu, Anonima Lombarda Fabbrica Automobili atau A.L.F.A (Kilang Kereta Lombarda). Logo ALFA ROMEO yg masyhur juga diciptakan selepas berpindah ke kilang ini. ALFA memulakan aktiviti lumba kereta pada 1911, ha...