Langkau ke kandungan utama

"MENSWASTAKAN" keperluan asas


1. sejak semalam, antara yang boleh dikatakan "hot" ialah 'IJN akan diswastakan'
2. antara komen "pemimpin2" kita tentang isu ini;

"Sekiranya jaminan itu dapat diberikan oleh pihak yang nak mengambil alih, mungkin pandangan kita terhadap pengambilalihan ini tidak begitu keras sangat" - PM

"Syarikat Sime Darby mesti memberikan komitmen yang bersungguh-sungguh bagi memastikan golongan miskin tidak dipinggirkan" - TPM

3. dari komen mereka, nampak seperti mereka sangat perihatin pada rakyat.
Tapi kalau kerajaan Barisan Nasional ni perihatin, kenapa nak diswastakan?
Kenapa tidak diberikan khidmat servis percuma saja kepada rakyat?
4. dari satu perspektif, penswataan dilihat dapat meningkatkan mutu perkhidmatan, tapi dari satu sudut, ianya tidak lebih dari hanya memberi keuntungan kepada syarikat semata-mata dan meringankan tanggungjawab kerajaan.
5. tapi jika dilihat kes2 lepas, bukan semua projek penswastaan ni berjaya, contoh terbaik, KTMB dan syarikat2 bekalan air negeri. "SERVIS TETAP SAMA, BAYARAN TERUS NAIK".

" Kalau kita perhatikan projek-projek lain yang telah diswastakan, bayarannya terus meningkat" - Datuk Dr. Chua Soi LekTimbalan Presiden MCA(Bekas Menteri Kesihatan)

6. apabila keperluan asas spt air, elektrik, telefon dan yang terbaru kesihatan diswatakan, apa lagi yang boleh diharapkan dari kerajaan?
7. Tapi saya rasa, lebih baik kita swastakan saja Polis Diraja Malaysia, supaya perkhidmatan nya akan jadi lebih baik. Tak begitu? Saya harap Pak Lah dapat fikirkan idea ni.
8. Bila pemimpin dah asyik fikirkan keuntungan, maka tidak ada lagi perikemanusiaan yg boleh diharapkan dari kerajaan. Nak jadi pemimpin parti pun kene bayar..maklum lah swasta. ;)

"Duit memang penting dalam hidup, tapi duit bukanlah segalanya"

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perincian emblem ALFA ROMEO

Jenama ALFA ROMEO mungkin mempunyai emblem paling kuno dan bersejarah dikalangan jenama-jenama otomotif lain. Ia dihasilkan pada 1910, beberapa bulan selepas Anonima Lombarda Fabbrica Automobili atau A.L.F.A ditubuhkan pada 24 June 1910. Secara ringkas, logo dibahagi kepada dua separa utama – kiri dan kanan. Separuh kiri ialah Salib merah diatas warna putih adalah symbol Bandar Milan. Diseparuh kanan, maksud Imej manusia dan ular adalah kurang diketahui. Sebenarnya ini ialah symbol keluarga terpenting dalam sejarah kota Milan, keluarga Visconti. Simbol ini ialah gambaran manusia keluar dari mulut seekor ular. Antara lagenda asal usul manusia dan ular ini ialah peristiwa ketika Perang Salib. Otone Visconti, seorang ksatria berperang dengan tentera Sarakin (Saracen – golongan nomad dari gurun di Syria yang bersempadan dengan empayar Rom). Sarakin adalah gelaran untuk Muslim Arab kerana ketika itu perkataan muslim atau islam tidak diguna pakai. Otone telah menumpaskan t...

hujung minggu yang sibuk...

- KL - Penang - KL - Johor - Terengganu - Johor - KL - itulah 'route' perjalanan aku hujung minggu ni...penat tak usah sebut le....hampir 3suku semenanjung tanah melayu aku redah dalam masa 5 hari terakhir ni... - mula2 ke Penang jadi budak despatch 'FedEx', lepas tu balik Johor - 'family day', dan kemudian, ke Kuala Terengganu - 'family outing' cuti-cuti Malaysia....- lepas tu balik semula ke KL la...'la la la kerja..' - kepada pihak 'penaja', terima kasihlah bebanyak- moga rezki semakin murah, amin....banyak 'experience' baru dan banyak 'karekter' baru aku aku lalui dan temui - Mani & Lee diPenang, amoi dlm flight & akak tertinggal shades "CHANEL' ori.. (rugi aku tak kebas).hahaha...cendol & rojak Seromban, gerombolan JPJ Tampin, MB Terengganu, akak amik order kat pantai Marang, dan sekawan tebuan eksiden dengan kereta kitorng di LEKAS... - today - back at work..... "Perjalanan adalah bukan berk...

PERAK FIASCO....Sultan atau Mahkamah?

1. 11 Mei 2009, Mahkamah Tinggi telah isytihar yang YB DS Ir. Nizar adalah Menteri Besar Perak yg sah, dan terbukti YB Dr. Zambry adalah Ketua Kerajaan Perak yang haram selama lebih 2 bulan. Tahniah kepada DS Ir. Nizar...! 2. Sebelum itu, pada 7 Mei, negara telah dihidangkan dengan sarkis kurang berakal YB2 PR dan BN dalam sidang DUN Perak. Tindakan kurang bijak YB2 BN untuk menyingkirkan Speaker Sivakumar, adalah satu tindakan yg lebih teruk dari budak sekolah. Mereka tanpa segan silu naik atas meja, menjerit, mencarut, bertekak malah hampir bertumbuk. YL rasa, budak sekolah pun tak sampai macam tu kalau nak lantik ketua darjah atau ketua pengawas sekolah mereka...entahlah... 3. Apa yang dapat YL katakan tentang keputusan ini adalah mungkin satu tanda mengenai kebebasan badan kehakiman di Malaysia. Bukan mahu menyokong mana2 pihak, cuma teruja melihat kebenaran dapat dibuktikan, walaupun sebelum ini ramai pemerhati, pro-BN khususnya melihat keputusan Sultan adalah mutlak. Memetik kat...