Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2008

Palestin - Israel - Amerika

1. Sedih bila melihat beratus-ratus penduduk Palestine mati pada 1 Muharam yang lepas. Mungkin itu adalah "hadiah" dari Israel kepada umat islam sempena Tahun Baru Hijrah. 2. Apa alasan serangan mereka? HAMAS? 3. Apa reaksi dunia? Kita hanya mampu mengutuk Israel atas serangan itu. Tapi mengapa dunia tidak turut serta mengutuk U.S yang menjadi pelindung Israel? 4. Seluruh dunia tahu Israel adalah sekutu kuat U.S....Saya fikir, sebagai kuasa utama minyak, negara2 Arab perlu mengambil kesempatan kelemahan ekonomi U.S ketika ini untuk menekan ekonomi mereka. Mengapa perlu tunduk kepada negara yang sedang bankrupt? 5. OIC telah berpuluh tahun ditubuhkan, namun isu Palestine-Israel masih berterusan.... 6. Inilah cabaran terbesar umat islam....Adakah kita sudah cukup kuat sebagai saudara seislam??

the last day of year 2008

1.Setelah 365 hari kehidupan dalam tahun 2008, esok kita akan memasuki tahun 2009, dan meneruskan kehidupan seperti biasa 2. Jika kita lihat, yang berubah hanyalah angka, tapi situasi & keperluannya masih sama...cabaran, peningkatan & perubahan dlm hidup... 3.Umur meningkat, pengalaman bertambah dan makin hampir kita ke pengakhiran hidup...dan sepatutnya diri & kehidupan ini lebih berkualiti & lebih bagus dari sebelumnya... 4.Rasanya tak perlu ada "azam" tahun baru kerana kita sepatutnya ada "azam baru" setiap hari... SELAMAT TAHUN BARU 2009

Keperluan..Kehendak..Kemampuan

1. bila jalan2 kat area "golden triangle" KL ni kadangkala terfikir... 2. hidup ni ada keperluan yang kita perlu sediakan untuk hidup, tapi pada masa yang sama semua orang ada kehendak atau keinginan yang mereka ingin capai. 3. macam2 benda dalam hidup; famili, awek, kereta, rumah, gajet, dan paling penting wang - semua nak yang terbaik tapi kita perlu realistik pada kemampuan kita 4. semua orang nak kereta paling mewah, awek paling gorgeous, gajet paling latest & duit ypaling banyak, tapi tak semua dari kita mampu - kerana kemahuan takkan pernah kurang tapi disekat dengan kemampuan 5. semua bergantung pada usaha, "luck" dan takdir...tak salah usaha untuk dapatkan yang terbaik, tapi dalam masa yg sama kita wajib bersyukur dgn apa yang sedia ada 6. mewah & miskin - perlu ada untuk menyeimbangkan dunia, cuma yang penting usaha dari manusia untuk menentukan takdirnya 7. tapi yang paling penting "the ultimate goal" adalah 'syurga'...sesuatu ya

Ugliness Does Not Sell...

1. the first word i saw this morning when i reached office..wallpaper kat clerk perempuan kat office gue 2. what does it mean? 3. "kehodohan" memang tak boleh jual, tapi kadang2, kita tak sedar apakah "kecantikkan" yang kita ada. 4. tapi tak semua "kehodohan" tak boleh jual. Siri "UGLY BETTY" kat Amerika ramai juga followernya..sandal "CROCS" pun pada aku boleh dikatakan buruk, tapi disebabkan brand & trend, most of the people tak admit benda tu..kereta, celebrity pun tak semua cantik, tapi they still can sell well 5. bila cerita pasal "cantik" isu ni subjectif dan selekif.. 6. tapi apa tafsiran cantik yang sebenarnya?

komuter-O-komuter

1. baru je semalam kutuk pasal komuter, pagi ni aku dah dapat "hadiah" dari diorang 2. lewat sejam sampai office, sebab tren yang aku naik terpaksa "berehat" kat setia jaya, so terpaksa la menunggu tren lain 3. itulah kesan penswastaan KTMB. Objektif permulaannya nak meningkatkan mutu keretapi diMalaysia, tapi aku tak nampak apa-apa peningkatan pada KTM KOMUTER sejak mula servisnya lebih 10 tahun dulu. Makin teruk adalah. 4. yang paling menyakitkan hati, diorang dah tahu tren ni akan buat hal sebab benda ni selalu berlaku, tapi KTMB seolah2 tiada "action plan" bila kejadian-kejadian macam ni berlaku. Tapi takpe sebab MALAYSIA BOLEH - FAKTA: jumlah terkumpul waktu tergenda "SHINKANSEN" atau Japan Bullet Train dalam masa setahun hanyalah 7 SAAT...tapi rasanya untuk KTM KOMUTER mungkin jumlahnya melebihi 7 HARI dalam setahun 5. tak heran kalau situasi sama masih berlaku pada tahun 2020 nanti atau mungkin berterusan hingga tahun 2200...sebab "M

"MENSWASTAKAN" keperluan asas

1. sejak semalam, antara yang boleh dikatakan "hot" ialah 'IJN akan diswastakan' 2. antara komen "pemimpin2" kita tentang isu ini; "Sekiranya jaminan itu dapat diberikan oleh pihak yang nak mengambil alih, mungkin pandangan kita terhadap pengambilalihan ini tidak begitu keras sangat" - PM "Syarikat Sime Darby mesti memberikan komitmen yang bersungguh-sungguh bagi memastikan golongan miskin tidak dipinggirkan" - TPM 3. dari komen mereka, nampak seperti mereka sangat perihatin pada rakyat. Tapi kalau kerajaan Barisan Nasional ni perihatin, kenapa nak diswastakan? Kenapa tidak diberikan khidmat servis percuma saja kepada rakyat? 4. dari satu perspektif, penswataan dilihat dapat meningkatkan mutu perkhidmatan, tapi dari satu sudut, ianya tidak lebih dari hanya memberi keuntungan kepada syarikat semata-mata dan meringankan tanggungjawab kerajaan. 5. tapi jika dilihat kes2 lepas, bukan semua projek penswastaan ni berjaya, contoh terbaik, KTMB

90th day at work

- today is my 90th day working here.... - OK...sebab aku 'ter'paksa belajar banyak benda baru... - budak mechy yg nak kene coup with all electrical things....pity but the important thing is ; the boss is happy :) - bila la nak betulkan semula field ni.....hmmm

becoming a 'Blogger'

- today quiet a remarkable day..just started my own blog....YellowLibretto - mungkin somebody akan kata 'ikut trend', tapi kenapa tidak kita cuba suatu yg fresh? - bak kate email adeep; " do what you can, with what you have, wherever you are " - is it clear? - me....become a blogger? Jgn sampai kene ISA sudaaa...:)