Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2019

Prestasi MU setakat Game Week 8

Kedudukan liga ; ke-12. Mata ; 9. Menang 2, Seri 3, Kalah 3. Jaringan 9, bolos 8. Prestasi merudum dibawah Ole bersambung sejak Akhir musim lepas. Ini adalah prestasi kelab tersingkir. Kini MU berada dikedudukan 12, 2 mata dari kedudukan zon penyingkiran. Ole memberi alasan krisis kecederaan. Tetapi kelab sebesar MU patutnya lebih faham kehendak dan cabaran liga dan cabaran UEFA. Terlalu ramai pemain utama cedera, kualiti pemain gentian sangat jauh berbeza, pemain muda dari pasukan akedemii belum bersedia dan kekurangan pengalaman yang ketara. Ole mengharapkan kesabaran dan sokongan pengurusan kelab dan peminat dalam usaha membina semula pasukan dan ‘cultural reset’. Persoalan nya sampai bila Encik Woodward akan bersabar melihat MU kekal dikelompok bawahan sementara menunggu untuk naik kembali ke top 4, atau paling kurang top 6. Ole sentiasa merasakan dia punya cukup masa untuk membina semula MU mengikut perancangan nya. Tetapi jika lihat sejarah MU sejak dipegan

Logo Proton baharu

Ini logo terkini Proton bermula dari 24 September 2019 dan ke hadapan. Masih bertemakan kepala harimau tetapi lebih ringkas, tiada lagi perisai sebagai ‘penjara’. Logo ini akan membuat kemunculan kali pertama pada Proton X70 versi CKD. Geely sebagai pemilik sebahagian Proton merasakan perlu untuk memperkenalkan logo baharu sekarang selepas 2 tahun memiliki Proton. Kemungkinan untuk lari dari imej Proton dibawah DRB-Hicom dimana prestasi dan hala tuju sangat tidak menyakinkan. Kepala harimau ini lebih dinamik, kelihatan bergerak ke hadapan dgn lebih yakin. Buat masa sekarang mungkin kelihatan pelik kerana kita sudah terbiasa dengan logo sedia ada. Diharapkan Proton terus maju pada masa akan datang. Logo baharu mungkin satu perubahan kecil daripada semua perubahan yang telah dan akan berlaku untuk Proton.