Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2013

Tengok kereta : Proton Suprima S

1.  Menerima 5-bintang ANCAP dan MYCAP dan dikatakan sebagai kereta paling berkualiti setakat ini daripada Proton. 2.  70 minggu (18 bulan atau 1 ½ tahun) untuk Proton memotong Preve sedan menjadi  Suprima S hatchback, menukar skim warna dashboard dan fabrik kerusi kepada kulit dan menampal logo TURBO dan ‘Handling by Lotus’ pada Suprima S. 3.  Biarpun dengan rekebentuk, enjin dan saiz yang hampir sama dengan Preve, Suprima S dinamakan Suprima S tanpa sebab yang logik dari Proton. 4.  Penggunaan minyak Suprima S ialah 9.1liter / 100km. Untuk perbandingan, penggunaan minyak untuk Honda Accord 2.0L (model 2013) ialah 7.7liter/100km manakala untuk Toyota Vios (model 2013) ialah 6.3liter /100km. 5. ' Rear diffuser’ Suprima S hanyalah kosmetik semata, tidak memberi kesan aerodinamik dan hanya memburukkan lagi penampilan. Cuba lagi Proton!    

Bestnya PATI di Malaysia..!

1. B oleh keluar masuk dan seludup barang ke Malaysia dengan mudah. 2.  Bebas untuk bekerja di mana-mana, tidak terkecuali sektor keselamatan. 3. H idup tenang. Boleh berniaga,jadi tokey, beli rumah, tanah, dan kereta. 4.    Boleh dapat MyKad, buka akaun bank, dapat gaji bulanan, layak mengundi dan terima BR1M, dan yang terkini dapat lesen senjata api dari KDN. 5.  M embunuh dan berperang. Kemudian keluar semula dengan selamat.  This is Bolehland. .

Rebiu buku : Dari KLCC ke Tanjung Malim

Sambungan dari buku Dari Tanjung Malim ke KLCC (DTMKK), buku ini menghimpunkan 53 cerita sebenar dipersekitaran Fdaus Ahmad @ Pidomat. Spontan tetapi padu, lawak-lawak yang tersorok dalam kisah hidup Pidomat sangat ‘spot-on’. Tulisan yang matang, tidak meleret dan mengarut, aku rasa buku ini sangat sesuai diulang baca setiap kali stress dan naskah yang perlu disimpan untuk mengimbas nostalgia bagi mereka yang sebaya dengan Fdaus. Sekali lagi aku sangat admire kebolehan Pidomat menterjemah memorinya dan ayat yang sangat catchy. Trime kasih Pidomat, aku nak lagi!!

Rebiu buku : #Cerita Seram

Aku tak minat sangat pada cerita seram, tapi mungkin disebabkan DuBook Press (DBP) yang terbitkan buku ni, aku andaikan cerita seram ini mungkin lebih ‘bebas’ dan moden. Menghimpunkan cerita seram pendek hasil tulisan Jarr Najmuddean, unsur keseramannya tidaklah ditahap ekstream melampau, tetapi yang pasti lebih berkualiti dari filem hantu David Teo. Kisah-kisah misteri adalah hasil pengalaman Jarr dan penceritaan yang didengarnya, bagi aku ia adalah fresh dan berbaloi untuk dibaca.