Langkau ke kandungan utama

Station-wagon - Estate - Shooting brake



Station-wagon, estate atau shooting brake. Satu varian, tiga nama berbeza. Nama-nama ini  merujuk pada varian yang sama iaitu varian sedan 4pintu dengan bumbung yang menjulur kebelakang diatas tempat letak barang, dan boleh diakses melalui pintu ke-lima. Atau dengan kata lain, kereta hatchback yg panjang dengan kawasan penumpang belakang dan barang yang lebih luas. Wagon adalah panggilan lebih popular di Malaysia, dan varian ini sangat terhad dalam pasaran kereta baharu.



Staton-wagon
Mulanya dipanggil ‘depot hacks’. . Perkataan ‘hack’ berasal dari kata ‘hackney’ yang bermaksud teksi yang ditarik kuda. Nama depot hecks ini dipakai sejak zaman kereta kuda lagi. Kemudian nama station-wagon diguna pakai. Nama Station-wagon ini lebih spesifik kepada kenderaan pengangkut dari stesen keretapi. Awalnya kereta dengan bentuk badan wagon ini berasal dari Ford Model T dengan badan kayu yang panjang bagi kegunaan mengangkut penumpang dan muatan beg dari depot keretapi.



Estate
Nama Estate pula mungkin lebih mudah difahami. Estate bermaksud kawasan besar kepunyaan sebuah keluarga kaya. Selalunya aktiviti masa lapang orang kaya ini memerlukan peralatan besar contohnya kayu polo, pelana kuda, golf dan selalunya kenderaan besar yang praktikal amat diperlukan. Maka kereta panjang dipanggil Estate.






Shooting brake
Nama Shooting brake kedengaran lebih ‘cool’ dan ‘macho’. Asal perkataan ‘shooting’ ini ialah berkaitan kumpulan pemburu dan kelengkapan perburuan mereka. ‘Brake’pula merujuk pada rangka atau pengangkut yang selalunya di tarik kuda. Nama shooting brake diguna lebih meluas dalam beberapa varian dari wagon 5 pintu hingga ke varian wagon 3 pintu yang menggabungkan cirri wagon dan coupe. Pada 2006 The New York Times menjelaskan “shooting brake asalnya dicipta sebagai pengangkutan pemburu lengkap dengan senapang dan anjing buruan mereka. Zaman gemilang nama ini adalah sebelum Perang Dunia Pertama. Sejak beberapa dekad kebelakangan ini, Shooting brake memperlihatkan tanda kebangkitan semula apabila beberapa pengeluar mula menjelmakan populariti varian ini bagi ‘memburu’ sesuatu yang baru.” Pada 2014, Lawrence Ulrich dari The New York Times mengatakan shooting brake ini secara asasnyaadalah “kereta wagon 2 pintu”.

Mendapat nama dari keretapi, kuda dan senapang. Sungguh klasik!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Preve dan Suprima S facelift - apa yang Proton patut buat?

Preve dan Suprima S kekal tanpa sebarang perubahan sejak 2012. Untuk segmen C, Proton tiada pilihan lain selain menyegarkan model Preve and Suprima S yang sedia ada. Mengambil kira Proton yang masih dalam pelan pumilihan, kekangan modal, dan pasaran Proton yang terhad pada dalam negara sahaja, apa yang terbaik bagi Proton ialah mengutamakan pada kelemahan ketara model-model ini. Beberapa cadangan bagi menambah baik Preve dan Suprima S, dari pengalaman dan pemerhatian penulis. 1.        Nama Menghasilkan dua model yang 90% hampir sama dengan nama yang berbeza agak kurang logic mengambilkira saiz pasaran Proton. Proton patut meletakkan Suprima S dibawah varian Preve. Nama yang boleh diguna pakai mungkin Preve S, Preve Sports atau Preve Fastback. Sekurang-kurangnya kedua model ini boleh berkongsi kekuatan untuk menembusi target yang berbeza. 2.        Enjin/Transmisi Enjin CFE/Turbo perlu dikekalkan, tapi penghalusan perlu dibuat sepertimana model Iriz. Transmisi CVT juga

Logo Proton baharu

Ini logo terkini Proton bermula dari 24 September 2019 dan ke hadapan. Masih bertemakan kepala harimau tetapi lebih ringkas, tiada lagi perisai sebagai ‘penjara’. Logo ini akan membuat kemunculan kali pertama pada Proton X70 versi CKD. Geely sebagai pemilik sebahagian Proton merasakan perlu untuk memperkenalkan logo baharu sekarang selepas 2 tahun memiliki Proton. Kemungkinan untuk lari dari imej Proton dibawah DRB-Hicom dimana prestasi dan hala tuju sangat tidak menyakinkan. Kepala harimau ini lebih dinamik, kelihatan bergerak ke hadapan dgn lebih yakin. Buat masa sekarang mungkin kelihatan pelik kerana kita sudah terbiasa dengan logo sedia ada. Diharapkan Proton terus maju pada masa akan datang. Logo baharu mungkin satu perubahan kecil daripada semua perubahan yang telah dan akan berlaku untuk Proton.

Anak Tupai...

Lagu 'Anak Tupai" - OST Budak Kelantan....baik korang tengok cite ni....sedap deh... Ado sekor…anok tupai… Atas jula mokte… kudung ekor..perut lapar… jale cari make….(2x) (2x) kejadie Tuhe..dipanggil namo tupai.. asalnyo dale hute… sejenis mamalia… (2x) kalu pasal jakit kot dehe… diolah yang paling panda… jatuh jaghe-jaghe kerano dio tok sobar… panda-panda tupai melopat jatuh tanoh jugok… nok wi kabar..oghe jahat… jange terlajak manggak… ooo…oghe zaman dulu… pakat hambat tupai… bimbang ko woh kayu … takut tok de besar… (2X) nyo durian duku… kalu de nyo kerit tupai… pendek tahun tuh…nyo durian tok de nok jual…. ooo…sekat bedil ado… tupai habih mati…. hok ni lah sayo raso… kito sgt rugi… (2x) kito manusia…tinggi mano pon kito ngaji… nok wak tupai sekor tentu skali nyo tok jadi oooo…raso siye sunggoh…. tgk sekor anok tupai.. krano terlajok kuruh… sapa tokleh niti pagar… (2x) bulu-bulu pon habis luruh… air mato bera-bera… maghi dale baruh bokali keno racun bakar. Korang faham tak