Langkau ke kandungan utama

apakah GHIA?

Di Malaysia, pada kebanyakkan model lama FORD ada terdapat logo kecil GHIA. Apa itu GHIA?

  1. GHIA atau nama panjangnya Carrozzeria Ghia SpA  (Syarikat Pembuat Badan Kereta Ghia) adalah rumah rekebentuk dan pembuat badan kereta terkenal di Itali. Ditubuhkan pada 1921 oleh Giacinto Ghia dan Gariglio sebagai Carrozeria Ghia & Gariglio. Pada permulaan (1920-an) GHIA terkenal dengan pembuatan badan kereta aluminum yang ringan.
  2. Era 50-an dan 60-an menyaksikan GHIA sebagai nama paling berpengaruh dengan gaya Itali yang mempengaruhi trend rekaan global. GHIA menerima banyak tempahan dari pembuat kereta, antara yang terkenal Ford-Lincoln Futura Konsep, VW Karmann GHIA, VOLVO P1800.
    VOLVO P1800
    Volkswagen Karmann GHIA
  3. 1970 sebahagian saham GHIA dijual pada FORD. Mulai 1973 nama GHIA menjadi jenama varian tertinggi model arus perdana FORD. Trend in bermula di Eropah kemudian diikuti di AS. Antara rekebentuk model yang menerima sentuhan GHIA ialah, Capri GHIA (1974) dan Escort Mark II (1975).
    FORD Escort Mark2
    FORD Capri GHIA
  4. Mulai 2010, FORD mula menghentikan pengunaan GHIA sebagai trim paling atas, dan digantikan dengan Titanium. Ford Fiesta versi UK mengekalkan trim GHIA paling lama dalam sejarah FORD, mulai 1977 hingga 2008.
  5. Mulai 2012, studio GHIA hanya menghasilkan model konsep bagi jenama FORD. Walaupun tanpa logo GHIA pada model-model FORD terkini, nama GHIA akan selamanya dikaitkan dengan model-model FORD yang terbaik. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Preve dan Suprima S facelift - apa yang Proton patut buat?

Preve dan Suprima S kekal tanpa sebarang perubahan sejak 2012. Untuk segmen C, Proton tiada pilihan lain selain menyegarkan model Preve and Suprima S yang sedia ada. Mengambil kira Proton yang masih dalam pelan pumilihan, kekangan modal, dan pasaran Proton yang terhad pada dalam negara sahaja, apa yang terbaik bagi Proton ialah mengutamakan pada kelemahan ketara model-model ini. Beberapa cadangan bagi menambah baik Preve dan Suprima S, dari pengalaman dan pemerhatian penulis. 1.        Nama Menghasilkan dua model yang 90% hampir sama dengan nama yang berbeza agak kurang logic mengambilkira saiz pasaran Proton. Proton patut meletakkan Suprima S dibawah varian Preve. Nama yang boleh diguna pakai mungkin Preve S, Preve Sports atau Preve Fastback. Sekurang-kurangnya kedua model ini boleh berkongsi kekuatan untuk menembusi target yang berbeza. 2.        Enjin/Transmisi Enjin CFE/Turbo perlu dikekalkan, tapi penghalusan perlu dibuat sepertimana model Iriz. Transmisi CVT juga

Anak Tupai...

Lagu 'Anak Tupai" - OST Budak Kelantan....baik korang tengok cite ni....sedap deh... Ado sekor…anok tupai… Atas jula mokte… kudung ekor..perut lapar… jale cari make….(2x) (2x) kejadie Tuhe..dipanggil namo tupai.. asalnyo dale hute… sejenis mamalia… (2x) kalu pasal jakit kot dehe… diolah yang paling panda… jatuh jaghe-jaghe kerano dio tok sobar… panda-panda tupai melopat jatuh tanoh jugok… nok wi kabar..oghe jahat… jange terlajak manggak… ooo…oghe zaman dulu… pakat hambat tupai… bimbang ko woh kayu … takut tok de besar… (2X) nyo durian duku… kalu de nyo kerit tupai… pendek tahun tuh…nyo durian tok de nok jual…. ooo…sekat bedil ado… tupai habih mati…. hok ni lah sayo raso… kito sgt rugi… (2x) kito manusia…tinggi mano pon kito ngaji… nok wak tupai sekor tentu skali nyo tok jadi oooo…raso siye sunggoh…. tgk sekor anok tupai.. krano terlajok kuruh… sapa tokleh niti pagar… (2x) bulu-bulu pon habis luruh… air mato bera-bera… maghi dale baruh bokali keno racun bakar. Korang faham tak

Logo Proton baharu

Ini logo terkini Proton bermula dari 24 September 2019 dan ke hadapan. Masih bertemakan kepala harimau tetapi lebih ringkas, tiada lagi perisai sebagai ‘penjara’. Logo ini akan membuat kemunculan kali pertama pada Proton X70 versi CKD. Geely sebagai pemilik sebahagian Proton merasakan perlu untuk memperkenalkan logo baharu sekarang selepas 2 tahun memiliki Proton. Kemungkinan untuk lari dari imej Proton dibawah DRB-Hicom dimana prestasi dan hala tuju sangat tidak menyakinkan. Kepala harimau ini lebih dinamik, kelihatan bergerak ke hadapan dgn lebih yakin. Buat masa sekarang mungkin kelihatan pelik kerana kita sudah terbiasa dengan logo sedia ada. Diharapkan Proton terus maju pada masa akan datang. Logo baharu mungkin satu perubahan kecil daripada semua perubahan yang telah dan akan berlaku untuk Proton.