Langkau ke kandungan utama

5 perkara penting- GENESIS MOTORS

GENESIS MOTORS – cabang barisan mewah jenama HYUNDAI, seperti LEXUS untuk Toyota, ACURA untuk Honda, INFINITY untuk Nissan dan EXEED untuk jenama Chery.

Penulis jangka jenama ini akan bersaing dengan agresif dalam masa terdekat, mengambil kira kemampuan kewangan dan cita-cita besar Hyundai. Ini lima perkara penting yang perlu kita tahu mengenai GENESIS.

1.       GENESIS bermula dari sebuah model konsep Hyundai pada tahun 2007 yang menggambarkan “terjemahan berterusan sebuah sedan sports moden, dengan pacuan roda belakang”. Pada 2015, Hyundai secara rasmi mengumumkan GENESIS sebagai jenama yang berdiri sendiri.
2.       Generasi pertama Hyundai Genesis meletakkan BMW Siri-5 sebagai tanda aras. Hyundai memasarkan generasi pertama sebagai “prestasi BMW Siri-5, dengan kemasan dalaman Siri-7, pada harga Siri-3”.
3.       GENESIS melancarkan model pertama dan perdana-nya G90 di Korea pada penghujung 2015. Dipenghujung 2016, jenama GENESIS dilancarkan di pasaran sasaran terbesarnya, US dengan 2 model, G80 dan G90. Pada 2016, sebanyak 87ribu unit GENESIS terjual, 66ribu daripadanya dipasaran domestic Korea.
4.       Barisan kepimpinan Genesis adalah dari nama-nama besar industry ; Manfred Fitzgerald –(SeniorVice President) – bekas pengarah jenama dan rekabentuk Lamborghini, Luc Donckerwolke-(Ketua Rekebentuk) – bekas pengarah rekebentuk di Kumpulan Volkswagen, dan Albert Biermann (Ketua Prestasi dan Talaan) – bekas ketua cabang prestasi BMW, BMW-M.
5.        Menjelang 2021, GENESIS meletakkan sasaran pelancaran 6 model keseluruhannya ; G90-sedan mewah besar, G80-sedan mewah sederhana, G70-sedan mewah kompak, Coupe mewah kompak, SUV mewah kompak, dan SUV mewah sederhana.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Preve dan Suprima S facelift - apa yang Proton patut buat?

Preve dan Suprima S kekal tanpa sebarang perubahan sejak 2012. Untuk segmen C, Proton tiada pilihan lain selain menyegarkan model Preve and Suprima S yang sedia ada. Mengambil kira Proton yang masih dalam pelan pumilihan, kekangan modal, dan pasaran Proton yang terhad pada dalam negara sahaja, apa yang terbaik bagi Proton ialah mengutamakan pada kelemahan ketara model-model ini. Beberapa cadangan bagi menambah baik Preve dan Suprima S, dari pengalaman dan pemerhatian penulis. 1.        Nama Menghasilkan dua model yang 90% hampir sama dengan nama yang berbeza agak kurang logic mengambilkira saiz pasaran Proton. Proton patut meletakkan Suprima S dibawah varian Preve. Nama yang boleh diguna pakai mungkin Preve S, Preve Sports atau Preve Fastback. Sekurang-kurangnya kedua model ini boleh berkongsi kekuatan untuk menembusi target yang berbeza. 2.        Enjin/Transmisi Enjin CFE/Turbo perlu dikekalkan, tapi penghalusan perlu dibuat sepertimana model Iriz. Transmisi CVT juga

Anak Tupai...

Lagu 'Anak Tupai" - OST Budak Kelantan....baik korang tengok cite ni....sedap deh... Ado sekor…anok tupai… Atas jula mokte… kudung ekor..perut lapar… jale cari make….(2x) (2x) kejadie Tuhe..dipanggil namo tupai.. asalnyo dale hute… sejenis mamalia… (2x) kalu pasal jakit kot dehe… diolah yang paling panda… jatuh jaghe-jaghe kerano dio tok sobar… panda-panda tupai melopat jatuh tanoh jugok… nok wi kabar..oghe jahat… jange terlajak manggak… ooo…oghe zaman dulu… pakat hambat tupai… bimbang ko woh kayu … takut tok de besar… (2X) nyo durian duku… kalu de nyo kerit tupai… pendek tahun tuh…nyo durian tok de nok jual…. ooo…sekat bedil ado… tupai habih mati…. hok ni lah sayo raso… kito sgt rugi… (2x) kito manusia…tinggi mano pon kito ngaji… nok wak tupai sekor tentu skali nyo tok jadi oooo…raso siye sunggoh…. tgk sekor anok tupai.. krano terlajok kuruh… sapa tokleh niti pagar… (2x) bulu-bulu pon habis luruh… air mato bera-bera… maghi dale baruh bokali keno racun bakar. Korang faham tak

Logo Proton baharu

Ini logo terkini Proton bermula dari 24 September 2019 dan ke hadapan. Masih bertemakan kepala harimau tetapi lebih ringkas, tiada lagi perisai sebagai ‘penjara’. Logo ini akan membuat kemunculan kali pertama pada Proton X70 versi CKD. Geely sebagai pemilik sebahagian Proton merasakan perlu untuk memperkenalkan logo baharu sekarang selepas 2 tahun memiliki Proton. Kemungkinan untuk lari dari imej Proton dibawah DRB-Hicom dimana prestasi dan hala tuju sangat tidak menyakinkan. Kepala harimau ini lebih dinamik, kelihatan bergerak ke hadapan dgn lebih yakin. Buat masa sekarang mungkin kelihatan pelik kerana kita sudah terbiasa dengan logo sedia ada. Diharapkan Proton terus maju pada masa akan datang. Logo baharu mungkin satu perubahan kecil daripada semua perubahan yang telah dan akan berlaku untuk Proton.