Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari 2013

Tengok kereta : Proton Suprima S

1.  Menerima 5-bintang ANCAP dan MYCAP dan dikatakan sebagai kereta paling berkualiti setakat ini daripada Proton. 2.  70 minggu (18 bulan atau 1 ½ tahun) untuk Proton memotong Preve sedan menjadi  Suprima S hatchback, menukar skim warna dashboard dan fabrik kerusi kepada kulit dan menampal logo TURBO dan ‘Handling by Lotus’ pada Suprima S. 3.  Biarpun dengan rekebentuk, enjin dan saiz yang hampir sama dengan Preve, Suprima S dinamakan Suprima S tanpa sebab yang logik dari Proton. 4.  Penggunaan minyak Suprima S ialah 9.1liter / 100km. Untuk perbandingan, penggunaan minyak untuk Honda Accord 2.0L (model 2013) ialah 7.7liter/100km manakala untuk Toyota Vios (model 2013) ialah 6.3liter /100km. 5. ' Rear diffuser’ Suprima S hanyalah kosmetik semata, tidak memberi kesan aerodinamik dan hanya memburukkan lagi penampilan. Cuba lagi Proton!    

Bestnya PATI di Malaysia..!

1. B oleh keluar masuk dan seludup barang ke Malaysia dengan mudah. 2.  Bebas untuk bekerja di mana-mana, tidak terkecuali sektor keselamatan. 3. H idup tenang. Boleh berniaga,jadi tokey, beli rumah, tanah, dan kereta. 4.    Boleh dapat MyKad, buka akaun bank, dapat gaji bulanan, layak mengundi dan terima BR1M, dan yang terkini dapat lesen senjata api dari KDN. 5.  M embunuh dan berperang. Kemudian keluar semula dengan selamat.  This is Bolehland. .

Rebiu buku : Dari KLCC ke Tanjung Malim

Sambungan dari buku Dari Tanjung Malim ke KLCC (DTMKK), buku ini menghimpunkan 53 cerita sebenar dipersekitaran Fdaus Ahmad @ Pidomat. Spontan tetapi padu, lawak-lawak yang tersorok dalam kisah hidup Pidomat sangat ‘spot-on’. Tulisan yang matang, tidak meleret dan mengarut, aku rasa buku ini sangat sesuai diulang baca setiap kali stress dan naskah yang perlu disimpan untuk mengimbas nostalgia bagi mereka yang sebaya dengan Fdaus. Sekali lagi aku sangat admire kebolehan Pidomat menterjemah memorinya dan ayat yang sangat catchy. Trime kasih Pidomat, aku nak lagi!!

Rebiu buku : #Cerita Seram

Aku tak minat sangat pada cerita seram, tapi mungkin disebabkan DuBook Press (DBP) yang terbitkan buku ni, aku andaikan cerita seram ini mungkin lebih ‘bebas’ dan moden. Menghimpunkan cerita seram pendek hasil tulisan Jarr Najmuddean, unsur keseramannya tidaklah ditahap ekstream melampau, tetapi yang pasti lebih berkualiti dari filem hantu David Teo. Kisah-kisah misteri adalah hasil pengalaman Jarr dan penceritaan yang didengarnya, bagi aku ia adalah fresh dan berbaloi untuk dibaca.

Rebiu Buku – WTF? 23 Hartanah Sebelum Berumur 30

Buku ini bukanlah ‘kitab ulung’ ilmu hartanah, tetapi tulisan Faizul Ridzuan ini boleh memberikan pengetahuan asas memiliki hartanah. Merangkumi perkara asas pemilikan rumah, hinggalah sampel analisa sesebuah ‘properti’, Faizul berkongsi pengetahuannya dengan pembaca. Diterjemahkan oleh blogger Ariff Shah dari versi WTF? Bahasa Inggeris, buku ini amat popular dikalangan ‘investor’ muda untuk berkenalan dengan ilmu dan prosedur penting sebelum, ketika dan menjual hartanah. Disampaikan dengan bahasa yang mudah difahami dan santai, jutawan muda Faizul menjadikan pengalamannya sebagai contoh mudah bagi menyampaikan mesej. Faizul berjaya memahamkan pembaca mengenai terma-terma pembelian rumah, dan langkah awal persediaan memiliki rumah dalam persekitaran Malaysia. Siri buku Wa Tak Faham yang bagus  dan ‘kesederhanaan’ Faizul sangat wajar dicontohi.

XYL Auto - French Connection

Jika anda pemilik kereta buatan Perancis - Citroen, Peugeot & Renault, atau juga kereta nasional berjiwa Perancis, Proton Tiara dan Proton Savvy - dah bosan dengan 'kerenah' pusat servis rasmi atau mungkin juga mencari alternatif yang lebih ekonomi bagi membaikpulih dan memelihara kenderaan kesayangan, mereka yang tinggal di kawasan selatan, lebih khusus lagi JB, bolehlah berkunjung ke XYL Auto Services di Johor Jaya. Lokasinya mudah - Jalan Rosmerah 2/8, bersebelahan AMBank. XYL berkemahiran dan berpengetahuan bagi melayan kerenah enjin buatan Perancis. Harga caj juga tidaklah mencekik darah sebagaimana pusat servis rasmi. Mengambil contoh pusat servis Proton yang meletak harga RM1,800 hanya untuk menukar timing belt dan water pump Savvy!. Melalui pengalaman sendiri, kos menukar timing belt dan water pump di XYL hanyalah sekitar RM800-900. Masa diambil juga tidak terlalu lama, dalam 4-5 jam, tapi pastikan buat appointment 1-2 hari awal dan datang awal pagi untuk mela

Rebiu buku : Orang Hodoh Cantik

Relationship ; cinta dua jantina – sayang, merajuk, marah, bengang, rasa bangang, intim, sakit hati, geram…. Hubungan suami isteri, boyfriend girlfriend, pakwe makwe diolah cantik Stam Mustapha dengan cara bercakap sorang-sorang. Kadang-kadang santai, tapi ada gak rase serius dan jiwang satu macam tapi takpe, aku suka. Sebagai lelaki, suami dan spesis kurang romantik, kenikmatan dan keintiman dengan buku Orang Hodoh Cantik ni memang tak mencapai tahap maksima, tapi buku ni memang best! Jangan terlepas.

Rebiu buku : Muslimeen United

Rebiu buku Muslimeen United (Nama Nami) di Grandstand_Kuning