Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari 2012

12 Januari 2013 : We are the BOSS!!

Salam, Jangan lupa 12 Januari 2013, kita berkumpul di KL! 1 Juta! Kita tunjuk pada Najib, pada Rosmah, pada SPR pada BN - kita tak kan di tipu! Jom KL 1 Juta!!!

Rebiu Buku : Dari Tanjung Malim ke KLCC

Berapa jauh jarak Tanjong malim ke KLCC?  Kalau ikut peta pakcik Google, 84km ikut PLUS highway. Kalau ulang alik 168km. Kalau 5 hari seminggu ulang alik, jadi apa? Bila baca buku Fdaus Ahmad ni, rasa macam baca kisah hidup Shin Chan dari kecik sampai besar. Lawak tak masuk akal. Himpunan tulisan blog Fdaus memang ni 'kencang'. Mungkin takde lagi orang tulis buku 'humour keluarga' yang ringkas, straight forward dan boleh buat ko gelak sorang-sorang. Macamana Fdaus boleh ingat semua sejarah dia sejak kecil aku tak tau , tapi lu memang hero la bro!!

Rebiu buku : Sepucuk Pistol Dalam Laci

Himpunan cerpen ‘hilang akal’ dari Hadi M Nor. Korang akan terasa seperti dalam dunia sendiri bila baca buku ni. Tak tebal dan boleh habis dalam sehari, tapi rasa tak puas. Dimensi baru cerpen ‘new age’ yang kreatif dan ‘gila’. Aku tak dapat bayangkan apa yang ada dalam otak Hadi ni… Rugi kalau tak baca. Kalau nak pinjam kat aku pun boleh.

Bola di GRANDSTAND_KUNING!

Bersempena 5 tahun Yellow Libretto, dan bagi memberikan satu sub-blog khusus untuk analisis dan rebiu bola tempatan dan dunia, maka grandstand_kuning terhasil... Jom ke grandstand_kuning !

Review Buku : Cerita Malaysia Tidak Ke Piala Dunia

Nama seperti Torpedo Lipis FC, Real Maran, Pekan Galaxy, Lokomotif Kangar, Bercelumut dan Borussia Tawau mungkin nama yang agak lucu dan asing bagi kita, tapi kita mungkin memerlukan pemikiran ‘luar kotak’ sebegini untuk menjadikan bolasepak Malaysia lebih kompetetif dan profesional sekaligus memungkinkan harapan Malaysia ke Piala Dunia lebih realistik. “Cerita Malaysia Tidak ke Piala Dunia” oleh Lucius Maximus ini wajar diangkat menjadi buku ‘wajib baca’ bagi semua peminat bolasepak warganegara Malaysia. Penulisan Lucius ini layak diangkat menjadi dokumentasi penting untuk bolasepak Malaysia dengan fakta tepat dan penceritaan yang segar, seolah kesemua perlawanan yang diulas seakan baru berlaku semalam. Ulasan Lucius merangkumi kesemua perlawanan kelayakan Piala Dunia sejak dari 1973 hingga sekarang, satu penyelidikan yang sangat mengagumkan mengambil kira FAM sendiri tidak pernah mengeluarkan Ensiklopedia atau ‘Buku Panduan’ untuk bolasepak Malaysia. Bukan sekadar perlawanan ke

Alfa Romeo Giulietta : Juliet yang Jelita

Teknikal| Alfa Romeo GIULIETTA 1.4|Enjin : 1368cc Turbo Multiair 16V|Kuasa / Tork (Maksimum) : 170bhp / 230 Nm|Nisbah berat:kuasa : 125bhp per tan |Transmisi : 6-kelajuan TCT Semi Auto|Kelajuan maksimum : 218km/h|Pecutan 0-100km/h : 7.7 saat | Harga : RM 178,000.00 Seksi atau hensem?| Perkara yang berasal dari Itali, selalunya sinonim dengan sifat elegen, kualiti, dan seksi. Tak terkecuali juga dengan Alfa Romeo Giulietta yang baru dilancarkan di Malaysia minggu lalu (dilancarkan di Eropah pada 2010). Model yang dibina menggantikan model 147 ini mempunyai ‘bahasa rekebentuk’ yang sama dengan barisan Alfa terkini, 8C Competizione, Brera dan MiTo. Giulietta dibawa masuk terus dari Itali, segar dari ladang Alfa Romeo dengan jaminan kualiti ‘Made in Italy’. ‘test drive’| Alhamdulillah, berpeluang untuk ‘test drive’ model ini di showroom AutoItalia di Jalan Ipoh Sabtu lepas. Disambut dengan rekebentuk luaran yang meneruskan tradisi Alfa Romeo ; garisan seksi, bahagian belakan

Menulis....lebih kerap

Menulis post diblog nampak mudah, tapi bukannya senang. Asasnya perlu ada idea, masa, ilmu dan kesungguhan, barulah terhasil sesuatu yang boleh mendatangkan manfaat. Bukanlah mahu menulis blog secara komersil atau popular tapi sekadar berkongsi idea,minat dan cerita. Insyallah, elemen masa dan kesungguhan perlu diberi lebih fokus untuk YL..my world, my word..

Tanah Melayu punya Keretapi.

Minggu lepas, aku naik public transport di KL setelah lebih setahun. Waktu bermastautin sementara di Penang, public transport yang aku naik cumalah bas ekspress. Sejak Najib jadi PM yang diwaris dari Pak Lah, berbagai perancangan yang dijanjikan untuk public transport, terutama di KL. Pudu Sentral, TBS, MRT, LRT extension line adalah antaranya. Asas Rapid KL dan Rapid Penang oleh Pak Lah dilihat lebih stabil berbanding INTRAKOTA beberapa tahun dulu adalah bagus, tapi banyak lagi perlu dinaik taraf. Rapid KL LRT (aka STAR & PUTRA) pun ada perubahan, contohnya system tiket yang lebih efektif – kad prepaid dan paperless one-way coin. Frekuansi tren juga sudah ok, so xde lah bersesak-sardin lagi. Monorel pula kurang ‘rapid’ perubahannya, koc tetap sama pendek, slow n daif. Tapi ada satu yang tak berubah, atau kekal tak mahu berubah, KTM Komuter. Memulakan servis sebagai pengangkutan awam rel pertama Lembah Klang, tak banyak kisah hebatnya yang boleh dibanggakan. Jumlah tren yang makin

2012

Selamat datang 2012 yang dah lebih 1 bulan berlalu. Permulaan menarik untuk aku sebab dah kembali semula ke KL. No more N-Park, Jerejak, Nasi Kandar, Taman Bunga dan projek yang tak tau bila tarikh akhirnya. Sedih rasenya bila meninggalkan kawan-kawan dan kehidupan di Penang tapi semua akan jadi pengalaman dan kenangan hidup yang tak akan dilupakan. Hidup perlu diteruskan dan perkara penting harus didahulukan. Bermula 2012, hidup kembali berfokus di KL. Mungkin tak semudah rutin di Penang tapi yang penting lebih dekat dengan yang tersayang dan keluarga kerana itu ialah komitmen utama. Kerja baru, rumah baru, rutin baru, itu semua permulaan untuk tahun baru 2012. Menyesuaikan dengan kerja baru, melengkapkan rumah, komitmen masa untuk melawat abah Din di HUKM memang banyak memberi pengalaman kepada kami. Untuk Abah Din, kami doakan abah cepat sembuh dan kembali aktif macam sebelum ni. Matlamat 2012? Tentunya lebih baik dari 2011 yang meriah dengan bermacam perkara yang merubah kehidupan.